followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

Gempar! ayat suci al-Quran lenyap!




Assalam..


Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di tumpat,kelantan gempar apabila mendapati beberapa ayat suci lenyap daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.


Menurut imam disitu, Mohamad Deraman, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 juga didapati hilang.

"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.

"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya.


sumber: Sinar Harian




p/s mari kita sama-sama ambil iktibar daripada cerita ini.. 



Jumaat, 4 Julai 2014

11 orang yang mendapat doa malaikat





Assalam.. 
salam jumaat semua
ok hari ni entri gua lebih fokus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan mungkin sepanjang ramadan ini.. in sha Allah. dan hari ni gua nak kongsikan tentang doa daripada malaikat kepada 11 orang yang melakukan perkara kebaikan iaitu..,

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2.  Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3.  Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4.  Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5.  Kalangan malaikat mengucapkan 'aamiin' ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah.

6.  Orang yang duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat.

7.  Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.

8.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9.  Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

selamat beribadah buat saudara kaum muslimin dan muslimat di mana juga anda berada.








Khamis, 3 Julai 2014

Kaedah mendapat keampunan di bulan ramadan





Assalam.. 

Pagi ni bersamaan 5 ramadan, gua ingin berkongsi sket tentang bagaimana untuk mendapatkan keampunan di bulan yang mulia ini, dan berikut adalah antara kaedah yang boleh anda praktikkan menurut 
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang gua kongsikan untuk kebaikan kita bersama.

Pertama:
Kita kena berpuasa dengan ikhlas.

Kedua:
Amalkan solat lima waktu secara berjemaah sepanjang Ramadan ini.

Ketiga:
Solat Tarawih dengan ikhlas

Keempat:
Perbanyakkan membaca Al-Quran di bulan ini.

Kelima:
Perbanyakkan dan gandakan ibadah pada 10 malam terakhir.

Keenam:
Beriktikaf di masjid yakni bertafakur mendapat keredaan daripada Allah SWT.

Ketujuh:
Perbanyakkan solat taubat,istighfar dan berzikir.

Kelapan:
Segerakan berbuka dan lewatkan bersahur.

Kesembilan:
Banyakkan berdoa.

Kesepuluh:
Berazam untuk jadi "orang baru" (umat fitrah) selepas Ramadan.

Kesebelas:
Menjamu orang untuk berbuka/bersahur dan bayak bersedekah.

Semoga Allah SWT menerima ibadah kita dan memberikan rahmat dan keampunan supaya kita terhindar daripada azab api neraka.. 

selamat berkongsi dan salam ramadan al mubarak.



Lagi perihal agama dan tip menarik untuk perkongsian bersama..

Tips
Agama




Isnin, 2 Jun 2014

Nasihat Kubur


Assalam..





Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan  SILATURAHIM..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca 
AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dg cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH."



Ahad, 1 Jun 2014

Subhanallah! 30 orang yang pertama dalam islam



30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM





1.  Orang yang pertama menulis Bismillah:
Nabi Sulaiman AS.

2.  Orang yang pertama minum air zamzam:
Nabi Ismail AS.

3.  Orang ayang pertama berkhatan:
Nabi Ibrahim AS.

4.  Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari kiamat:
Nabi Ibrahim AS.

5.  Orang  yang pertama mengerjakan saie antara safa dan marwah:
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

6.  Orang yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat:
Nabi Muhammad SAW.

7.  Orang yang pertama menjadi khalifah Islam:
Abu Bakar As Siddiq RA.

8.  Orang pertama dipanggil Allah pada hari kiamat:
Nabi Adam AS.

9.  Orang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA.

10.  Orang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam islam:
Al-Hasan bin Ali RA.

11.  Orang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA.

12.  Orang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki:
Al-Harith bin Abi Halah RA.

13.  Orang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat.

14.  Orang pertama menulis hadis di dalam kitab/lembaran:
Abdullah bin Amru Al-Ash RA.

15.  Orang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah:
Saad bin Abi Waqqas RA.

16.  Orang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA.

17.  Orang pertama yang bersembahyang dengan Rasulullah:
Ali bin Abi Tholib RA.

18.  Orang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA.

19.  Orang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah:
Az Zubair bin Al-Awwam RA.

20.  Orang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA.

21.  Orang pertama beriman dengan Nabi SAW:
Khadijah binti Khuwailid RA.

22.  Orang pertama mrngasaskan usul fiqh:
Imam Syafei RH.

23.  Orang pertama menjadi raja dalam islam:
Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

24.  Orang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA.

25.  Orang pertama membuat perpustakaan awam:
Harun Ar-Rasyid RH.

26.  Orang pertama mengadakan baitul mal:
Umar Al-Khattab RA.

27.  Orang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bin Abi Tholib RA.

28.  Orang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansuh RH.

29.  Orang pertama digelar Al-Muqry:
Mus'ab bin Umair RA.

30.  Orang pertama masuk ke dalam syurga:
Nabi Muhammad SAW.

gua menjemput saudara semua untuk kongsi dan sebarkan perkara ini..

