followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label badminton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label badminton. Papar semua catatan

Isnin, 6 Ogos 2012

Datuk Lee Chong Wei bersara dari dunia Badminton?


As'salam



Harapan rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Sukan Olimpik musnah apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan pemain China, Lin Dan dalam final acara perseorangan malam tadi.
Chong Wei tewas 21 -15, 10 - 21, 19 - 21  dalam permainan tiga set yang cukup menghiburkan.

Dan satu lagi perkhabaran bahawa perlawanan akhir malam tadi adalah aksi terakhir dari Chong Wei.
beliau dikhabarkan telahpun mengumumkan persaraannya dari dunia badminton. samada benar atau tidak berita ini gua sendiri tidak pasti. namun apapun gua berterima kasih kepada Chong Wei atas sumbangan beliau yang banyak mengharumkan nama negara di persada dunia. 

Tahniah Datuk ! kau kebanggaan kami !

InfoDatuk Lee Chong Wei meninggalkan dunia badminton dengan rekod 42 Emas, 22 Perak dan pernah bergelar sebagai pemain No.1 dunia selama 200 minggu.

Ahad, 5 Ogos 2012

Olimpik 2012: Pasangan negara kempunan pingat gangsa


As'salam


Pasangan bergu negara, Koo Ken Keat / Tan Boon Heong gagal mengatasi pasangan dari Korea, Lee Yong Dae / Jung Jae Sung dalam perlawanan penentuan tempat ke-tiga sekaligus kempunan pingat gangsa apabila tewas 21 - 23, 10 - 21 dalam perlawanan yang baru berakhir sebentar tadi.


p/s mungkinkah emes pertama mampu dimiliki malam ini?

Sabtu, 23 Jun 2012

Pemain No1 Dunia Kini Milik Lin Dan

As'salam



Pemain badminton tersohor dari China, Lin Dan, kini telah merampas kembali status sebagai pemain No1 dunia daripada jaguh badminton negara,Datuk Lee Chong Wei.

Mengikut ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain yang mendapat jolokan 'superlin' itu merampas semula status pemain nombor satu dunia daripada Chong Wei dengan mengumpul 93,313.4114 mata.

Manakala Chong Wei jatuh ke tangga kedua dengan 91,898.7300 mata. Tempat ketiga dan keempat dikuasai dua pemain China iaitu Cheng Long dan Chen Jin, masing-masing mengumpul 82,460.3161 dan 71,292.9100 mata

Sementara itu, kehilangan status Chong Wei sebagai pemain No1 dunia telah dijangkakan berikutan kegagalannya menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia minggu lepas serta gagal menamatkan cabaran pada Piala Thomas lalu.

Untuk rekod, Chong Wei memegang kedudukan pertama ranking dunia itu selama tiga tahun 11 bulan bermula 20 Ogos, 2008 iaitu empat hari selepas beliau tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008.


Isnin, 12 Mac 2012

All England | Datuk Lee Chong Wei Gagal Cipta Hatrik Kerana Kecederaan


Salam...

Jaguh perseorangan Negara,Datuk Lee Chong Wei gagal memenuhi impiannya untuk mendominasi buat kali ke-3 berturut-turut Kejuaraan All England
apabila memberikan kemenangan percuma kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China kerana mengalami kecederaan.
Chong wei yang cedera di bahu kanannya dan cuba berkali-kali mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan kejohanan bagaimanapun cuba untuk memberikan tentangan pada set pertama.
tetapi tewas dengan 19-21. bagaimanapun chong wei terpaksa menarik diri pada set ke-2
apabila kecederaannya kelihatan semakin serius.

Tahniah kepada Lin Dan..!
begitu juga kepada Chong Wei..

Sabtu, 10 Mac 2012

Datuk Lee Chong Wei Bersara 2013?



Salam...

Dikhabarkan jaguh badminton Negara yang juga merupakan Pemain Nombor 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei
akan bersara dari dunia badminton pada 2013. eh betul ke??...habis tu sape yang ganti dia?
Persoalan itu mungkin bermain di fikiran setiap peminat badminton seluruh negara kan kan kan..??

meletakkan Sukan Olimpik di London sebagai keutamaannya, pemain No1 Dunia itu mendedahkan dia hanya akan bersara sebagai pemain tahun depan.

