followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label gambar pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar pelik. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mei 2012

Gempar! Ikan Pelik Miliki Ciri Tiga Spesis Berbeza

As'salam



Seorang pemancing, Mark Sawyer, terkejut apabila mendapati ikan yang dipancingnya
mempunyai ciri-ciri tiga spesis ikan berbeza. 

Menurutnya, kepala ikan itu kelihatan seperti ikan lipas, manakala badan dan ekornya pula seperti ikan emas
coklat, sementara sirip dubur ikan itu seperti ikan kakap.

Sawyer menangkap ikan itu ketika memancing di Tasik Magpie,Cambridge.

Info: Mark Sawyer ialah pengarang majalah Angling Times.

Khamis, 19 April 2012

Pelik Tapi Benar: Bayi Berkaki Enam Di Pakistan


As'salam..

Bayi ini berkaki enam, sesuatu yang amat jarang ditemui.
kisah ini terjadi di Islamabad, Pakistan, apabila seorang bayi yang bergenetik luar biasa 
dilahirkan dengan enam kaki.

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan Karachi, Jamal Raza berkata, bayi berumur tujuh hari itu adalah kembar berparasit di mana, kembar siamnya tidak sempat membesar dengan lengkap sehingga menyebabkan Umar Farooq memiliki dua pasang kaki tambahan.

Kata Raza, pihaknya kini merancang untuk melakukan pembedahan ke atas Farooq dan memerlukan bantuan pakar luar berpengalaman terhadap kes satu dalam sejuta itu.

Sumber:

Isnin, 20 Februari 2012

Pelik Tapi Benar | Kenderaan Dua Alam


Salam..

"Uniknya kenderaan ni"..kalau korang nak tahu
ini adalah sebuah kenderaan 'dua alam' yang dikenali sebagai 'Phibian'
keluaran Gibbs Amphibians, Sebuah syarikat yang berpangkalan di Britain.
Kenderaan ini dibina untuk kegunaan di darat dan juga di air
dan ianya sesuai untuk kegunaan penguatkuasaan undang-undang dan juga ketenteraan.

dengan menekan satu butang, dalam tempoh beberapa saat, Phibian mampu bertukar daripada kenderaan beroda kepada bot dua kipas untuk bergerak pantas di air.
Rekaan unit pada sistem penukaran roda dan badan Phibian membolehkan ia juga berfungsi sebagai bot laju.

Ahad, 19 Februari 2012

Saintis temui sumpah-sumpah terkecil dunia




Salam..

Sepasukan saintis dari Jerman dan Amerika Syarikat telah menemui
sumpah-sumpah, iaitu sejenis haiwan yang tergolong dalam spesis cicak
yang dipercayai adalah yang terkecil di dunia dan boleh diletakkan pada batang mancis.

Haiwan reptilia itu ditemui di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar.
dikenali dengan nama saintifik, Brookesia micra, memiliki panjang maksimum cuma 29 milimeter. 


Selasa, 7 Februari 2012

Koleksi Gambar Rumah Terbalik Semasa Pembinaan




Salam 1Malaysia
Berikut adalah koleksi gambar 'rumah terbalik' semasa dalam pembinaan
















info: Rumah terbalik ini adalah satu-satunya yang terdapat di malaysia dan ianya terletak di kampung telibong,tamparuli, Sabah. anda dijemput datang melawat..

Selasa, 24 Januari 2012

Futsal Kain Pelikat Jadi Tarikan


salam..

Korang pernah dengar tak orang main futsal pakai kain pelikat??
hahaha...jangan tak percaya.. ini betul-betul punya kejadian.!!

Acara futsal kain pelikat ini kalau korang nak tahu telah diadakan di 
kampung Pinang Baru, Dungun, Terengganu baru-baru ni..
ia adalah antara sukan yang diperkenalkan dalam sukan rakyat 
anjuran JKKK pinang baru.

Futsal kain pelikat pertama kalinya dianjurkan itu selain dapat melahirkan bakat baru dalam sukan bola sepak, ia juga dapat menyatupadukan masyarakat setempat yang mempunyai pelbagai fahaman politik.

 Best jugak dapat join benda-benda macam ni kan? hehehe...
jangan silap tendang dah la..nanti tak pasal-pasal kain pelikat tu plak yang koyak hehehe...

p/s nak join kalau ada masa

Isnin, 23 Januari 2012

Serangga pelik serupa daun

Serangga pelik
SETIU – Jika akhbar ini semalam menyiarkan seorang penoreh di Hulu Terengganu mendapat seekor ikan pelik masuk ke dalam bubunya, hari ini, seorang mekanik juga berhadapan senario sama apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah dia memelihara seekor serangga pelik. 
Penemuan seekor serangga yang tidak dikenali me­nyerupai sehelai daun limau purut menimbulkan tanda tanya kepada Norasmadi Nordin, 45, dan keluarganya.
 
Serangga berkenaan turut mempunyai urat daun, berwarna hijau pekat dan berlilin di lapisan permukaannya.
 
Seperti juga saiz daun limau purut, serangga ini mem­punyai ukuran lebar 2.5 sm dan panjang 5 sm.
 
Norasmadi berkata, dia tidak tahu makanan yang diambil serangga itu kerana rumput yang diletakkan dalam sangkarnya tidak berubah seakan tidak pernah dimakan.
 
Menceritakan penemuan spesies pelik itu, Norasmadi berkata, semasa dia mencuci kereta di rumahnya, tiba-tiba dia terlihat seperti sehelai daun berterbangan atas meja.
 
“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila bukan daun berterbangan, tetapi serangga menyerupai sehelai daun sedang bergerak,” katanya.
 
Menurut Norasmadi, serangga ini istimewa kerana sesekali ia mengeluarkan bau wangi seperti limau purut manakala bahagian belakang serangga itu terangkat apabila ia bergerak seperti sehelai daun yang bergulung di hujungnya.

Sumber: Sinar Harian

Ahad, 15 Januari 2012

Lukisan Unik Hasil Gabungan 2 Imej



Assalamualaikum..

Cuba korang perhatikan dengan teliti gambar di atas
seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, 
namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang 

Menarik bukan??
Lukisan ini,dihasilkan oleh seorang artis berbakat dari Ukraine, Oleg Shuplyak, 45.
Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan juga bayang-bayang.

p/s bagi gua yang lebih menonjol adalah lakaran wajah orang tu

Ahad, 8 Januari 2012

Rabu, 4 Januari 2012

Koleksi Gambar Pelik Yang Kreatif


Koleksi Gambar Pelik Yang Kreatif
Mana nak cari rokok ni?
Tandas bergerak...hahaha

Sediakan payung sebelum hujannn...
Non stop smoking..
Memang kreatif sangat
Generasi badang
Ni mesti awek punye keta...
Gua tak berani nak masuk

Satu sentuhan yang paling kreatif
For sale..
Anak ayam yang kalerpul..huahua..

Ada jugak nama kampung mcm ni ek..
mana satu pilihan korang? hehe..