#silalah follow blog ini jikalau ada kesudian :)




Khamis, 22 Mei 2014

Koleksi Doa Amalan




Doa untuk kedua ibu bapa


                  Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro 

Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil 

Doa buka puasa

 Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya        arhamarrohimin

Maksudnya:
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Doa selepas solat

Bismillah hir'rahma nirra'him
Alhamdulillah hirob bil a'lamin
Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in
Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo
Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii' khotimah
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab
Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar
Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam
Walham dulillah hirob'bil a'lamiin

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. 

Doa Qunut

Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii syarramaa qadzait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Wastaghfiruka wa’atubu ilaik. Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya


Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar 

Maksud:
Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.


Alhamdulillahilladzii ath’amanaa wa saqaanaa wa ja’alanaa minal muslimiina

Maksud:
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Islam


kredit: mytoha.net



Sabtu, 17 Mei 2014

Enam tanda 'kebodohan' seseorang


Assalam..
Sempena cuti hujung minggu ni,gua nak ambil masa yang terluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang sifat negatif tak yang sepatutnya diamalkan..
jom terjah!!


Diriwayatkan dari al-Hasan bin 'Alawiyah, beliau berkata : "Muhammad bin Manshur berkata : " Ada enam hal yang menandakan KEBODOHAN seseorang :


1. Marah tanpa alasan yang munasabah.

2. Berbicara dalam hal yang tidak ada manfaatnya.

3. Menasihat tidak kena pada tempatnya.

4. Menyebarkan cerita yang harus disimpan.


5. Percaya pada setiap orang tanpa menyiasat kesahihan sesuatu cerita.

6. Tidak dapat membezakan diantara kawan dan lawan.

p/s semoga bermanfaat untuk semua


Jumaat, 16 Mei 2014

Bahaya penyebaran fitnah



Assalamualaikum
salam jumaat semua
hari ni marilah kita sama-sama berkongsikan tentang
salah satu sifat negatif yang ada pada kebanyakkan orang yang seolah-olah telah menjadi satu sifat yang sukar dikikis dan boleh dikatakan menjadi 'penyakit'.

Sebagai manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.
Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)
Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.


Fitnah

   Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

    Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

    Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

    Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

    Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
    Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
    Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
    Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

    Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
    Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
    Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
 

Bahayanya Fitnah


Perbuatan fitnah lebih BAHAYA 
daripada MEMBUNUH kerana
 menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.


Firman Allah SWT : 

"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al Baqarah : 217 )


Sumber:


Khamis, 20 Februari 2014

10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI


10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI


Assalam...,
Sahabat,rakan-rakan blogger,facebook,twitter dan semua yang ada di alam maya ini yang seagama dengan gua, kali ini gua ingin berkongsi dengan semua tentang satu tajuk yang agak menarik dan wajib untuk kita semua ketahui. apa yang anda tahu tentang perkataan ZALIM?? amboi terus ambik kamus dewan nampak..?? kihkihkih... bila sebut perkataan zalim sudah pasti ramai yang tahu maksudnya ye dak? cer buat ayat sket..! kompem ar ambik citer zaman hang tuah punye..hehe.. Zalim secara istilah membawa pengertian "berbuat aniaya atau celaka" dengan melakukan penindasan keatas seseorang (yang lemah) dalam sesebuah kehidupan. (kalau kurang tepat sila betulkan).

Namun itu perlakuan zalim pada orang lain. bagaimana pula dengan zalim pada diri sendiri? adakah ia terjadi dan boleh terjadi? "Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah menzalimi hambaNya melainkan hamba itu sendiri menzalimi dirinya sendiri". mungkin ada diantara kita yang tidak sedar atau memang tidak tahu bahawa ada beberapa perkara yang boleh menjadikan kita tergolong dalam golongan manusia yang zalim pada diri sendiri. oleh itu disini gua ingin kongsikan tentang 10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.
semoga selepas ini kita akan sedar dan lebih peka dan semoga kita semua sama-sama diberikan taufik dan hidayahNya.

