followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selebriti. Papar semua catatan

Khamis, 29 Mei 2014

"Giliran" Abby Abadi pulak bercerai



Assalam..

Seperti sudah menjadi resam dalam kehidupan rumatangga artis di negara kita ini yang berkahwin namun akhirnya berakhir dengan penceraian dalam tempoh yang singkat , malah ada yang tak sampai setahun membina mahligai namun akhirnya retak dan hancur seperti kaca. Gua bukan bermaksud nak menjaga tepi kain orang dan gua juga tahu bahawa semua itu adalah ketentuan dan kehendakNya. bak kata pepatah "kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan." Namun apa yang berlaku seolah-olah menjadi "trend" sesetengah artis atau selebriti.



Baru-baru ini kita "dikejutkan" dengan berita perceraian Adam (AF2) dan pasangannya Fiza (Elite) begitu juga artis sensasi Erra Fazira, dan ramai lagi yang sebelumnya. yang terkini adalah Abby Abadi.. dikhabarkan keretakan rumahtangga Abby ibarat "retak menanti belah" (teringat lagu Azie).
kononnya Abby akan memfailkan perceraiannya pada hari ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan,37, akan memfailkan perceraian terhadap suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Gua bukanlah peminat kepada mana-mana artis/selebriti ni tapi sesetengah lagu atau filem dorg gua suka layan la hehehe, so, gua berharap sangat-sangat agar ikatan yang mereka bina itu terus bertahan dan berkekalan. tak kira kepada siapa pun.. pertahankanlah rumahtangga semampu yang boleh.

wasalam.


P/S "Allah benci pada umatnya yang bercerai berai"

Isnin, 6 Ogos 2012

Shah Rukh Khan didenda RM5.59 kerana merokok


As'salam


MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin.

Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya.

Info: Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders.

Sumber: Kosmo

Jumaat, 3 Ogos 2012

NOAH, Nama baru kumpulan Peterpan


As'salam


Kumpulan terkenal dari Indonesia, Peterpan, kini mula mengorak langkah untuk terus mewarnai bidang seni selepas pembebasan vokalis utamanya, Ariel hampir dua minggu yang lalu.

Namun kemunculan semula mereka kali ini tidak lagi dikenali sebagai Peterpan sebaliknya nama NOAH dipertaruhkan untuk kembali bersaing di persada seni. penjenamaan semula kumpulan ini dilihat seakan mendapat satu semangat baru untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka yang sedikit tercemar dengan skandal yang melanda Ariel. NOAH kini sedang menjalani proses akhir menyiapkan album terbaru mereka yang dikhabarkan telah siap 80 peratus untuk dipasarkan kepada peminat mereka di luar sana.

Sebelum ini, kes Ariel telah menggemparkan semua peminatnya dengan penyebaran video aksi seks dengan bekas kekasihnya, Luna Maya dan juga aktress serta pengacara terkenal, Cut Tari pada 2010.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) oleh Mahkamah Daerah Bandung pada 31 Januari tahun lalu selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua artis wanita terbabit.

Bagaimanapun, dia telah diberi pembebasan bersyarat pada 23 Julai lalu setelah dia menjalani hukuman dengna berkelakuan baik. antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

NOAH dianggotai oleh Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza 

p/s kagum dengan anggota lain band ini yang terus setia bersama ariel.

Rabu, 1 Ogos 2012

Panas ! Hafiz AF7 disaman RM200,194?


As'salam



KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus pentas mengemukakan saman ganti rugi sebanyak RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Hafiz AF atas dakwaan mencederakan wanita itu sehingga kehilangan mata pencariannya dalam satu kejadian pada tahun lalu.

Plaintif, Nur Haniza Mohd. Azhar, 25, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dia yang sebelum ini, pekerja separuh masa untuk Syarikat Global Station Sdn. Bhd. menamakan Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 22, selaku defendan.

Menurut penyata tuntutan itu, plaintif mengenali defendan menerusi kenalan serta ketika menjalankan kerja-kerja di Astro Holding Sdn. Bhd.

Dakwa plaintif, pada pukul 3.15 petang, 17 Mei 2011, ketika bekerja sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show, bahunya ditepuk oleh defendan yang mahu berjumpa namun ditolak dengan baik oleh plaintif.

Defendan kemudian didakwa memeluk bahu plaintif dan mendesak untuk berbincang tapi sekali lagi plaintif menolak kerana sibuk.

