followers

busuk.org

Jumaat, 25 Mei 2012

Lagu Ciptaan Lufya Ditujukan Untuk Zarina Anjoulie

Lagu Doaku ciptaan dan nyanyian oleh bintang Akademi Fantasia (AF), Lufya Sheikh Omar, dikatakan ditujukan khas buat Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah. ini berikutan 'perang' yang dilancarkan zarina terhadap Lufya di sebuah laman sosial baru-baru ini.

Zarina didakwa mengutuk Lufya habis-habisan selepas bintang AF itu mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya pernah diganggu dan dipandang serong masyarakat gara-gara wajahnya yang seiras dengan pelakon itu.

Menurut Lufya, lagu Doaku sebenarnya sudah siap sejak pertengahan tahun lalu dan dia bukannya mencipta lagu itu untuk Zarina, sebaliknya hanya menujukan lagu tersebut kepadanya kerana kutukan yang sangat melampau.

Lagu Doaku adalah sebuah lagu kerohanian yang dicipta sempena Ramadhan tahun ini.

p/s terus terang gua memang tak minat dengan kedua-dua artis ni, esp zarina.. !

1 ulasan:

situs islam pencerahan berkata...

SYUKRON TELAH BERKUNJUNG KE BLOG DAKWAH. SALAM ZIARAH JUGA BUAT SAUDARA KU SE IMAN DI MALAYSIA. SEMOGA KITA KETEMU KELAG DI SURGA. AMIIN