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.

1.  Apabila berdoa,tidak mendoakan orang lain.
2.  Tidak membaca Al-Quran
3.  Apabila masuk ke dalam masjid,tidak menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.
-solat sunat mu'akkad 'selamat datang' bagi menghormati masjid.
4.  Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.
5.  Tidak menunaikan solat jumaat apabila tiba di sesuatu tempat.
6.  Tidak mahu menuntut ilmu apabila orang alim datang ke tempatnya.
7.  Tidak bertanya nama seseorang apabila bertemu.
8.  Tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri kenduri.
9.  Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar.
10. Makan sehingga kenyang,tetapi lupa akan jiran yang kelaparan.


p/s muhasabah diri..



Rabu, 5 September 2012

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati..


As'salam



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,

... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

p/s islam itu indah

Jumaat, 17 Ogos 2012

10 Surah dalam Al-Quran dapat mencegah 10 perkara


10 Surah dalam Al-Quran dapat mencegah 10 perkara

Jom kongsi..

1. Surah Al-Fatihah
mencegah kemarahan Allah SWT.

2. Surah Yasin
mencegah kehausan di hari kiamat

3. Surah Ad Dukhan
mencegah kesusahan di hari kiamat.

4. Surah Waqi'ah
mencegah kefakiran.

5. Surah Al Mulk
mencegah seksa kubur.

6. Surah Al Kautsar
mencegah permusuhan.

7. Surah Al Kafirun
mencegah kekufuran ketika dicabut roh.

8. Surah Al Ikhlas
mencegah kemunafikan.

9. Surah Al Falak
mencegah iri hati seseorang.

10. Surah An Nas
mencegah was-was.

p/s nak tahu lebih lanjut sila baca dan fahami maksud surah2 demikian.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Persoalan manusia telah dijawab oleh Allah SWT 1400 tahun yang lalu


As'salam


Persoalan manusia telah dijawab oleh Allah SWT 1400 tahun yang lalu.
Apakah yang disoal dan apakah yang dijawab?? mari kita kongsikan..

1. kenapa aku di uji?
Jawapan didalam Surah
AL-ANKABUT ayat 2-3

2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?
Jawapan didalam Surah
AL-BAQARAH ayat 216

3. Kenapa ujian seberat ini?
Jawapan didalam Surah
AL-BAQARAH ayat 286

4. Kenapa kita rasa kecewa?
Jawapan didalam Surah
ALI IMRAN ayat 139

5. Bagaimana aku harus hadapi kesusahan ini?
Jawapan didalam Surah
AL-BAQARAH ayat 45

6. Kepada siapa aku berharap?
Jawapan didalam Surah
AT TAUBAH ayat 129

7.Apa yang aku dapat dari ujian ini?
Jawapan didalam Surah
AT TAUBAH ayat 111

8.Aku tidak tahan dengan ujian ini 
Jawapan didalam Surah
YUSUF ayat 12

9. Sampai bila aku harus merana?
Jawapan didalam Surah
AL-INSYIRAH ayat 5-6

Sesungguhnya telah ada jawapan bagi persoalan-persoalan ini, cuma kadangkala manusia tidak punya keinginan untuk mencarinya... renung-renungkan.

Sumber: Facebook

Ahad, 5 Ogos 2012

Senarai dosa-dosa besar



As'salam



Mari kita kongsi-kongsikan untuk kebaikan bersama, semoga kita dijauhi dari melakukan perkara-perkara ini.

Senarai dosa-dosa besar. 

