followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label saiful apek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saiful apek. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2012

Keputusan kes Saiful Apek 25 Jun

As'salam



PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan kes pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad dan peguam Mohd Fadli Hashim yang mewakili kesemua tertuduh.

Kredit: Sinar Harian


Sabtu, 12 Mei 2012

Air kencing Saiful Apek dan tiga rakan ada kandungan dadah





Berikut adalah laporan akhbar hari ini berkenaan perbicaraan kes dadah yang melibatkan pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek.

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini diberitahu bahawa bacaan ujian pengesanan kanabis terhadap air kencing pelakon komedi Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya adalah melebihi takat pengesanan dadah.

Rozita Abdullah, 41, pegawai Sains Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang berkata, keputusan bacaan ujian itu diketahui selepas ujian pengesanan kanabis dibuat terhadap sampel air kencing empat tertuduh itu pada 22 Jun 2010.

"Begitu juga dengan ujian saringan dadah yang dilakukan ke atas kesemua tertuduh, keputusan kesemua bacaan air kencing melebihi takat yang diperlukan," kata beliau ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama.

Pada 1 November 2011, Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan mereka.

Kredit: Kosmo