followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Isnin, 27 Ogos 2012

Legenda Neil Armstrong meninggal dunia bersama 'misteri'




LEGENDA Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia hari ini.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan di sebelum akhir dekad.

Armstrong berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Menurut maklumat gambar dokumen-dokumen kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting.

Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, Nasa dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan. semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap. menurut Nasa, masalah ini timbul dari salah satu daripada dua kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat.

Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998) operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston Nasa, memintas mesej yang disaring oleh Nasa daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya.

Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi Nasa berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh Nasa.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum dalam Nasa, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat, oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.

Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak."

Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa dibuat untuk menutup keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah UFO yang dilihat?

Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Appollo 11 sememangnya merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak menyebut perkataan UFO dan sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V.

Kebenaran Aldrin masuk menyebabkan gangguan dua minit siaran radio bukan disebabkan UFO dan Armstrong membuat laporan tentang ini. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Appolo 11.

Sumber: SH

Selasa, 21 Ogos 2012

Spesies burung hantu baharu ditemui di Filipina


As'salam


Dua spesis baharu burung hantu yang dikenali sebagai burung hantu Cebu dan burung hantu Camiguin.
spesis ini antara yang telah ditemui baru-baru ini oleh sekumpulan saintis dan pemerhati burung yang telah menemui 10 spesies baharu burung hantu di Filipina dengan menggunakan peralatan canggih.

Burung hantu ini juga dikatakan mengeluarkan bunyi yang berbeza.

Khamis, 16 Ogos 2012

Bayi jatuh dalam lubang







HARBIN, China - Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.
Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang.
Lubang tersebut sedalam 10 meter.
Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Punca kejadian masih disiasat. - Agensi
Kredit: Kosmo

Rabu, 8 Ogos 2012

Perogol guna Facebook berdepan hukuman penjara

As'salam..


Laporan kosmo

SINGAPURA - Seorang perogol bersiri yang menemui mangsa-mangsanya dengan menggunakan aplikasi temu janji Facebook berdepan dengan hukuman penjara selama 45 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Perogol itu, Azuar Ahamad, 41, mengaku bersalah kelmarin kerana merogol tiga wanita dan melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi mangsa.
Pihak pendakwa raya meminta bekas eksekutif di sebuah syarikat logistik itu dihukum penjara selama 45 tahun.
Dia juga boleh disebat atau didenda bagi setiap kesalahan tersebut.
Azuar dihadapkan ke mahkamah selepas polis mendapati dia merakamkan perbuatannya dengan menggunakan telefon bimbit. - AFP
kepada rakan-rakan diluar sana.., nasihat gua,korang berhati-hatilah ye,jangan mudah mempercayai orang yang kita tak kenal.. terutama di laman-laman sosial seperti facebook,tweeter atau sebagainya.. 
kepada si pelaku kat atas ni, bertaubatlah dan mohonla ampun pada tuhan sebelum terlambat..sesungguhnya Allah itu maha pengampun

Isnin, 6 Ogos 2012

Shah Rukh Khan didenda RM5.59 kerana merokok


As'salam


MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin.

Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya.

Info: Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders.

Sumber: Kosmo

Ahad, 5 Ogos 2012

Olimpik 2012: Pasangan negara kempunan pingat gangsa


As'salam


Pasangan bergu negara, Koo Ken Keat / Tan Boon Heong gagal mengatasi pasangan dari Korea, Lee Yong Dae / Jung Jae Sung dalam perlawanan penentuan tempat ke-tiga sekaligus kempunan pingat gangsa apabila tewas 21 - 23, 10 - 21 dalam perlawanan yang baru berakhir sebentar tadi.


p/s mungkinkah emes pertama mampu dimiliki malam ini?

Gempar! Lelaki terjun dari pesawat


As'salam



MIRI - Penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri. pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Menurut seorang saksi, sebelum Chong bertindak membuka pintu kecemasan, dia menjerit 'saya mahu pulang' sebelum meninggalkan kerusinya dan terjun dari pesawat itu.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.

Sumber: Kosmo

Jumaat, 3 Ogos 2012

Taktik licik dua beradik akhirnya terbongkar!


As'salam


Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan akhirnya terbongkar.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika dua beradik berkenaan sedang mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 dengan memakai jubah dan bertudung labuh.

Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan. mereka juga dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.

Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu juga turut melakukan penipuan kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan. lebih malang lagi ketika pegawai JKM menyuruh kedua-duanya mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya hanya diam kerana tidak tahu.

Sumber: Kosmo

p/s dah tua pun sanggup menipu..? ish ish ish..