-Kosmo

banyak kali da dengar cerita pasal budak hafiz ni...hai....tak habis-habis.. sebagai seorang artis disiplin kena jaga dik..kalau tak bungkuslah.. apa pun semoga perkara ni dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan mahkamah.

p/s dulu kes cepuk budak pasal adira..nta betul atau tidak..harap2 ia khabar angin je.. take care hafiz..

Ahad, 22 Julai 2012

Ariel Peterpan dibebaskan hari ini


As'salam


Ramadhan kali ini mungkin lebih bermakna buat vokalis kumpulan Peterpan, Ariel Peterpan atau nama penuhnya Nazriel Irham selepas dibebaskan dari penjara tengah hari tadi.

Ariel menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kerana kesalahan mengedar rakaman video seksnya. namun pembebasannya perlu mengikuti beberapa syarat. iaitu, Ariel perlu hadir ke pejabat pendakwaan bagi menandatangani beberapa dokumen dan kemudian diarahkan melalui sesi kaunseling di agensi yang berdekatan dengan penjara," kata pegawai penjara Kebun Waru, Bandung, Budiman Kusumah, Jumaat lalu.

Sumber: SH

Poland mahu lelong gambar Marilyn Monroe


As'salam



Pemerintah Poland merancang untuk melelong sebahagian koleksi foto yang turut merangkumi beratus-ratus gambar aktres simbol seks, Marilyn Monroe.

Koleksi itu termasuk hampir 4,000 gambar yang dirakam seorang jurugambar selebriti, Milton H. Greene.
apa yang menariknya ialah sebahagian gambar yang akan dilelong itu dikatakan belum pernah disiarkan.

Seorang pegawai pentadbiran Poland, Marta Maciazek berkata, koleksi gambar itu dianggarkan bernilai AS$680,000 (RM2.1 juta).

Sumber: Kosmo

Rabu, 27 Jun 2012

Daya Ingatan Tan Sri Jins Shamsudin Merosot


As'salam..



Setiap pagi beliau berkeras untuk ke pejabat walhal bekas senator ini sudah tidak lagi berkhidmat kepada mana-mana pihak. begitulah kelakuan tokoh seniman negara, Tan Sri Dr. Jins Shamsudin, 77,  sejak akhir-akhir ini yang dikatakan kurang daya ingatan.

Menurut isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, yang mengakui perkara itu berkata, walaupun suaminya sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara pada awal tahun lalu, keinginan suaminya itu untuk bekerja masih lagi tinggi.

pernah terkenal dengan watak sebagai 'jefri zain'
Menurut isterinya lagi, walaupun memori suaminya sedikit merosot, namun beliau tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau penyakit jantung.


Sumber: Kosmo

p/s semoga tan sri diberikan kesihatan yang baik..



Selasa, 26 Jun 2012

Pak Aziz Diserang Sakit Jantung

As'salam..

Seniman veteran, Datuk Aziz Satar, 87, dikhabarkan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU),
Hospital Ampang, selepas mengadu sakit dada pada sabtu lalu.

Aziz Satar atau 'Pak Aziz' dikatakan mengadu sakit dada selepas melakukan senaman pada satu program kesihatan yang diadakan pada hari tersebut. dan segera dibawa ke hospital oleh rakan-rakan beliau.

Namun keadaan Pak Aziz kini dilaporkan stabil dan tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan.
kepada peminat-peminat Pak Aziz,  marilah kita sama-sama mendoakan, semoga kesihatan beliau pulih seperti sediakala..amin.

info: Abdul Azez Satta adalah nama sebenar Datuk Aziz Satar.

Sumber:

Isnin, 25 Jun 2012

Erin Malek Pelakon Remaja Bermasalah?


As'salam 



Pelakon remaja sedang meningkat naik, Erin Malek, dikatakan sering menimbulkan masalah sejak menceburkan diri dalam dunia seni. Pelbagai cerita negatif mengenai pelakon ini timbul sepanjang tujuh tahun bergelar anak seni.

Jika sebelum ini Erin pernah dikatakan bertatu,bertindik dan pelbagai lagi tuduhan keatas dirinya, kali ini timbul pula ceritanya Erin mengambil dadah jenis ganja. eh ! betul ke semua ni ? tengok dari gaya serta raut wajahnya, nampak macam budak baik.. gua pun macam susah nak percaya cerita-cerita ni semua.. betul ke Erin budak bermasalah? atau ada orang yang sengaja nak menjatuhkannya? tapi kenapa? eh tak baik tau tabur fitnah !