“Saya kena bermain sehingga 2012 atas sebab ikatan penajaan dan akan mencuba buat kali terakhir pada Kejohanan Dunia 2013 (di Guangzhou),” katanya selepas menewaskan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 23-21, 21-18 dalam pusingan kedua Seluruh England di Birmingham, kelmarin.

Di khabarkan juga selepas persaraannya nanti, Beliau akan menjalankan perniagaan sebelum memikirkan samada akan kembali dalam dunia badminton namun kali ini bukan sebagai pemain tetapi sebagai jurulatih.

Namun perkara yang membimbangkan kita, apakah selepas persaraan Chong Wei nanti akan memberikan impak yang besar kepada sukan itu khususnya di malaysia? kerana sehingga kini masih belum nampak sebarang kelibat pemain2 di negara kita yang mampu atau layak sebagai pengganti chong wei..

Dan tanggungjawab ini sebenarnya terletak kepada 'kebijaksanaan' Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
dalam mencari pengganti jaguh Negara itu. 

Apa yang diharapkan semoga akan ada pengganti yang akan mampu menyambung dominasi kita dalam dunia badminton terutama dalam acara perseorangan. dan kepada Datuk Chong Wei semoga berjaya membawa perkhabaran gembira dari London dalam kejohanan All England yang sedang berlangsung kini seterusnya membawa kejayaan manis kepada beliau sendiri mempertahankan kejuaraan sebelum mengundurkan diri dalam sukan kegemarannya itu.

Selamat Berjuang!!

p/s hafiz hashim benar-benar mengecewakan

Ahad, 15 Januari 2012

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia


Salam 1Malaysia

Hari ini sekali lagi Pemain Badminton No1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei
Melakar kejayaan di bumi sendiri apabila muncul juara dalam acara perseorangan
Kejohanan Badminton BWF Terbuka Malaysia

Beliau muncul sebagai juara apabila dengan mudah menundukkan lawannya 
dari Jepun, Kenichi Tago.
Chong Wei menang 
21 - 6
21 - 13
ini juga merupakan kejayaan kelapan beliau dalam 
Terbuka Malaysia.

Tahniah!!!!

Sabtu, 14 Januari 2012

Datuk Lee Chong Wei Ke Final


Tahniah Datuk!!!!

Pemain No1 Dunia Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir
Terbuka Malaysia sebentar tadi apabila berjaya menewaskan
Pemain China, Chen Long dalam perlawanan peringkat separuh akhir dengan keputusan
21 - 18
17 - 21 
21 - 13
Chong wei akan bertemu dengan Pemain Jepun Kenichi Tago
dalam perlawanan akhir esok.

Ahad, 8 Januari 2012

Datuk Lee Chong Wei Tewaskan Lin Dan


Salam..

Debaran gua baru saja reda..
Akhirnya Datuk Lee Chong Wei berjaya tumpaskan Lin Dan
dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan 
Badminton Terbuka Korea yang baru saja berakhir sebentar tadi.
Tahniah Datuk!!
Chong wei menang dengan keputusan 12-21 21-18 21-14
 Satu permulaan yang baik buat Datuk Chong wei untuk tahun 2012 ini, dan gua harap ianya akan berterusan 
dan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi kejohanan-kejohanan lebih besar 
yang bakal menyusul seperti Olimpik 2012.

Tahniah!!!

p/s raket gua patah pas main semalam..

Ahad, 18 Disember 2011

Chong wei kena skodeng??


Datuk Lee Chong Wei kena skodeng??  biar betul....?
Ok lah biar gua jelaskan.., 
Percaya atau tidak, ini adalah sesuatu yang mengejutkan apabila China dikatakan
menggunakan 16 buah kamera yang diletakkan di pelbagai sudut untuk
"mengintip" dan mengkaji corak permainan pemain nombor satu dunia
Datuk Lee Chong Wei di kejohanan Siri Super Master Akhir di  Liuzhiu,China baru-baru ini.

Perkara ini didedahkan Setiausaha Agung Persatuan badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai 
menerusi kajian yang dibuat Institut Sukan Negara (ISN).
Katanya, kerana itu Lin Dan dan cheng Long 
begitu biasa dan sudah tahu gerak-geri dan corak permainan Chong Wei.
"hmmmmm......sampai begitu sekali?"


p/s jangan jadikan ini sebagai alasan... :)