followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label info semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info semasa. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2014

Nasihat Kubur


Assalam..





Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan  SILATURAHIM..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca 
AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dg cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH."



Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin


As'salam


Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan dan semua yang mengenali.
mohon maaf zahir batin sekiranya ada kesilapan mahupun kekurangan dalam diri ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR  & BATIN

ikhlas dari saya

Adzmian Kasiran@Mohd Billy a.k.a akusijebat

Jumaat, 10 Ogos 2012

Weirschke pertahan gelaran penaip mesej terpantas di AS


As'salam



NEW YORK - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, Austin Weirschke dari Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kejuaraan dengan memenangi pertandingan menaip khidmat pesanan ringkas paling pantas di negara ini.

Weirschke menang selepas dia bertarung dalam lapan pusingan di New York Times Square di sini kelmarin.

Dia memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$50,00 (RM154,966) dalam pertandingan anjuran syarikat pembuat telefon, LG Electronics. seramai 11 orang peserta dari AS bersaing dalam pertandingan tersebut.
kesemua peserta pertandingan menggunakan jenis telefon bimbit yang sama iaitu LG Optimus Zip dengan papan kekunci QWERTY.

Pertandingan itu menguji tiga tahap kecekapan peserta itu; kelajuan, ketepatan dan ketangkasan. para peserta juga dikehendaki menaip ayat dengan mata ditutup.

Sumber: Kosmo

Ahad, 5 Ogos 2012

Olimpik 2012: Pasangan negara kempunan pingat gangsa


As'salam


Pasangan bergu negara, Koo Ken Keat / Tan Boon Heong gagal mengatasi pasangan dari Korea, Lee Yong Dae / Jung Jae Sung dalam perlawanan penentuan tempat ke-tiga sekaligus kempunan pingat gangsa apabila tewas 21 - 23, 10 - 21 dalam perlawanan yang baru berakhir sebentar tadi.


p/s mungkinkah emes pertama mampu dimiliki malam ini?

Khamis, 2 Ogos 2012

Ombak besar landa Manila akibat taufan Saola


As'salam


Ombak besar melanda kawasan tepi pantai bandar raya Manila sehingga mengakibatkan banjir akibat taufan Saola. seramai 14 orang dilaporkan mati dan 150,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang itu. 

Menurut beberapa pegawai, seorang wanita berusia 64 tahun mati kerana tanah runtuh semasa dia memanjat bumbung rumah untuk memperbaiki kebocoran ketika hujan lebat.

Di negeri Sabah, kawasan pantai barat di negeri ini dilanda ribut petir serta angin kencang sejak beberapa hari lalu ekoran kejadian taufan yang membadai Filipina itu. 

Info: Manila mempunyai penduduk seramai 15 juta orang.

Sumber: Kosmo

Selasa, 24 Julai 2012

Kemalangan bongkar kegiatan dadah


As'salam


Kemalangan jalanraya yang menimpa seorang lelaki di Alor Gajah baru-baru ini, telah membawa kepada pembongkaran satu kegiatan memproses dadah di sebuah rumah teres satu tingkat di Semabok.

Pembongkaran bermula apabila polis menemui dadah jenis syabu seberat 500 gram bernilai RM201,758 di dalam beg sandang yang dibawa oleh lelaki berusia 36 tahun tersebut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) pada pukul 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md. Azmi Othman berkata, pihaknya curiga apabila lelaki itu beriya-iya mahu menyelamatkan beg sandangnya sedangkan ketika itu dia sedang dalam kesakitan.

p/s sepandai-pandai monyet bergayut akhirnya jatuh menyembah bumi ekeke..


Jumaat, 13 Julai 2012

Kereta ketua gangster AS dilelong


As'salam


Sebuah Cadillac V-8 yang pernah dimiliki oleh ketua gangster Amerika syarikat (AS), Al Capone akan dilelong. kereta keluaran 1928 itu yang juga merupakan kereta kalis peluru terawal pernah dihasilkan dijangka
akan dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta). 



Al Capone atau nama sebenarnya Alphonse Gabriel Capone yang berketurunan Itali ini merupakan ketua gangster di Amerika sekitar 1920an - 1930an. 

Khamis, 12 Julai 2012

Gambar bot mewah karam


As'salam


Sebuah bot mewah yang baru dijual pada harga AS$3.2 juta (RM10.17 juta) didapati karam di dermaga Tahoe Keys Marina di Tasik Tahoe Selatan, California pada Isnin lalu.

Menurut beberapa penduduk, mereka mendengar bunyi kuat pada malam Ahad lalu.
bagaimanapun, punca yang menyebabkan bot itu karam masih misteri dan sedang disiasat

Sumber: Kosmo

Isnin, 9 Julai 2012

Kenyataan menggemparkan ! makhluk asing bukan berwarna hijau


As'salam


Sebut saja makhluk asing..setiap orang akan berimaginasi dan membayangkan bahawa makhluk asing itu berwajah hodoh dan pastinya berwarna hijau seperti dalam filem2 hollywood. tetapi.....

Berita ini mungkin jawapannya !

LONDON - Tanggapan masyarakat terhadap rupa makhluk asing yang biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.

Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocock berkata, rupa makhluk asing adalah seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.

"Ia seperti obor-obor besar, lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai perut berwarna oren," katanya yang merakamkan imej itu melalui kamera satelit.

Katanya, warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk bawang berfungsi sebagai alat apungan.

“Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut, tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia boleh terapung,” katanya.

-Sinar Harian


Ahad, 8 Julai 2012

Ratu Rock Ella, Azhar kini suami isteri

As'salam..

Dengan hanya sekali lafaz, Pasangan Azhar Husaini Ghazali, 30 dan ratu rock Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang mereka dan sah bergelar sebagai suami isteri.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong kira-kira jam 10.35 malam tadi.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah dan dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.


Khamis, 17 Mei 2012

Budak derita 'kaki raksasa'


As'salam


KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.

Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch menderita dengan penyakit misterinya itu dan kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Sumber: myMetro

Jumaat, 11 Mei 2012

Budak pandu BMW rempuh rumah jiran


As'salam


Seorang budak lelaki yang baru berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran dengan kereta BMW milik ibunya. Menurut wanita berkenaan, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dahulu sebelum menunggunya memasuki kereta.

Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.

Kerosakan pada rumah berkenaan dianggarkan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).

Sumber:Kosmo