Selasa, 31 Julai 2012

Syaleza mati akibat dijerut


As'salam


Kematian Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, disahkan akibat dijerut dileher.
perkara ini disahkan polis selepas keputusan bedah siasat keatas mayat mangsa yang menunjukkan mangsa menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas.

Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.  lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “  -Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Sumber: Kosmo

Isnin, 30 Julai 2012

Benarkah Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?


As'salam




Gua tertarik dengan laporan Sinar Harian hari ini..pandai2 koranglah menilai sejauh mana kebenarannya..gua cuma ingin kongsikan. tetapi pendedahan ini sesungguhnya amatlah mengejutkan.. selamat membaca..

Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu. Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu. sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.

Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.

Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville. sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.

Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati. sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.

Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).

Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?

Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.

Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.

Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.

Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).

Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.

Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?
Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.




Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana)
dalam permainan Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi.



Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).
                                 

Sumber&Kredit: Sinar Harian
                                                            

Ahad, 29 Julai 2012

Mangsa pertama letupan mercun (gambar)


As'salam



Dua cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini semalam.
menurut laporan akhbar, ini adalah kes pertama yang melibatkan kecederaan kerana bermain mercun.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, kanak-kanak terbabit Tuah Mohd Hafiz Mohd Razli, 9, cedera di dahi dan badan sementara jirannya Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri. 

p/s hairan jualan mercun semakin berleluasa..

Sabtu, 28 Julai 2012

Kayu ajaib jadi tumpuan


As'salam


Sebatang kayu di Kampung Prey Yeang, wilayah Pursat, Phnom Penh menjadi tumpuan ribuan orang yang percaya ia mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit dan meramalkan nombor tiket loteri yang akan menang, kata beberapa pegawai kelmarin.

Kayu itu sepanjang 13 meter dan ditemui pada awal bulan ini semasa sebuah keluarga menggali sebuah kolam. dikatakan kira-kira 4,000 hingga 5,000 orang telah mengunjungi lokasi kayu tersebut.

p/s ish ish ish..kayunye pasal heboh sekampung

Guru agama maut dalam kemalangan ngeri


As'salam




Pagi tadi gua dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang melibatkan rakan yang juga bekas guru di sekolah tempat gua bertugas..ya Allah dugaan apakah ini..sedih dan sebak bila membaca laporan ini..

TUARAN: Seorang guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka di sini terbunuh setelah Proton Myvi yang dipandunya bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 5.9 Jalan Sulaman, petang kelmarin.

Mangsa Ahmad Fauzan Madrih, 33, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Menurut saksi kejadian, mangsa dipercayai tersalah masuk ke laluan bertentangan sebelum Toyota Hilux yang dinaiki oleh tiga lelaki tempatan merempuh kenderaan mangsa.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki yang menaiki Hilux terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian terbabit yang berlaku sekitar jam 2.55 petang.

Beliau berkata, mangsa difahamkan menuju ke Tuaran melalui jalan terbabit dan tidak semena-mena tersalah lorong sebelum bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah tersalah lorong secara tiba-tiba lalu bertembung dengan Toyota Hilux berkenaan.


“Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa hancur remuk,” katanya sambil menambah kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sementara itu, Zaharudin menasihatkan pengguna jalan raya untuk berhenti rehat sebentar sekiranya berasa letih bagi menangani kemalangan terus meningkat terutamanya di bulan Ramadan ini.


“Para pemandu dinasihatkan untuk lebih berhati-hati bagi mengelak kemalangan sebegini terjadi. Sekiranya letih kita minta pemandu-pemandu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan semula,” katanya.

-Borneo Post

p/s selalu duduk sembang dgn arwah..
al-fatihah.

Khamis, 26 Julai 2012

Kapal tangki Bunga Alpinia terbakar di Labuan (gambar)


As'salam


Sebuah kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad, meletup dan terbakar awal pagi tadi di Labuan.

Kapal  Bunga Alpinia, terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha. kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. sebelum kejadian kapal berkenaan dikatakan sedang mengisi minyak sebelum meletup dan menggegarkan beberapa kawasan berhampiran.

Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu dilaporkan telah mengorbankan nyawa seorang anak kapal manakala 5 yang lainnya cedera. mangsa yang terkorban ialah Syahril Azmi Baharudin warga tempatan yang dipercayai melecur. manakala operasi bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih diteruskan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Kejadian ini turut dikaitkan dengan kejadian ribut petir awal pagi semalam.






Gambar ini dirakamkan mlm tadi ketika kejadian ribut petir,
ia juga dikaitkan dengan kebakaran kapal tangki bunga alpinia.

Sumber gambar: Facebook

p/s terima kasih kepada rakan2 dan saudara gua yang bagi info..