Sebelum ini kononnya Erin pernah berjanji untuk berubah ! tapi dikatakan masih ada lagi pihak yang cuba mencalarkan reputasi yang sedang dijaganya kini. tapi sebelum tu, gua macam kompius sket pasal bab untuk berubah tu.. seolah-olah Erin macam pernah 'buat hal' sebelum ni..kalau tak masakan sampai nak berjanji untuk berubah..betul tak? tapi tak kisah la kan, janji dia ada niat yang baik dan keinginan untuk kearah itu.
yelah..manusia mana yang tak pernah buat silap..? kita kena bagi peluang..

Pasal kes ambil ganja tadi, Erin dikatakan mengambil 'benda' tu di lokasi hingga menyebabkan penggambaran terpaksa dilakukan berulang kali. apakah ini satu lagi fitnah? ini komen Erin,

"Erin akui, mula-mula mendapat tahu perkara ini menerusi laman sosial Twitter, Erin memang terkejut.

Sedih pun ada sebab Erin tahu tak buat benda bodoh seperti itu, Erin masih waras nak beza benda yang tak elok dan yang elok.

"Kalau boleh Erin dah malas nak ulas cerita-cerita merapu sebegini. Apa yang penting Erin tahu Erin tak buat benda-benda seperti itu.

"Malah, ibu Erin juga ada berpesan supaya tidak ambil peduli dengan cerita seperti itu. Jadi untuk apa Erin nak fikir lagi. Biarlah apa orang nak kata,"
katanya kepada seorang wartawan.

Erin mengakui mengetahui siapa yang menyebarkan cerita mengenai dirinya, gadis yang terkenal menerusi drama Tentang Bulan ini bagaimanapun tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.
namun, seandainya perkara ini berlarutan sehingga melampaui batas, Erin berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah dia pernah membuat perangai di lokasi penggambaran, Erin menegaskan, dia tidak pernah menyusahkan orang lain di lokasi.

Rasanya gua yakin pada komen yang diberikan Erin, tapi gua heran jugak kenapa ada yang sanggup menaburkan fitnah sebegini? tak takut tuhan ke? tak payah la dok sibuk jaga tepi kain orang..jaga kain sendiri dah la haha... dan kepada Erin plak, kalau anda dipihak yang benar maka ikhlaskanlah dan serah kepada tuhan, jangan cepat melatah ! memang cabaran untuk seseorang yang ingin berjaya pasti ada! buktikanlah bahawa anda bukanlah 'budak bermasalah' !
selamat berjaya untuk Erin..

info: Erin kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Nur Iman.

Sumber: Kosmo


Sabtu, 23 Jun 2012

Ras Adiba Botakkan Kepala?


As'salam



Personaliti tv terkenal, Ras Adiba Mohd Radzi, mengambil keputusan drastik untuk membotakkan kepalanya.
kenapa? Ras Adiba nak jiwai watak dalam lakonan ke? sejak bila plak dia jadi pelakon?

Sebenarnya, Ras Adiba ada sebab tersendiri, dikhabarkan keputusan itu bertujuan untuk menyatakan sokongan dan keprihatinannya terhadap penghidap kanser.

Malah, keberaniannya yang mencukur habis rambut panjang mengurai dan meninggalkan hanya sedikit sisa, memperlihatkan jiwa kentalnya sebagai personaliti wanita pertama berbuat demikian.

Menurutnya. dia tidak kisah jika kerjayanya terjejas kerana beliau percaya kepada niat yang baik membantu mereka yang menderita dan dalam kesusahan.

p/s bagaimana plak dari segi hukum? 


Sabtu, 16 Jun 2012

Heboh Bila Awi Rafael Dikatakan Bertatu


As'salam


Habis kecoh satu malaya pasal cerita budak Awi Rafael bertatu kat lengan...eh betul ke? sejak bila plak dia ni bertatu? gua tak pasan la plak Awi ada tatu kat lengan... hahaha..berita sensasi wei ! gambo dah tersebar !

Aktuli ceritanya macam ni, pasal tatu tu memang betul..takde photoshot2 punya.. Awi sendiri akui yang dia memang bertatu. tapi itu dulu sebelum dia jadi artis..

Menurut Awi, gambar yang dimuat naik itu adalah sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk. Mengakui sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama, Awi mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah.

Malah, Awi juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran. So, korang maafkanlah si Awi tu ye..tiap manusia tak lepas dari buat kesilapan.  syukurlah Awi dah sedar akan kesilapannya..


p/s syukur bila dah sedar semasa hayat ada di dunia..


