followers
busuk.org
Memaparkan catatan dengan label ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmiah. Papar semua catatan
Selasa, 25 Februari 2014
Positif Hadapi Pertengkaran
Positif Hadapi Pertengkaran
Assalam...
Sebelum ape-ape, gua nak tanya ade tak antara korang yang xpernah bertengkar atau bergaduh dengan rakan,kawan atau sahabat mase kecik-kecik (zaman kanak-kanak) dulu?? hehehehe.... tipulah kalau takde kan..? kan..? tapi gaduh mase kecik-kecik lain, gaduh hari ni,esok dah berbaik semula..hehe..kadang-kadang tu tak sampai pon ke petang dah jadi geng balik.. (pengalaman) kihkih...
Tapi semua tu sebenarnya adalah lumrah dalam kehidupan. masuk zaman dewasa pun benda tu tak lari daripada kita. tapi elakkan!! sebabnye macam yang gua cakap tadi,zaman kanak-kanak bila timbul perbalahan sesama rakan,menangis dan merengek macam mana sekalipun, tetap jugak jadi geng (berbaik) dalam masa yang tak lama. tapi bila wujudnya perbalahan dalam usia meningkat dewasa ini agak payah nak berbaik semula. bukan tak boleh tapi kebiasaannya akan mengambil mase yang agak lame. so elakkan oke?
tapi sekiranya terjadi jugak, haaa kat sini gua ada sedikit tips yang sangat-sangat berguna untuk semua.
1. Apabila berlaku selisih faham dengan rakan korang, jangan sesekali libatkan tindakan fizikal. maksudnya jadi tony jaa la kan..tak pun jadi ajib ke..hehe.. sebabnye bila benda tu berlaku, maka akan timbul perasaan trauma pada salah seorang. bertengkar tak semestinya berakhir dengan beradu kekuatan. otak kene positif der..
2. Jangan lontarkan kata-kata pedas yang kaw-kaw punyee...sket-sket cukuplah, dan yang penting jangan di ulang-ulang perkataan yang sama. sebab pihak 'lawan' selalunya tak hirau sangat bila ada sesuatu perkataan yang ditujukan kat dia. tapi kalau kerap kali dengar ayat yang same..dusss memang bedesing telinge dibuatnye.. silap haribulan kerusi melayang woo. hahaha..
take 5 untuk iklan..
kalau osman baku nampak ayat gua ni..dah sah-sah gua ni digelar pengkhianat bangsa.kihkih... takpe-takpe maaf pakcik ehh..?
3. Walaupun korang memang rakan yang tersangatlah akrab, tapi korang kene ingat,tak semua isu atau hal disekeliling korang, korang punya pandangan atau pendapat yang same. so daripada sinilah wujudnya perselisihan faham.. kita ambik cerite pasal kejadian kat stadium larkin baru-baru ni sebagai contoh. konon je lah kan.. korang percaye dan yakin yang jdt bukanlah pencetus pergaduhan, dengan fakta dan bukti-bukti yang korang anggap kukuh itu,maka korang akan sehabisnye mempertahankannya. tapi sebaliknya pulak pada pandangan kawan korang, dia pun akan cuba mempertahankan t-team berdasarkan alasan yang dia ada. bila dah masing-masing berhujah maka konflik akan timbul. ape jadi? kalau dah dua-dua kebetulan punya ego yang tinggi, maka peranglah jawapnye. so ambik keputusan bijak,tunggu dan lihat saja atau abaikan benda-benda remeh macam tu..orang punya hal korang pulak yg gaduh.! ape kes..?
hahaha nak ulas sket sal jdt lwn t-team tu.. gua bukan nak citer sal perbalahan dorang, tapi gua tertarik dengan tindakan salah seorang yang terlibat.. sanggup bersumpah pegang al-quran demi kecintaannya kat negeri sendiri dan sanggup pulak belakangkan pasukan sendiri.. cerite ni ade moralnya.. berkisar tentang sebuah pengorbanan dan semangat jati diri.. masing-masing punya pendapatlah kan..? (tegur gua jika gua salah).
sambung lagi..