1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)
2. Membunuh manusia tanpa sebab
3. Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
4. Meninggalkan solat fardhu
5. Tidak membayar zakat
6. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
7. Tidak menunaikan haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada kedua ibubapa
9. Memutuskan hubungan silaturrahim
10. Melakukan zina
11. Tidak menunaikan hak anak dan isteri
12. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
13. Homoseksual (hubungan sesama jantina)
14. Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
15. Makan harta anak yatim dengan kejam
16. Sumpah dusta dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.
17. Melarikan diri dari medan jihad
18. Pemimpin yang menipu dan kejam terhadap rakyatnya
19. Melakukan sumpah palsu
20. Menjadi atau bersaksi palsu
21. Judi dan sebarang bentuk pertaruhan
22. Minum arak atau minuman yang memabukkan
23. Menuduh perempuan baik berzina
24. Mencuri kerana kemegahan dan kemewahan
25. Merompak
26. Melakukan kezaliman terhadap orang yang lemah
27. Menafikan hak kepada orang yang berhak
28. Mengajar orangramai tentang hukum tetapi diri tidak melakukannya
29. Mengumpul kekayaan dari sumber yang haram
30. Bunuh diri
31. Berbohong
32. Hakim yang derhaka
33. Memberi rasuah dalam masalah hukum
34. Wanita menyerupai lelaki (tomboy, penkid) dan lelaki menyerupai wanita (pondan).
35. Perkahwinan cina buta
36. Kencing tidak dibersihkan sesuci-sucinya
37. Mempelajari ilmu untuk tujuan keduniaan serta bisu dalam menyatakan kebenaran.
38. Penipu dan khianat dan riya’ (sombong)
39. Mengungkit-ungkit pemberian
40. Menyalahkan takdir
41. Mencari kesalahan orang lain (menjagaa tepi kain orang)
42. Mengadu domba (melaga-lagakan antara dua orang)
43. Membuat fitnah
44. Mengutuk orang islam
45. Mengingkari janji
46. Mempercayai dukun, bomoh, sihir dan Ahli Nujum.
47. Nusyuz (isteri derhaka kepada suami dan sebaliknya)
48. Membuat atau mengukir patung
49. Menampar pipi atau menyiksa badan ketika berdukacita
50. Berbuat buruk terhadap orang yang lemah, kanak-kanak, isteri dan binatang
51. Menganggu jiran tetangga
52. Melabuhkan pakaian untuk menyombong
53. Lelaki yang memakai sutera dan emas sebagai pakaian atau perhiasan
54. Menyembelih binatang selain kerana Allah s.w.t.
55. Mengaku bapa sendiri kepada ayah angkat
56. Menamakan anak angkat dengan berbinkan namanya.
57. Berdebat dan memusihi orang lain.
58. Menipu dalam timbangan dan perniagaan.
59. Merasa aman dari kemurkaan Allah
60. Putus asa dari rahmat Allah
61. Meninggalkan solat jumaat tanpa uzur
62. Mengubah wasiat
63. Mengintip orang Islam dan menyebarkan rahsianya
64. Mencela Nabi Muhammad s.a.w.
65. Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam
66. Menolak hadits nabi s.a.w.
67. Mengingkari ayat al-Qur’an atau menghina al-Qur’an
68. Melakukan rasuah.
69. Melanggar hukum faraid
70. Mengampu pemerintah kerana kepentingan diri
71. Berbangga dan sombong dengan anak-anak atau harta yang banyak
72. Pecah amanah
73. Tua tetapi masih berzina
74. Riak dan menunjuk-nunjuk
75. Bertenung nasib
76. Menyambut Hari Valentine
77. Dayus atau redha atau membiarkan anak dan isteri melakukan maksiat dan dosa
78. Membunuh bayi
79. Menggugurkan janin
80. Menagih dadah

Kredit: Lukisan Dakwah Islam

Jumaat, 3 Ogos 2012

8 Amalan penambahan rezeki

As'salam..

8 Amalan penambahan rezeki

1. Memperbanyak istighfar dan bertaubat.
Firman Allah: Maka aku katakan pada mereka:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu, dan membanyakkan harta dan anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai" 
(Surah Nuh:10-12)

2. Meningkatkan ketaqwaan.
Firman Allah: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya"
S(urah At-Thalaq:2-3)

3. Gemar membuat tali silaturahim.
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ingin dilapangakan rezekinya dan ingin dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.
(Bukhari&Muslim)

4. Menunaikan ibadah haji dan umrah.
Rasulullah SAW bersabda: Lakukan haji dan umrah, kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi,emas dan perak.
(Ahmad)

5. Gemar mendermakan harta.
Firman Allah SWT: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(Surah Saba':39)

6. Membiasakan ibadah dengan benar.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman "Wahai anak adam, sibukkanlah untuk beribadah kepadaku nescaya Aku akan penuhi dadanya dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu.jika tidak kamu lakukan, nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukkan dan tidak Aku tutup kefakiranmu."
(Ahmad)

7. Hijrah di jalan Allah (fisabilillah).
Firman Allah SWT: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapat di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak, Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
(Surah An-Nisa':100)

8. Tawakkal kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: Seandainya kalian mahu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberi rezeki, pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.
(Ahmad & Tirmidzi)


Sumber: Facebook

7 mata yang dicintai Allah


As'salam





7 mata yang dicinta Allah

~ Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada jalan Allah SWT.

