followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label olimpik 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label olimpik 2012. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Ogos 2012

Olimpik 2012: Pandalela Rinong sumbang gangsa untuk negara


As'salam


Syabas dan tahniah buat penerjun negara, Pandalela Rinong Pamg yang berjaya membutirkan pingat kedua untuk negara sebentar tadi (3:10 am waktu malaysia) Pandalela berjaya mengutip pingat gangsa dalam acara kegemarannya 10 meter platform dengan mengutip sebanyak 359.20 mata.

Pandalela juga telah mencipta sejarah untuk dirinya dan juga untuk negara kerana beliau adalah satu2nya atlet wanita negara yang pertama berjaya mengutip pingat di peringkat Olimpik. Syabas dan tahniah sekali lagi!!
Malaysia Boleh!!!

Keputusan

Emas- Chen Ruolin  CHINA 422.30mata
Perak- Broben Brittany AUSTRALIA 366.50mata
Gangsa- Pandalela Rinong MALAYSIA 359.20mata

Selasa, 7 Ogos 2012

Olimpik 2012: Misi kayuhan emas


As'salam


Selepas kegagalan Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas pertama untuk negara, segalanya mungkin sudah berakhir, harapan jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan emas pertama kini tampak sukar untuk direalisasikan. Namun harapan itu sebenarnya belum berkubur kerana kita masih memiliki peluang dan ini adalah satu-satunya peluang terakhir buat kontinjen negara kita yang sedang meneruskan perjuangan di bumi London. 

Tanggungjawab membawa pulang emas sulung negara dalam temasya Olimpik kini digalas oleh jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang. mungkin ramai yang tidak meletakkan harapan kepada anak muda  dari Terengganu ini sebagaimana harapan yang diberikan kepada Chong Wei. namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil, berbekalkan pengalaman yang luas serta peningkatan beliau sejak akhir-akhir ini, gua percaya akan kemampuan beliau dalam apa yang disifatkan sebagai 'misi mustahil' ini.

Azizulhasni bakal turun membawa cabaran Malaysia menerusi acara keirin yang juga acara kegemarannya di Velodrom Olimpik hari ini. dan sesuatu yang anda harus tahu bahawa pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocketrocketman ini sememangnya mempunyai 'senjata' tersendiri. kelebihannya membuat pecutan sebelum garisan penamat memang sudah diakui dan dihormati lawan. 

Apa yang kita harapkan semoga Azizulhasni berjaya menebus kekecewaan yang pada gua masih lagi dirasai selepas kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan tempoh hari. dan percayalah, tiada yang mustahil untuk dilaksanakan. Ayuh rakyat Malaysia!, bangun dan semarakkan semangat anda, berdoalah semoga misi emas kita berjaya!! Malaysia Boleh ! Azizulhasni Awang Boleh!!

p/s semangat bkobar2

Isnin, 6 Ogos 2012

Olimpik 2012: Bolt pecah rekod olimpik


As'salam



Seperti yang diramalkan, Pelari pecut sensasi dari Jamaica, Usain Bolt memenangi emas dalam acara 100m Sukan Olimpik 2012 dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat, di Stadium Olimpik London (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin masing-masing dari Jamaica dan Amerika Syarikat, menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bolt, 25, muncul sebagai atlet kedua memenangi emas dalam acara 100m dalam dua temasya berturut-turut. Atlet terdahulu mencatatkan rekod sedemikian ialah Carl Lewis dari Amerika Syarikat.

Keputusan akhir 100m di Olimpik 2012 London:

1. BOLT Usain (Jamaica) 9.63 saat
2. BLAKE Yohan (Jamaica) 9.75 saat
3. GATLIN Justin (AS) 9.79 saat
4. GAY Tyson (AS) 9.80 saat
5. BAILEY Ryan (AS) 9.88 saat
6. MARTINA Churandy (AS) 9.94 saat
7. TRI THOMPSON Richard (Belanda) 9.98 saat
8. JAM POWELL Asafa (Jamaica) 11.99 sat

Evolusi rekod 100m

9.63 Bolt, Beijing 2008
9.69 Bolt, Beijing 2008
9.72 Bolt, New York 2008
9.74 Powell, Rieti 2007
9.77 Powell, Athens 2005
9.79 Greene, Athens 1999
9.84 Bailey, Atlanta 1996
9.85 Burrell, Lausanne 1994
9.86 Lewis, Tokyo 1991
9.90 Burrell, New York 1991
9.92 Lewis, Seoul 1988
9.93 Smith, Colorado 1983
9.95 Hines, Mexico 1968

Sumber: Sinar Harian

Datuk Lee Chong Wei bersara dari dunia Badminton?