Majlis berbuka puasa dan kerja amal


Perhatian kepada semua blogger yang ada di SABAH ni.
(cakap sabah dulu aku ar)

Majlis berbuka puasa dan amal sesama blogger akan diadakan pada 11 Ogos 2012
di Grace Point,Sabah bermula Jam 4 petang..

Event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers yang ada di Sabah ni ..
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ni , marilah kita sama-sama mengeratkan silaturahim dan memajukan lagi blogger yang ada di Sabah.

DOMAIN(.my) akan diberi kepada 3 blogger bertuah sponsor by Abdur Rozak

Event amal masih lagi dalam cadangan.. Siapa yang ada cadangan sila kemukakan.

Cadangan 1 
Kumpul derma ikhlas untuk Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz yang pertama di Sabah.
(Bandar Siera, Kota Kinabalu Sabah)


Setiap seorang kena bayar dalam  RM20/orang termasuk Makan + T-Shirt "Sabahan Blogger"
Pembayaran T-SHirt sila berurusan dengan Mohd Billy. eh ! kalau nda silap, aku bah ni kan..

Siapa yang mulia hati bagi sponsor pun okay gak :)

Sapa yang berminat join sila PM Emas Putih II
atau sila tinggalkan jejak :)

"kalau bukan kita siapa lagi bah kan"
(sebarang perubahan tertakluk pada keadaan)


Rabu, 25 Julai 2012

Pesara tangkap ikan gergasi


As'salam


Pasangan suami isteri, Michael dan Margaret Snell mengalami detik-detik manis semasa percutian mereka ke Kanada. pasangan dari England itu berjaya menaikkan ikan 'gergasi' ketika memancing di sungai Fraser, British Columbia. 

Michael, 65, yang juga seorang pesara mengambil masa satu setengah jam untuk menaikkan ikan seberat 454 kilogram yang dianggap ikan terbesar pernah ditangkap di Amerika Utara.

Menurutnya, ia adalah tangkapan terbaik sepanjang hidup beliau. dia dan isterinya serta seorang pemandu pelancong mencium ikan tersebut sebelum melepaskannya semula.


Selasa, 24 Julai 2012

Kemalangan bongkar kegiatan dadah


As'salam


Kemalangan jalanraya yang menimpa seorang lelaki di Alor Gajah baru-baru ini, telah membawa kepada pembongkaran satu kegiatan memproses dadah di sebuah rumah teres satu tingkat di Semabok.

Pembongkaran bermula apabila polis menemui dadah jenis syabu seberat 500 gram bernilai RM201,758 di dalam beg sandang yang dibawa oleh lelaki berusia 36 tahun tersebut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) pada pukul 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md. Azmi Othman berkata, pihaknya curiga apabila lelaki itu beriya-iya mahu menyelamatkan beg sandangnya sedangkan ketika itu dia sedang dalam kesakitan.

p/s sepandai-pandai monyet bergayut akhirnya jatuh menyembah bumi ekeke..


Isnin, 23 Julai 2012

Nenek dibuli dapat RM2.21 juta


As'salam

\

NEW YORK - Laman Indiegogo di internet berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak AS$703,873 (RM2.21 juta) dalam tempoh sebulan untuk diberikan kepada seorang nenek, Karen Klein yang dibuli sekumpulan budak sekolah.

Kempen mengumpulkan derma itu dimulakan oleh seorang lelaki dari Toronto, Kanada, Max Sidorov, 25, di laman tersebut. pada satu temu ramah bulan lalu dengan saluran ABC News, Sidorov berkata, dia pernah dibuli.

"Saya tahu perasaan dibuli dan sepatutnya tiada ada sesiapa pun yang perlu melaluinya," katanya.

Derma itu dilakukan selepas sekumpulan budak sekolah berusia 12 dan 13 tahun memuat naik video di laman Facebook dan YouTube pada bulan lalu. Video yang dirakamkan menerusi telefon bimbit itu menunjukkan Klein cuba untuk tidak mempedulikan ejekan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kumpulan budak sekolah tersebut berhubung berat badannya di dalam sebuah bas sekolah.

Sumber: Kosmo

Sabtu, 21 Julai 2012

Datuk Ismail Hutson kembali ke Rahmatullah

As'salam


Pelakon veteran dan Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) Datuk Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar, meninggal dunia awal hari ini.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara di sini tengah hari ini.

Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung 

Sumber: SH

Khamis, 19 Julai 2012

Umat Islam mula berpuasa Sabtu

As'salam..

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Dikesempatan ini, gua ingin mengucapkan..
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat tak kira dimana juga berada..
ikhlas dari: Mohd Billy @ akusijebat.

p/s semoga kesihatan gua bertambah baik