4. Ok! akhir sekali, prinsip 'win for win solution' adalah tindakan yang paling tepat korang kene ambik.
menatang ape pulak tu? haa..prinsip yang membawa kemenangan kepada kedua belah pihak..so adillah kan..same-same keluar modal,untungnya pun kenelah bagi same rata. tiada pemenang tiada pengalah wakaka..yang paling penting jangan malu untuk meminta maaf walaupun korang rase korang yang betul. belajar bertenang belajar bersabar rahmatnya lebih. (sedang muhasabah diri) ..........................
rakan-rakan diluar sana, dalam kehidupan ini, kadangkala kita 'terpaksa' melalui sesuatu yang perit,sesuatu yang akan tertanam dalam otak kita sampai bila-bila.. iaitu perkara atau kejadian yang memungkinkan kita akan sesali sampai bila-bila akibat dari perlakuan negatif kita sendiri. tapi semua itu adalah proses untuk kita agar kita menjadi yang lebih baik, proses yang kita kene lalui sebelum kita menjadi lebih matang. so sebaiknye jangan menyesali benda yang dah terjadi melainkan kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku itu....segala-galanya kene dihadapi dengan positif..
maaf adalah permulaannya..
p/s tibe-tibe teringat arwah ayah... al-fatihah
Sabtu, 26 Mei 2012
13 Kunci Nikmat Kehidupan
As'salam..
Kunci merupakan perkara atau benda yang amat diperlukan setiap manusia.
ianya begitu penting dan berharga, 'ibarat sebuah kereta, kita perlukan kunci untuk menghidupkannya..begitulah juga hal-hal lain dalam kehidupan kita, segalanya memerlukan kunci untuk
memenuhi impian dan keinginan. jadi disini gua ingin kongsikan kepada korang tentang 13 kunci utama
nikmat kehidupan. semoga ia bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama, insyallah.
1- Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasul Nya
2- Kunci rezeki adalah berusaha di sertai dengan istighfar dan ketakwaan
3- Kunci syurga adalah iman dan taqwa kepada Allah SWT
4- Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah SWT (al-Quran)
5- Kunci kebaikan adalah kejujuran
6- Kunci kehidupan adalah keikhlasan
7- Kunci kehidupan hati adalah merenungkan al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan mungkar yang membawa kepada dosa.
8- Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik
9- Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar
10- Kunci kebahagiaan adalah takwa
11- Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur
12- Kunci mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap duniawi
13- Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa
marilah kita bersama-sama mengamalkannya..
Khamis, 17 Mei 2012
Beza HTTP dan HTTPS
As'salam
HTTP adalah singkatan dari perkataan Hyper Text Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
Jadi apa peranan huruf 'S' yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?
S adalah singkatan daripada Secure. Jika korang mengunjungi sesebuah laman Web , cuba lihat alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.
Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat!
Dengan kata lain, kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer korang semasa perbualan dengan website.
sebagai contoh: jika korang mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang korang hantar ke laman tersebut. Jadi korang tidak digalakkan untuk memasukkan nombor kad kredit/akaun atau apa-apa maklumat sulit korang di laman http!
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https://, ini bermakna komputer korang sedang 'berbicara' di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat korang.
Jadi korang faham kan kenapa HTTP dan HTTPS ini begitu penting?
Nasihat gua..,
Jika sesebuah laman web meminta korang untuk memasukkan maklumat kad kredit atau akaun korang,ada baiknya korang periksa dahulu samada alamat web itu bermula dengan https:// atau sebaliknya
Harap korang kongsi-kongsikan artikel ini..copy paste pun takpe..
Sharing is caring ")
Sumber & Artikel asal :http://www.nescafeais.com/
Rabu, 16 Mei 2012
10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
As'salam
10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Sumber
Rabu, 21 Mac 2012
Uji bakat Imam Muda kini di Youtube!
