followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label tsunami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tsunami. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mei 2012

Motosikal Harley Davidson Milik Yokoyama Dibaik Pulih


As'salam



Motosikal Harley Davidson  milik lelaki Jepun, yang ditemui di sebuah pulau
di kanada, selepas ia dihanyutkan tsunami sejauh 6,400 km Mac tahun lalu
kini dibersihkan dan dibaik pulih di sebuah kedai di sini sebelum ianya diserahkan 
kembali kepada pemiliknya.

Pada 18 April lalu seorang penduduk Pulau Graham, kanada, telah menemui motosikal itu
terdampar di kawasan pantai.  setelah dikesan melalui nombor pendaftaran motosikal itu,
 ternyata ia adalah milik  IkuoYokoyama, salah seorang mangsa tsunami 

 Ia dihantar dengan menggunakan trak ke kedai Harley Davidson milik Steve Drane untuk
dibersihkan secara percuma sebelum dihantar pulang ke Jepun.

Pihak Harley-Davidson Jepun membiayai kos membersihkan dan membaik pulih motosikal itu.


lagi berita berkaitan: motosikal harley davidson dibawa arus tsunami sejauh 6,400km ditemui


Sumber: Sinar Harian  

Khamis, 3 Mei 2012

Motosikal Harley Davidson Dibawa Arus Tsunami Sejauh 6,400km Ditemui


Motosikal Harley Davidson milik seorang lelaki jepun, Ikuo Yokoyama, yang hilang semasa
tsunami melanda jepun pada 11 Mac tahun lalu telah ditemui di Pulau Graham, Kanada pada 18 April lalu
selepas dihanyutkan sejauh 6,400 kilometer.

Motosikal itu ditemui seorang lelaki, Peter Mark dalam sebuah kontena putih tempat ia disimpan oleh yokoyama. Yokoyama disahkan adalah pemilik motosikal berkenaan selepas dikesan melalui nombor
pendaftaran kenderaan itu.


Isnin, 23 April 2012

Tsunami: Bola milik remaja Jepun ditemui di Alaska

As'salam..


Misaki Murakami,16,(gambar) salah seorang mangsa Tsunami yang melanda jepun mac tahun lalu 
akan 'bertemu' kembali dengan bola sepak kesayangannya selepas kehilangannya akibat dibawa arus tsunami.

Bola itu ditemui di sebuah pulau di perairan Alaska, 112 kilometer dari tanah besar
oleh David Baxter, seorang warga Amerika Syarikat.

Menurut Baxter, beliau menemui bola itu ketika bersiar-siar di kawasan pantai Middleton Island 
lalu membawanya pulang dan menunjukkan kepada isterinya yang juga seorang rakyat jepun.
dan menterjemah tulisan yang terdapat pada bola itu kepadanya.

Sementara itu, murakami berkata, dia gembira kerana bola itu memang miliknya berdasarkan tulisan pada bola itu yang tertulis namanya sebagai hadiah daripada rakannya tujuh tahun yang lalu.

"Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam. 




Sumber: SH


Sabtu, 24 Disember 2011

Gadis dihanyut tsunami pulang selepas 7 tahun




Siapa sangka selepas dihanyutkan ombak tsunami 7 tahun lepas, Akhirnya mangsa kembali pulang...
Begitulah nasib seorang gadis bernama Wati berusia 15 tahun, 
Seorang mangsa Tsunami Aceh yang kembali pulang ke kampung halamannya selepas 7 tahun terpisah dari keluarganya akibat dihanyutkan ke laut. Wati yang disangka telah mati ditemui oleh Rakan kepada datuknya,Ibrahim, apabila ternampak gadis itu duduk bersendirian di sebuah kedai kopi lalu membawanya pulang ke rumahnya di Meulaboh.
Wati ketika ditanya berkata, Dia datang dengan menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba berusaha untuk mencari jalan pulang ke rumahnya tetapi tidak tahu caranya. Namun dengan kuasa Tuhan akhirnya wati kembali ke pangkuan keluarganya.-BERNAMA

p/s Semua atas kehendakNya