As'salam
Legenda rock negara, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman serta dua lagi rakan artis hari ini menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.
Selain Amy, Mustaffa Din (Mus May) dan seorang lagi penyanyi, Ibnor Riza turut menyertai Umno.
mereka menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Setiausaha Kerja Umno pusat Datuk Ab Rauf Yusoh, di ibu pejabat Umno.
"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy
Sementara itu, Mus, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.
"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," kata Mus.
Bagi Ibnor Riza pula, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Fakta: ketiga-tiga artis ini menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.
Sumber: SH
p/s gua belum daftar mana2 parti politik, rasanya lebih selesa macam ni kot :)
3 ulasan:
dah tua baru nak sedar ke? hehe
Alhamdulillah.. moga mereka berada di pilihan yang betul.. Dato' Abdul Rauf tu dari Bahagian Bukit Bintang. Kawan seperjuangan arwah Papa.. Mereka masuk cawangan Dato' Rauf rupanya.. bolehlah jumpa mereka nanti kalau ada event. :D
owh yeke darleena? :)
Catat Ulasan