Salam..
Berita baik bagi peminat-peminat Program Realiti TV Imam Muda musim ke-3
Kepada mereka yang berminat ingin menyertai ujibakat program ini,
anda kini boleh mengikuti siri ujibakat pencarian imam muda melalui You Tube.
Penyertaan terbuka pada lelaki Islam berumur 18 hingga 30 tahun dan peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik.
Uji bakat melalui online diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim ketiga ini. Peserta dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang.
Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera dua bacaan dalam al-Quran seperti ditetapkan. Rakaman yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke laman Youtube melalui akaun yang dibuka peserta uji bakat sendiri. Borang yang lengkap berserta pautan video di Youtube hendaklah di email menerusi imammuda@astro.com.my. Ujibakat berlangsung mulai 19 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012.
Sumber: Sinar Harian
Kamu Berkahwin Kerana Apa?
![]() |
| Hiasan Sumber: Pakcik Google |
Kamu Berkahwin Kerana Apa?
> Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan .
> Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .
> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .
> Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .
> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .
>Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal² yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.
Akan tetapi,
> Jika hakikat pernikahan anda adalah kerana untuk menyempurnakan IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.
> ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.
> Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh,
> Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut,
> Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur,
> Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
> Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh..
Isnin, 19 Mac 2012
Wajib Baca! Tips Kecantikan Sepanjang Zaman
Tips kecantikan sepanjang zaman..
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Laluberkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Sumber
Wajib Baca! 22 Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda
22 Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda
1- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.
2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3- Rumah yang memelihara anjing.
4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6- Rumah yang sering meninggikan suara.
7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13- Rumah pemakan riba,intres.
14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15- Rumah yang memiliki patung-patung.
16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17- Rumah yang didiami peminum arak.
18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
Mari kongsikan...
Isnin, 12 Mac 2012
Wajib Baca! Kesalahan Pemakaian Wanita Bertudung
Salam..
hai semua..entri gua kali ini adalah berkaitan tentang cara pemakaian oleh kaum wanita bertudung.
mungkin ada yang menganggap Tudung hanyalah sebagai fesyen bagi sesetengah si pemakai tanpa menghiraukan fesyen pakaian yang dipakai samada padan atau tidak dengan imej bertudung.
maka itulah ada sesetengah yang tidak ambil peduli tentang perihal aurat..bagi mereka asal dah pakai tudung kire ok lah...! haaiiissshhh
Sebenarnya ramai dikalangan wanita bertudung yang masih tak sedar apakah kepentingannya menjaga aurat..jadi sebab itulah ramai yang kurang memahami tentang permasalahan ini..
Jadi, disini gua nak kongsikan beberapa kesalahan bagi wanita bertudung dan cara pemakaian mereka
KESALAHAN GAMBAR A
- Kain yang dipakai terlalu singkat
Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa'i, dari Ummu Salamah r.a. "Ya Rasulullah, Bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?"
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi keatasnya".
KESALAHAN GAMBAR B
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi keatasnya".
KESALAHAN GAMBAR B
- Tudung tidak menutupi dada
Allah S.W.T. berfirman dalam surah An Nur, Ayat 31
Bermaksud: "...hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan ke dada mereka"
KESALAHAN GAMBAR C
- Tudung tidak menutupi dada
- Lengan blaus pendek
- Tidak bersarung kaki
- Kain yang dipakai terlalu singkat
"Sesungguhnya, Sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian, tetapi yang telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" Riwayat Bukhari dan Muslim.
KESALAHAN GAMBAR D
- Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"..hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu"
- Solekan yang jelas dilihat (lipstik)
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al 'Araf: ayat 31,
bermaksud: ..."Pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang, Makanlah dan minumlah dan jangan melampaui batas.
KESALAHAN GAMBAR E
bermaksud: ..."Pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang, Makanlah dan minumlah dan jangan melampaui batas.