As'salam



Harapan rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Sukan Olimpik musnah apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan pemain China, Lin Dan dalam final acara perseorangan malam tadi.
Chong Wei tewas 21 -15, 10 - 21, 19 - 21  dalam permainan tiga set yang cukup menghiburkan.

Dan satu lagi perkhabaran bahawa perlawanan akhir malam tadi adalah aksi terakhir dari Chong Wei.
beliau dikhabarkan telahpun mengumumkan persaraannya dari dunia badminton. samada benar atau tidak berita ini gua sendiri tidak pasti. namun apapun gua berterima kasih kepada Chong Wei atas sumbangan beliau yang banyak mengharumkan nama negara di persada dunia. 

Tahniah Datuk ! kau kebanggaan kami !

InfoDatuk Lee Chong Wei meninggalkan dunia badminton dengan rekod 42 Emas, 22 Perak dan pernah bergelar sebagai pemain No.1 dunia selama 200 minggu.

Ahad, 5 Ogos 2012

Olimpik 2012: Pasangan negara kempunan pingat gangsa


As'salam


Pasangan bergu negara, Koo Ken Keat / Tan Boon Heong gagal mengatasi pasangan dari Korea, Lee Yong Dae / Jung Jae Sung dalam perlawanan penentuan tempat ke-tiga sekaligus kempunan pingat gangsa apabila tewas 21 - 23, 10 - 21 dalam perlawanan yang baru berakhir sebentar tadi.


p/s mungkinkah emes pertama mampu dimiliki malam ini?

Sabtu, 4 Ogos 2012

Olimpik 2012: Mampukah emas pertama kita miliki?


As'salam


Kontinjen Malaysia kini secara tidak rasminya sudah tersenarai antara negara yang telah memiliki pingat di Sukan Olimpik London 2012. namun kilauan warna pingat itu belum lagi dapat dipastikan samada emas atau perak. kejayaan pemain badminton No2 dunia, Datuk Lee Chong Wei jelas menceriahkan kontinjen negara
bahkan seluruh rakyat malaysia kini seolah sedang berpesta menyambut kemenangan Chong Wei malam tadi.
dalam perlawanan peringkat separuh akhir, Chong Wei berjaya menjinakkan Chen Long dari China dengan keputusan 21-13,21-14 dalam masa 54 minit.

Impian untuk memiliki pingat emas pertama kini bakal dapat direalisasikan namun segalanya bukan mudah kerana lawan yang menanti adalah seteru utama yang juga pemain No1 dunia, Lin Dan. pemain yang memiliki tahap permainan yang luarbiasa dan amat liat untuk ditundukkan. hanya dengan momentum, fokus serta semangat perjuangan yang tinggi saja mampu membawa Chong Wei ke tahap kegemilangan disamping doa seluruh rakyat malaysia. emas pasti boleh kita genggam !!

p/s harapan juga kepada pasangan bergu negara..go for gold!!

Khamis, 2 Ogos 2012

Olimpik 2012: Pasangan bergu negara ke separuh akhir

As'salam..

Perkhabaran gembira dari kota London berterusan dari skuad badminton negara. selepas kejayaan pemain No2 dunia, Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke suku akhir, kejayaan itu seolah-olah menjadi pembakar semangat kepada pasangan bergu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila turut sama menjejak kaki ke perlawanan separuh akhir selepas menundukkan pasangan dari Thailand,  Isara Bodin-Jongjit Maneepong 21-16, 21-18 dalam pertarungan suku akhir yang hanya mengambil masa 38 minit.

Dalam perlawanan separuh akhir nanti, pasangan Kien Keat-boon Heong akan bertemu pasangan sensasi dari China Cai Yun- Fu Haifeng manakal Chong Wei akan berdepan lawan dari India, P.Kasyap dalam suku akhir acara perseorangan yang dijangka akan berlangsung pada 12.01 awal pagi nanti.

Sama-samalah kita semarakkan semangat untuk menyokong kontinjen negara.. gua yakin sasaran emas boleh dicapai..Go Malaysia !!!