followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dadah. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

Kemalangan bongkar kegiatan dadah


As'salam


Kemalangan jalanraya yang menimpa seorang lelaki di Alor Gajah baru-baru ini, telah membawa kepada pembongkaran satu kegiatan memproses dadah di sebuah rumah teres satu tingkat di Semabok.

Pembongkaran bermula apabila polis menemui dadah jenis syabu seberat 500 gram bernilai RM201,758 di dalam beg sandang yang dibawa oleh lelaki berusia 36 tahun tersebut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) pada pukul 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md. Azmi Othman berkata, pihaknya curiga apabila lelaki itu beriya-iya mahu menyelamatkan beg sandangnya sedangkan ketika itu dia sedang dalam kesakitan.

p/s sepandai-pandai monyet bergayut akhirnya jatuh menyembah bumi ekeke..


Jumaat, 8 Jun 2012

Wanita Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Dari Afrika

As'salam


Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di sebuah lapangan terbang di Thailand atas kesalahan menyeludup dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM1.58 juta).

Noor Shahidah Osman, 47, ditahan pihak Kastam Thailand apabila menemui dadah seberat 4.8 kilogram yang disembunyikan pada 11 beg tangan didalam bagasinya.

Shahidah yang ketika itu baru tiba dari Benin, Afrika Barat, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mendakwa beg itu dibelinya di Benin tanpa menyedari terdapat bahan terlarang itu didalamnya.

p/s tak habis2 cerita sal keldai dadah ish ish...

Sumber: Kosmo

Khamis, 7 Jun 2012

Keputusan kes Saiful Apek 25 Jun

As'salam



PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan kes pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad dan peguam Mohd Fadli Hashim yang mewakili kesemua tertuduh.

Kredit: Sinar Harian


Ahad, 22 April 2012

Dadah biji gajus diseludup di KLIA


As'salam
Pelbagai taktik digunakan oleh penyeludup dan pengedar dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
kali ini ketamin seberat 9.3 kg yang bernilai RM373,480 cuba diseludup ke negara ini dengan menyembunyikannya di dalam biji gajus tiruan tetapi berjaya dikesan Kastam di KLIA.

Ia terbongkar selepas petugas Kastam yang melakukan imbasan terhadap sebuah bagasi pakaian curiga dengan isi kandungan enam paket plastik berisi biji gajus di dalam bagasi itu.

Ketika pemeriksaan pada pukul 8.30 pagi itu, seorang pemuda berusia 23 tahun yang baru tiba dari Chennai, India membawa bagasi tersebut dan ia turut mengandungi bahan makanan lain seperti kacang hijau dan kacang dal.