KESALAHAN GAMBAR E
- Tudung tidak menutupi dada
- Tidak bersarung kaki
- Pakaian ketat menampakkan susuk badan
- Blaus yang dipakai terlalu singkat
"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman; hendaklah mereka merendahkan pemandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..." Surah An Nur, Ayat 31
KESALAHAN GAMBAR F
- Lengan blaus pendek
- Tidak bersarung kaki
- Kain yang dipakai berbelah di depan (slit)
"Barang siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti".
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibnu Majah
Khamis, 8 Mac 2012
8C Buat Suami Meluat Dengan Isteri
8C Buat Suami Meluat Dengan Isteri
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.
C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Sumber:
Rabu, 7 Mac 2012
Ketahui Sifat Melalui Huruf Awal Nama Anda
Ketahui Sifat Melalui Huruf Awal Nama Anda
huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.
huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia
huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.
huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Fakta | Mengapa Cincin Pernikahan Dipakaikan Di Jari Manis?
Mengapa Cincin Pernikahan Dipakaikan Di Jari Manis?
Kenapa Cincin pernikahan selalu ada di jari manis?.Kenapa tak di letak kan di jari lain..saya pada mulanya juga terfikir dan menjadi tanda soal dalam fikiran. Tetapi setelah baca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan. Cuba anda ikuti langkah berikut, anda semua pasti akan takjub, kerana ALLAH benar-benar membuat keajaiban atas penciptaan jari-jari kita.
Cuba ikut langkah ini:
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dilekuk ke dalam
2. Kemudian, 4 jari yang lain di pertemukan hujungnya.
3. Permainan dimulakan, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah.
4. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga pasti akan meninggalkan kita kelak.
6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.
7. Seterusnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Oleh sebab itu carilah pendamping hidup yang dapat bersama anda selamanya...
Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang soleh yang boleh dijadikan Imam keluarga, bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga.... Solat berjamaah suami-isteri adalah lambang dimana sebuah keluarga akan utuh hingga di syurga-Nya ALLAH kelak..... Amiin... InsyaALLAH.
Kredit: kakcik | maafkan saya kalau terkasar bahasa
Isnin, 5 Mac 2012
SIKAP MANUSIA JAHIL
SIKAP MANUSIA JAHIL
Salam..
Manusia hari ini suka bersangka²! ada sangkaan baik.. ada sangkaan buruk!
Orang yang suka beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina),
Orang yang makan banyak disangka pelahap,
Orang yang makan sikit disangka diet,
Orang yang baik disangka buruk,
Orang yang buruk disangka baik,
Orang yang suka senyum disangka mengejek,
Orang yang masam muka disangka merajuk,
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri (forever alone),
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk,
Orang yang nampak ceria disangka membela,
Ingatlah...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah,
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya,
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya.
Sumber:
6 Petua Mengatasi Masalah Hidup
6 Petua Mengatasi Masalah Hidup
1. Sandarkan Harapan Pada Allah s.w.t.
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan”. ”Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)
2. Minta Pertolongan Dari Allah s.w.t.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)
3. Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139) Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya. Firman Allah s.w.t.: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)
4. Luah masalah pada rakan
Luahkan Masalah anda pada rakan yang boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban yang anda tanggung.
5. Berfikiran positif
5. Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif. dan bandingkan masalah anda dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita. Perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah. Sesungguhnya, ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
6. Doa, Usaha dan Tawakal
Sentiasa amalkan dalam diri ketiga-tiga elemen ini. Sentiasa berdoa pada Allah s.w.t disamping berusaha untuk meringankan beban,kesusahan atau kekurangan yang ada dan sentiasa bertawakal padaNya.
insya allah akan dipermudahkan segala urusan.
Rabu, 29 Februari 2012
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
sumber dan kredit: pakarcinta.com
Isnin, 27 Februari 2012
Wajib Baca! Dunia tanpa Internet
Salam...
