followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 19 Mac 2012

Telefon bimbit beri kesan buruk kepada bayi

Gambar Hiasan

LONDON - Bakal ibu diingatkan bahawa penggunaan telefon bimbit secara kerap bakal mengundang masalah tingkah laku bayi selepas ia dilahirkan.

Pakar dari Universiti Yale menyarankan wanita hamil mengehadkan penggunaan telefon bimbit bagi mengelakkan bayi terdedah kepada radiasi secara berlebihan.

Hasil eksperimen yang dijalankan mendapati radiasi daripada telefon bimbit mampu memberi kesan terhadap perkembangan otak anak, menjadikannya terlalu aktif dan melemahkan ingatan.



Kredit: Sinar Harian


Isnin, 27 Februari 2012

12 Simptom Apabila Anda Kurang Tidur





Salam..

Hari ni gua nak kongsikan kepada korang tentang simptom-simptom yang dialami apabila kurang tidur.

1. Mata bengkak

2. Sering keletihan

3. Mudah rasa tertekan pada waktu pagi dan malam

4. Sering tertidur ketika di khalayak ramai sebagai contoh: mesyuarat atau majlis keramaian.

5. Kurang aktif dan kurang memepunyai hubungan sosial.

6. Sukar menumpuhkan perhatian kepada isu-isu yang dibincangkan dan tidak fokus

7. Sering menghadapi masalah kesihatan seperti kejang otot,sakit perut dan pening.

8. Sukar tidur~sering terjaga malam dan terjaga awal.

9. Takut waktu tidur kerana susah untuk melelapkan mata.

10. Mudah tersinggung dan sensitif.

11. Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

12. Sering menggunakan alkohol,rokok dan ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.

Ahad, 26 Februari 2012

Wajib baca! Bakteria dalam mulut boleh membunuh





BERN - Sejenis bakteria yang berada dalam mulut didakwa mampu membunuh jika ia memasuki saluran darah, menurut penyelidikan saintis di Switzerland.

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah.

Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang).

Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology.

Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera.


Kredit:Sinar Harian



Isnin, 12 Disember 2011

GANGGUAN TIDUR BOLEH SEBABKAN KEMATIAN


Sleep Apnea atau nafas terhenti seketika sewaktu tidur akibat saluran pernafasan terganggu boleh
menyebabkan kematian akibat bekalan oksigen pada tubuh.
Masalah ini menyebabkan bekalan oksigen berkurangan yang memaksa jantung bekerja lebih kuat.
 Perkara ini jika dibiarkan berpanjangan boleh mencetuskan serangan jantung atau strok.
Selain itu, kekurangan oksigen menyebabkan penderita diserang rasa mengantuk yang kronik
hingga menjejaskan prestasi atau produktiviti. 
Tanda sleep apnea yang paling mudah dikenali adalah tidur berdengkur. 
Menurut kajian,sleep apnea menyerang satu daripada 4 lelaki berbanding hanya satu 
daripada 10 wanita.