~ Mata yang berjaga malam di jalan Allah SWT.

~ Mata yang menitiskan air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.


~ Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah SWT.


~ Mata yang memandang dan membaca Al-quran, mengambil pengajaran serta mengamalkannya dalam kehidupan.


~ Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.


~ Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.


p/s syukur dikurniakan mata yang boleh melihat keindahan ciptaan tuhan

Jumaat, 20 Julai 2012

Tuntutan Ramadan


As'salam


Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan menjelang tiba, marilah kita sama-sama praktikkan dan mengamalkan tentang beberapa perkara yang dituntut sepanjang bulan mulia ini..


- PUASA sepenuhnya sepanjang Ramadan
- Baca AL-QURAN sebanyak mungkin
- Solat TARAWIH berjemaah di masjid
- BERSEDEKAH kepada fakir miskin
- Banyakkan BERZIKIR,kurangkan bercakap
- QIAMULLAIL sepanjang Ramadan
- Jauhi AMALAN yang mencacatkan puasa
- BERSAHUR sepanjang Ramadan
- RAMADAN banyak menguji kesabaran, oleh yang demikian belajarlah untuk menjadi seorang yang PENYABAR.

p/s jadikan ramadan bulan transfomasi diri..insyallah



Jumaat, 13 Julai 2012

Tanda-tanda iman semakin lemah

As'salam..

Antara tanda-tanda iman semakin lemah...

  1. Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah
  2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh 
  3. Tidak kusyuk ketika solat
  4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir
  5. Tidak bersabar apabila menerima ujian 
  6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja
  7. Meninggalkan al-Quran tanpa dibaca
  8. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya 
  9. Tidak berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.;
  10. Tidak melakukan apa-apa pun bila mendengar bacaan ayat suci al-Quran
  11. Menyuruh orang buat baik tetapi diri sendiri tidak melakukannya
  12. Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara buruk yang menimpa orang lain
  13. Tidak ambil kisah pada makruh, hanya peduli perihal haram sahaja
  14. Mentertawakan orang yang melakukan kebaikan, seperti membersihkan masjid
  15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam
  16. Tiada tanggungjawab untuk ikut kemajuan agama Islam
  17. Suka berdebat walaupun tiada bukti
  18. Lalai dan obses kepada diri sendiri
  19. Terikut-ikut budaya luar yang bertentangan dengan agama
  20. Tidak menjaga aurat
p/s usaha dan terus berusaha menjauhi perkara dilarang....iman kena kuat :)

Sunnah dan adab hari Jumaat

As'salam..

Mari kita pelajari dan renungkan bersama tentang sunnah-sunnah dan adab-adab di hari jumaat..

- Mandi dan membersihkan diri bagi yang menunaikan solat jumaat
- Memotong kuku
- Mencabut bulu ketiak,menggunting misai,mencukur bulu ari-ari
- Memakai wangi-wangian,minyak rambut
- Memakai pakaian yang cantik dan bersih (warna putih sangat digalakkan)
- Membaca surah al-Kahfi pada malam jumaat dan siangnya.
- Memperbanyakkan selawat keatas Rasulullah SAW.
- Memperbanyakkan doa.
- Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti sedekah.
- Datang awal ke masjid.
- Mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid.
- Diam ketika khatib membacakan khutbah.
- Makruh melangka tengkuk atau bahu orang lain untuk ke saf hadapan.

Katakanlah (wahai Muhammad) "Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu akan dikasihi Allah" (Surah al-imran :31)

Mari kongsikan bersama..

Sumber: Al-Quran Digital Read Pen

Sabtu, 7 Julai 2012

18 Ciri Suami Soleh


As'salam


Mari kita kongsikan bersama tentang ciri-ciri seorang suami yang soleh..semoga kaum hawa diluar sana akan bertemu suami seperti ini..insyallah.

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


Kredit: maafkan saya kalau terkasar bahasa



Jumaat, 6 Julai 2012

Seksa Meninggalkan Sembahyang


As'salam


Seksa Meninggalkan Sembahyang

6 SEKSAAN DI DUNIA

~ Allah mengurangkan berkat umurnya
Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
~ Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
~ Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
Allah tidak menerima doanya


3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI


Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina.
Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya.


3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR


~ Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya.
~ Allah akan menggelapkan kuburnya
~ Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat.


3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH


Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
~ Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras.


DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU.


SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan
60000 tahun di dunia)


ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam.


ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)


MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.


ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


Sumber:

SILA SEBARKAN , SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA INSYALLAH.