Alhamdulillah hari ni gua
rasa segar dan pulih seperti sediakala
selepas 2 hari badan rasa kurang selesa dek demam yang 'menyerang' gua...
ok lah petangi ni gua saja nak sembang '0' dengan korg..
Pernah tak korg terfikir Dunia tanpa Internet?
cuba korg bayangkan?
mesti bosan gilerkan?hehehe...
kalau lah takde internet, maka tak wujudlah
Dunia Blogging ni.... Facebook,Twitter,Friendster,you tube,
dan macam2 lgla kompem semua ni takde wa ckp lu hahaha..
mungkin kita tgk tv je la kan..? nak dapatkan info atau maklumat terkini pun
kena bukak radio frekuensi atau melalui akhbar.
nak cari kenalan kena beli majalah yang ada segmen puisi,sajak,cerita dll haha...
Tapi syukurlah kan dunia skrg dah makin maju,internet dah ade..bahan keperluan pun senang nak dapat.
nak cari bahan klik jer kat 'tenet' kompem jumpe..
heheheheh......
maka itulah kelebihan internet,
sentiasa berkait rapat dengan manusia
sebab manusia jugaklah yang mencipta internet
hasil dari 'Anugerah' yang Allah berikan..
Syukur...
OKAYLAH!!!!
gua nak sambung keje tapi sebelum tu..
Disini gua nak buat satu ujian..
Sila jawap 'YA atau 'TIDAK' berdasarkan pernyataan di bawah ini.
- Korg lebih rela bekalan air terpotong daripada internet terpotong
- Sanggup bersengkang mata sampai pagi semata-mata nak online
- Bila bangun pagi terus bukak laptop atau PC
- Time on9,bila kena panggil kena suruh makan korg akan jawap "kejap!!".
- Sebelum buat apa-apa keje,korg mesti bukak FB,Twitter atau Blog dulu
- Makan depan PC atau Laptop korg
- Hobi utama korg ialah 'berINTERNET'
Jika jawapan korg lebih kepada 'YA' ternyata korg memang dah ketagih internet.
Jika jawapan lebih kepada 'TIDAK' ternyata korg tipu time jawap tadi hehehehehe jangan marah haa...
jadi..,'moral of the story is'..
ALLAH ITU MAHA PENCIPTA
dan GUNAKANLAH INTERNET DENGAN BIJAK
P/S lupa nak check email
12 Simptom Apabila Anda Kurang Tidur
Salam..
1. Mata bengkak
2. Sering keletihan
3. Mudah rasa tertekan pada waktu pagi dan malam
4. Sering tertidur ketika di khalayak ramai sebagai contoh: mesyuarat atau majlis keramaian.
5. Kurang aktif dan kurang memepunyai hubungan sosial.
6. Sukar menumpuhkan perhatian kepada isu-isu yang dibincangkan dan tidak fokus
7. Sering menghadapi masalah kesihatan seperti kejang otot,sakit perut dan pening.
8. Sukar tidur~sering terjaga malam dan terjaga awal.
9. Takut waktu tidur kerana susah untuk melelapkan mata.
10. Mudah tersinggung dan sensitif.
11. Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
12. Sering menggunakan alkohol,rokok dan ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
Ahad, 26 Februari 2012
10 CARA BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG
~10 CARA BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG~
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dirinya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.
Sumber
Sabtu, 25 Februari 2012
9 Jenis Anak Syaitan Dan Peranannya
Salam...
Mari kita kenali 9 jenis anak syaitan dan peranannya dalam menyesatkan umat manusia..
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Tekan SHARE untuk menyebarkan maklumat ini.
kredit: http://mohdzul97.blogspot.com/
Jumaat, 24 Februari 2012
6 perkara yang lelaki cari dari seorang wanita
6 perkara yang lelaki cari dari seorang wanita :
1) Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka
Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
2) Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.
3) Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.
4) Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.
5) Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.
6) Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.
1) Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka
Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
2) Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.
3) Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.
4) Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.
5) Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.
6) Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.
Langgan:
Catatan (Atom)








.jpg)








