followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label kemalangan ngeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan ngeri. Papar semua catatan

Isnin, 5 Mac 2012

Video kemalangan maut nahas bas di genting highland



Salam..

Ini adalah video nahas bas genting highland yang mengakibatkan dua pelancong India maut dan lebih 20 lagi cedera.


Selasa, 10 Januari 2012

Dua Beranak Maut Ketika Ke Sekolah


"Malang tidak berbau".. begitulah yang terjadi keatas dua beranak apabila maut selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya ketika seorang bapa menghantar anak perempuannya ke sekolah kira-kira jam 8.00 pagi semalam.

Mangsa yang mati dikenali Fauzil Harun,56, seorang pesara dan anak perempuannya Nur Fatihah Fauzil,10, murid pendidikan khas orang kurang upaya.

Menurut saksi, kemalangan berlaku apabila Fauzil menunggang motosikal dari arah Temerloh ke Jerantut dan apabila tiba di simpang Kampung Jenderak mangsa memperlahankan motosikal untuk membelok ke kanan.
“Ketika itu, datang sebuah Perodua Alza dari arah belakang dipandu lelaki gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki kedua-dua beranak itu mengakibatkan mereka tercampak di atas jalan bertentangan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dirempuh pula sebuah kereta Honda dari arah Jerantut yang dipandu seorang lelaki.

Al-fatihah..

Sumber:

Ahad, 8 Januari 2012

Gadis Maut Dihempap Pokok


JOHOR BAHRU - Seorang gadis maut selepas kereta dinaiki bersama rakan lelakinya dihempap sebatang pokok dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, di Persimpangan Jalan Gertak Merah-Jalan Dato’ Menteri, di sini, semalam.

Mangsa, Sintayana Abas, 25, yang juga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pontian, dipercayai dalam perjalanan dari Plaza Larkin Sentral untuk ke institut kemahiran berkenaan selepas pulang dari rumah keluarganya.

Ibu mangsa, Tuminah Abu Yamin berkata, anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu pulang ke rumahnya di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi kerana bercuti dan tidak menyangka tragedi itu menimpa anaknya.

Sumber: Sinar Harian

Sabtu, 24 Disember 2011

Gambar tragedi bas persiaran brunei

Assalamualaikum...
Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu berita sedih dari negeri Sabah.
Berita tentang kemalangan Maut yang melibatkan sebuah Bas Persiaran dari Negara Brunei Darussalam, 
yang mana telah mengorbankan 7 Nyawa, 
. Kemalangan itu berlaku di kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli.

Berikut ada beberapa gambar berkaitan kejadian itu gua nak kongsikan untuk korang



Abd Manan (gambar kecil)  antara mangsa yang terbunuh
Antara mangsa yang terselamat

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa
Antara mangsa yang dibawa ke hospital



Anggota ATM membantu menguruskan mayat untuk dibawa balik ke Brunei


Marilah kita sama-sama Doakan semoga Roh mangsa kejadian ini 
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Al-Fatihah..

p/s Takziah..