Ahad, 10 Jun 2012

Shah Rukh Khan Mahu Beli Kelab Bolasepak Tertua Di India



As'salam..

Selepas membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders, kini aktor terkenal bollywood, Shah Rukh Khan
dikhabarkan akan membeli sebuah kelab bola sepak tertua di india, Dempo SC.

Beliau dikatakan sedang berkira-kira untuk membeli 50% saham kelab itu yang dianggarkan berjumlah, kira-kira Rs30 Crore (RM17.4 juta).

Pemilik Dempo SC, Shrivinas Dempo mengesahkan pihaknya sudah mula berbincang dengan Shah Rukh mengenai perkara itu namun belum lagi mencapai apa-apa kata sepakat kerana ia masih dalam perbincangan.

Sumber: Kosmo


Khamis, 7 Jun 2012

Keputusan kes Saiful Apek 25 Jun

As'salam



PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan kes pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad dan peguam Mohd Fadli Hashim yang mewakili kesemua tertuduh.

Kredit: Sinar Harian


Ahad, 3 Jun 2012

Sammy Simorangkir Kembali Dengan 'Aku Kembali' Dan Cinta Baru

As'salam



Mungkin namanya tidak sehebat Duta (SO7), Arman Maulana (Gigi) atau Ariel (Peterpan), antara 
nama-nama besar dalam industri hiburan di Indonesia yang pernah mencetuskan fenomena mereka di Malaysia. Bahkan ketika bersama band Kerispatih satu ketika dulu, nama Sammy Simorangkir agak kurang dikenali walaupun pernah popular dengan lagu-lagu seperti Demi Cinta dan Bila Rasaku Ini Rasamu namun peminat termasuk gua sendiri lebih tertumpu kepada nama 'Kerispatih'.

Namun kini nama Sammy Simorangkir tiba-tiba mendapat tempat dihati peminat di Malaysia selepas muncul disini dalam mempromosi dan melancarkan album solonya Aku Kembali. Sammy yang kini bergelar penyanyi solo selepas disingkirkan rakan-rakannya dalam Kerispatih selepas beliau dipenjara kerana penyalahgunaan Dadah. menyifatkan kemunculan album solonya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada peminatnya yang masih menerimanya walaupun pernah melalui detik hitam dalam hidupnya sehingga beliau 'dibuang' rakan-rakan dalam Kerispatih.

Ketika ditanya mengenai Kerispatih, Sammy meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana tindakan rakan-rakannya meninggalkannya begitu saja. walaupun dia mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya itu, namun, keputusan itu nyata benar-benar mengecewakan sammy sendiri namun tetap mendoakan kejayaan Kerispatih dan tidak berdendam terhadap mereka.

Cinta

Baru-baru ini, Rancangan Melodi terbitan TV3, berpeluang menemui dan menemuramah Sammy ketika majlis pelancaran album solonya disini. ternyata sammy seorang yang cool dan peramah. malah sempat diajukan soalan mengenai status hubungan cintanya. dan sammy sendiri mengakui yang dia kini kembali dilamun asmara selepas putus cinta dengan kekasihnya di indonesia dan kini sedang bercinta dengan seseorang. tetapi tidak menyatakan status kekasihnya itu. 

Siapa kekasih Sammy?

Ada khabar angin bertiup kencang mengatakan Sammy Simorangkir kini terpaut pada seseorang di Malaysia. Siapa?? Bila dirisik, akhirnya terbongkar juga, Sammy dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar. pengacara program Malaysia Hari Ini.

Kisah cinta mereka dikatakan terbongkar di laman Twitter dimana mereka berdua dikatakan saling berbalas tweet dan tidak segan silu meluahkan rasa cinta dan rindu di dalam laman itu. sejak bila mereka menjalin hubungan itu gua tak tak pasti, apa yang penting semoga hubungan mereka kekal berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin.

Sebagai peminat, gua secara peribadi tumpang gembira dengan perkembangan terbaru ini. semoga Sammy terus suksess dalam industri seni dan kehidupan beliau.


Sumber Gambar: Kosmo & Google


Rabu, 30 Mei 2012

Amy Search Sertai Umno

As'salam


Legenda rock negara, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman serta dua lagi rakan artis hari ini menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

Selain Amy, Mustaffa Din (Mus May) dan seorang lagi penyanyi, Ibnor Riza turut menyertai Umno.
mereka menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Setiausaha Kerja Umno pusat Datuk Ab Rauf Yusoh, di ibu pejabat Umno.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,"
 kata Amy

Sementara itu, Mus, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," kata Mus.

