followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label rekod dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rekod dunia. Papar semua catatan

Rabu, 4 Julai 2012

Rekod Unik Dicipta


As'salam



LOS ANGELES - Seorang pelagak ngeri Hollywood, Greg Tracy dan pelumba kereta rally, Tanner Foust mencipta rekod dunia di sini pada Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka mencipta rekod Guinness World Records apabila memandu kereta melalui gelung mainan setinggi 18.28 meter. - Agensi

Kredit: Kosmo


Isnin, 2 Julai 2012

Buaya Gergasi Di Filipina Catat Rekod Dunia




As'salam



Seekor buaya gergasi yang ditangkap di Filipina pada september tahun lalu, diiktiraf sebagai yang terbesar pernah dikurung di dunia oleh Guinness World Record.

Buaya air masin yang berukuran 6.17 meter (m) panjang dan mempunyai berat lebih satu tan itu, mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.

Buaya yang dikenali sebagai 'Lolong' itu berjaya ditangkap selepas tiga minggu diburu di sebatang anak sungai di Bunawan, wilayah Agusan del Sur kerana menyebabkan beberapa kematian.

Sumber: Kosmo

Sabtu, 19 Mei 2012

Roda Ferris unik di Turkmenistan



ASHGABAT, Turkmenistan - Sebuah roda Ferris di sini diiktiraf Guinness World Records sebagai yang terbesar di dunia bagi kategori berpusing di dalam sebuah struktur seni bina.

Sebanyak 24 kabin yang setiap sebuah mempunyai enam tempat duduk berpusing di dalam sebuah struktur seni bina tersebut. juga terdapat bentuk bola yang berwarna keemasan di bahagian tengah struktur seni bina ini
Roda Ferris yang terletak di Taman Tema Aghgabat ini mempunyai diameter 47.6 meter

Isnin, 7 Mei 2012

Pemuda Iraq mahu tulis al-Quran sepanjang 6 kilometer

As'salam



NAJAF: Seorang pemuda Iraq bercadang mencipta nama sebagai penulis ayat al-Quran paling panjang di dunia, lapor media semalam.

Hussein al-Kharsan, 25, berkata dia menjangkakan tulisannya itu sepanjang antara 5,500 dan 6,000 meter. Jika usahanya berjaya, nama Hussein bakal tercatat dalam buku Rekod Dunia Guinness.
Naskhah itu sepatutnya dipamerkan tahun ini, sempena perisytiharan Najaf sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam, tetapi projek berkenaan ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan ekoran pelbagai isu, termasuk dakwaan rasuah. Sejak memulakan tugasnya sebulan lalu, Hussein berjaya menyiapkan 13 halaman al-Quran. Walaupun mengalami kesakitan tengkuk dan belakang, graduan lepasan Universiti Baghdad itu terus tekun menyiapkan naskhah berkenaan selama beberapa jam sehari. Katanya, dia sepatutnya menyiapkan naskhah itu dalam tempoh enam bulan dengan menulis tiga daripada 503 halaman sehari.

“Pada awalnya saya berjaya dan menulis selama 16 jam sehari sehingalah saya mula rasa sakit pada minggu kedua,” katanya.

Kini Hussein mengabaikan nasihat doktor supaya berehat, sebaliknya dia memakan pil penahan sakit dan menulis lima jam sehari. - AFP

Sumber&Kredit: myMetro


Khamis, 3 Mei 2012

Rekod baharu tandas paling laju


SYDNEY - Rekod baharu tandas bermotor paling laju di dunia berjaya dicipta di sini semalam.

Ia dicipta selepas seorang pelagak ngeri dari Kanada, Jolene Van Vugt 'menunggang' sebuah tandas yang dilengkapi empat roda pada kelajuan 75 kilometer sejam (km/j).
"Ia amat menyeronokkan dan saya teruja dapat mencatat rekod baharu ini," tambahnya.

Van Vugt turut memegang beberapa rekod dunia lain termasuk menjadi wanita pertama yang melakukan aksi balik kuang sambil menunggang motosikal.

Dia mengatasi rekod tandas paling laju yang dibuat oleh Edd China di London pada tahun lalu.
China menunggang sebuah motosikal yang membawa tandas pada kelajuan 68km/j. - REUTERS
Sumber&Kredit: Kosmo

p/s macam2 hal kat dunia ni...


Jumaat, 20 April 2012

Pemuda Nepal cuba cipta rekod dunia


As'salam..
 Sebiji bola berpusing selama 22.5 saat pada sebatang berus gigi yang dibuat oleh seorang pemuda Nepal, Thaneswar Guragai di sini semalam, merupakan percubaan untuk membuat rekod dunia.

Guragai akan menghantar rakaman video yang menunjukkan dia melakukan perbuatan itu kepada pihak pengurusan Guinness World Records untuk mendapatkan pengesahan.
Bola tersebut berpusing semasa mulut Guragai mengenggam berus gigi itu.

Rekod sebelum ini dibuat oleh Thomas Connors apabila bola itu hanya berpusing selama 13.5 saat.


Sumber: Kosmo

Isnin, 2 April 2012

Sushi Paling Mahal Di Dunia

As'salam..


Percaya atau tidak, inilah sushi paling mahal di dunia.
apa yang membuatkannya mahal? oh tidak! sushi ini di hiasi mutiara dan berlian..
macam tak masuk akal plak kan?..tapi itulah realitinya..
Sushi ini dihasilkan oleh salah seorang chef terkenal dunia, Angelito Araneta Jr di Manila.

Araneta juga telah diiktiraf Guinness World Records pada tahun 2010 sebagai pencipta 
sushi paling di dunia dan ini adalah kali kedua beliau membuat sushi termahal itu.
menurut sumber lima potong sushi itu dijual pada harga AS$1,978.15 (RM6,057.10)

Selasa, 24 Januari 2012

Alat kawalan permainan video terbesar dunia

Alat kawalan


Salam...

Sekali imbas, gambar diatas seperti sebuah rancangan 'game show' kat tv
tapi sebenarnya tidak. gambar diatas ini menunjukkan sebuah alat kawalan permainan video
terbesar di dunia, ianya bersaiz 30 kali besar joypad biasa dan telah di iktiraf sebagai
rekod oleh Rekod Dunia Guinness edisi permainan.

Alat kawalan permainan ini adalah rekaan pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland.
berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan berat 120 kilogram (kg) dan mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan 4,000 pound (RM19,341)