followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan

Isnin, 20 Ogos 2012

Meizu MX versi baru berspesifikasi tinggi


As'salam



Syarikat elektronik China, Meizu, dijangka akan melancarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi bulan depan.
Meizu MX versi terbaru ini dikatakan disokong prosesor ‘quad core’ buatan Samsung, RAM 2GB, memori
dalaman 64GB serta sistem Android Ice Cream Sandwich. manakala keluasan skrinnya adalah kira-kira empat inci.

INFO: Meizu MX

− Saiz: 121.3 x 63.3 x 10.3 mm
− Berat: 139 gram

− Memori: 16 GB memori dalaman dan 1GB RAM

− Kamera: 8 Megapiksel, autofocus, LED flash

− OS: Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)

− Data: GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth, USB


Jumaat, 29 Jun 2012

Tablet Terbaru Google Dijual RM636


As'salam



Syarikat Google mengumumkan tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).

Komputer tablet itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan.

Sumber: Kosmo


Khamis, 28 Jun 2012

Penjualan Galaxy Tab Diharamkan Mahkamah AS

As'salam



SAN FRANCISCO - Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple.

Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad.
Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.
bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet.


Sumber SH

p/s seronok ambik gambar christiano ronaldo menangis guna galaxy tab pas lawan spain tadi...


Isnin, 25 Jun 2012

iPet haiwan peliharaan maya


As'salam


Bagi mereka yang mengalami alahan pada bulu kucing atau anjing kini boleh mendekati binatang itu secara maya.

Syarikat Bandai mengeluarkan satu produk inovatif untuk mereka khususnya kanak-kanak yang berminat untuk memiliki haiwan peliharaan secara maya. Produk yang dikenali iPet atau Smart Pet tersebut boleh diprogramkan untuk memaparkan pelbagai ekspresi haiwan itu menerusi skrin telefon pintar seperti iPhone.

iPet telah diperkenalkan baru-baru ini pada Pameran Permainan di Tokyo,

Sumber: SH


Isnin, 28 Mei 2012

Emily,Robot Penyelamat Mangsa Lemas


As'salam


Emily, sejenis robot kawalan jauh yang berfungsi untuk menyelamat mangsa lemas, dijangka akan menggantikan tugas penyelamat pantai di Amerika Syarikat (AS) dalam operasi itu.

Emily atau ‘Emergency Integrated Lifesaving Lanyard’ baru dalam peringkat ujian pada musim panas ini
oleh pengawal pantai Los Angeles dan California sebagai peralatan menyelamat mangsa lemas yang baru.

Ia mampu bergerak 12 kali lebih laju dari penyelamat pantai dan boleh dijatuhkan dari udara bagi tujuan kecemasan. selain mampu berfungsi selama 500 minit pada kelajuan 5 kilometer sejam.

Fakta: Nama Emily diambil sempena nama seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang maut akibat kemalangan jalan raya, iaitu Emily Shane.



Rabu, 16 Mei 2012

Honda cipta kerusi bergerak


As'salam


Syarikat Honda Motor telah mencipta sebuah kerusi bergerak yang dikenali sebagai Uni-Cub.
Kerusi yang menggunakan teknologi robotik itu mempunyai roda utama di bahagian depan dan roda kecil di bahagian belakang yang membolehkan ia berpusing.

Pengguna hanya perlu menyengetkan badan ke kiri atau ke kanan jika mahu ia bergerak ke arah itu.
namun setakat ini syarikat itu belum bercadang untuk menjual kerusi itu.

Sumber: Kosmo

Ahad, 6 Mei 2012

Spesifikasi Samsung Galaxy S III




Samsung Galaxy S III

SPESIFIKASI

Paparan: 4.8 inci berdefinisi tinggi (HD)
Operasi: Android 4.0 (ice cream
sandwich)
RAM:1GB 
Kamera: 8 mega piksel auto fokus
kamera dengan fl ash
Resolusi:720 x 1280 px (306ppi) 
Memori: 16/32GB (64GB tidak lama
lagi) + microSD slot (sehingga 64GB)
Dimensi: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
Bateri: 2,100 mAh

Sumber: 

Khamis, 5 April 2012

7 pesaing I Pad


As'salam..

KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.

Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini. 

Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad terbaru ini.

Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dipaparkan:

ASUS PADFONE

GAJET hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.

SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1 

TABLET ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.

Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.

TOSHIBA EXCITE X10

TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.

LENOVO IDEAPAD S2

TABLET ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.

ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

TABLET ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.

LG OPTIMUS PAD LTE

TABLET ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.

SONY TABLET P

TABLET ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE.

Kredit:Berita Harian

Khamis, 22 Mac 2012

Telefon Pintar | LG Optimus 3D P920


Salam..

Memperkenalkan

LG Optimus 3D P920 

LG Corp memperkenalkan telefon pintar 3D pertama di dunia yang mengetengahkan inovasi penyampaian visual lebih kreatif dan serta menepati standard teknologi 3D tahun ini.

Lebih menarik, LG Optimus 3D P920 adalah peranti moden yang tidak memerlukan penggunaan kaca mata khas 3D ketika melihat semula imej dan video yang dirakam. 

Pada ukuran 128.8 x 68 x 11.9 milimeter dan seberat 168 gram, saiz telefon pintar ini adalah lebih besar
Sistem 3D pada telefon pintar LG Optimus itu turut menyokong format video 2D. Ini bagi membolehkan pengguna menikmati format imej Definisi Tinggi (HD) lengkap 1080p kerana sistem 3D yang diperkenalkan hanya mampu menyediakan rakaman visual pada resolusi 720p.

Mengenai harga, ia belum dapat dipastikan..

Sumber: BH

Isnin, 19 Mac 2012

Telefon bimbit beri kesan buruk kepada bayi

Gambar Hiasan

LONDON - Bakal ibu diingatkan bahawa penggunaan telefon bimbit secara kerap bakal mengundang masalah tingkah laku bayi selepas ia dilahirkan.

Pakar dari Universiti Yale menyarankan wanita hamil mengehadkan penggunaan telefon bimbit bagi mengelakkan bayi terdedah kepada radiasi secara berlebihan.

Hasil eksperimen yang dijalankan mendapati radiasi daripada telefon bimbit mampu memberi kesan terhadap perkembangan otak anak, menjadikannya terlalu aktif dan melemahkan ingatan.



Kredit: Sinar Harian


The Spider Yang Unik!!




WASHINGTON - Ia mungkin kelihatan seperti sebuah pengisar lada berteknologi tinggi, tetapi sebenarnya alat elektronik tiga dalam satu ini didakwa bakal menggantikan telefon bimbit, komputer riba dan mungkin juga televisyen.
Projektor kecil, The Spider hasil ciptaan Nikolaus Frank dilengkapi pelbagai fungsi termasuk boleh mengeluarkan papan kekunci di atas meja dengan menggunakan pancaran laser beresolusi tinggi.

Produk unik tersebut dicipta untuk syarikat pereka Franketc dan berfungsi sebagai peranti bagi generasi akan yang dijangka mampu bersaing dengan alat elektronik sedia ada keluaran Apple seperti iPhone dan iPad.

Kredit: Sinar Harian


Rabu, 22 Februari 2012

Telefon pintar mampu milik di Malaysia April ini


KUALA LUMPUR - Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, menyasarkan segmen pasaran mampu milik.

Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M. Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi "DMD Android Smartphone Communicator", yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

"DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini," katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

Mohammed berkata telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.

"Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan," katanya.

Menurutnya DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.

"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Feb," katanya.

Mohammed berkata telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. - Bernama


Sinar Harian