Bagi Ibnor Riza pula, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Fakta: ketiga-tiga artis ini menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Sumber: SH

p/s gua belum daftar mana2 parti politik, rasanya lebih selesa macam ni kot :)


Ahad, 27 Mei 2012

Krisdayanti Hamil Lagi?





As'salam..

Bukan nak menyibuk atau nak jaga tepi kain orang..tapi sebagai peminat, gua tertarik dengan laporan akhbar hari ni yang melaporkan penyanyi tersohor indonesia, Krisdayanti hamil anak ke-dua.
Ikuti laporan ini..


SELURUH Indonesia heboh kononnya Krisdayanti dan suaminya, Raul Lemos sudah lama tidak di ranjang. Keadaan menjadi celaru berikutan Kris membuat pengesahan bahawa dia kini hamil dua bulan.
Suami Kris, Raul Lemos kemudian membuat penjelasan tentang 'perpisahan' dengan isterinya kepada sekumpulan wartawan Indonesia pada Ahad lalu di Hotel Shangri-La, Jakarta.
"Saya ada kerja di Dili. Isteri saya, Kris adalah warga Indonesia manakala saya ialah rakyat Timor Leste. Kami mempunyai dua tempat tinggal iaitu di Dili dan Indonesia.
"Kalau pisah ranjang memang sering terjadi. Ertinya saat isteri saya ke Indonesia, kami memang terpisah ranjang. Tapi kalau kita bertemu, katil yang berukuran dua meter boleh jadi hanya satu meter," terang Raul.
Raul kemudian turut mengesahkan bahawa Kris kini hamil anak kedua.
"Alhamdulillah, anak kami Amora, sebentar lagi akan punya adik," jelas Raul yang diiringi senyuman Kris yang terkenal dengan lagu Mencintaimu.
Kredit: Kosmo

Jumaat, 25 Mei 2012

Lagu Ciptaan Lufya Ditujukan Untuk Zarina Anjoulie

Lagu Doaku ciptaan dan nyanyian oleh bintang Akademi Fantasia (AF), Lufya Sheikh Omar, dikatakan ditujukan khas buat Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah. ini berikutan 'perang' yang dilancarkan zarina terhadap Lufya di sebuah laman sosial baru-baru ini.

Zarina didakwa mengutuk Lufya habis-habisan selepas bintang AF itu mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya pernah diganggu dan dipandang serong masyarakat gara-gara wajahnya yang seiras dengan pelakon itu.

Menurut Lufya, lagu Doaku sebenarnya sudah siap sejak pertengahan tahun lalu dan dia bukannya mencipta lagu itu untuk Zarina, sebaliknya hanya menujukan lagu tersebut kepadanya kerana kutukan yang sangat melampau.

Lagu Doaku adalah sebuah lagu kerohanian yang dicipta sempena Ramadhan tahun ini.

p/s terus terang gua memang tak minat dengan kedua-dua artis ni, esp zarina.. !

Yusry reka banglo untuk isteri



Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.


Kredit: Kosmo


Rabu, 23 Mei 2012

Bekas Isteri Sultan Bakal Kembali Ke Kaca TV



Korang masih ingat lagi tak dengan nama  Azrinaz Mazhar Hakim?
haaa.....jangan tak tau..!  Azrinaz ni ialah bekas pengacara TV3 sebelum beliau menjadi Permaisuri Sultan Brunei dan meninggalkan dunia glamer ni pada bulan mei 2005.

Namun segalanya ketentuan tuhan, apabila jodohnya bersama Sultan Brunei tidak berpanjangan dan berakhir dengan perceraian. dan berita terbaru yang gua dengar, Azrinaz bakal akan membuat kemunculan semula di kaca tv. kali ini beliau akan muncul dalam program realiti mencari pengacara iaitu 'On Air' sebagai juri jemputan yang akan bersiaran pada pukul 10 malam ini di Astro Ria.


Difahamkan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi)


Khamis, 17 Mei 2012

Aidil Zafuan batalkan permohonan cerai terhadap Rita Rudaini

As'salam




PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam.
- Kosmo
Alhamdulillah..semoga pasangan ini kembali bersatu dan menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Gua sebenarnya kesiankan pada nasib anak2 kedua pasangan ini, kecik2 lagi dah jadi mangsa perceraian..
diharapkan Aidil membuat keputusan terbaik demi masa depan anak2. :)