followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label biz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biz. Papar semua catatan

Ahad, 21 September 2014

Kisah sepanjang malam

               
                             
Assalam...

malam ni gua saja menconteng kat sini sambil-sambil menunggu bila mata nak lelap..
suasana dingin kat luar memaksa gua panaskan kopi kerana kesejukan dek hujan sejak pagi tadi..idea plak tiba-tiba 'kong' tak tahu nak buat apa..nak tengok tv mood kelaut nak tulis entri..haa ni je la yang ada..

So nak citerlah ni..
kisah sepanjang malam hehe..
tadi sempatlah jugak gua habiskan masa bertenggek kat blog bro Hasrul Hassan.
ala nak belajar tips blogging selain nak mendalami beberapa teknik SEO yang gua memang buta sampai saat ni hehehe..

tapi seperkara yang menarik perhatian gua ke blog bro HH ni sebenarnya adalah tentang ilmu affiliate program yang beliau banyak menulis dan kongsikan. gua dapati banyak perkara berkaitan ilmu affiliate atau teknik bagaimana untuk menjana pendapatan yang kita boleh belajar daripada situ. yela memandangkan gua pun sekarang memang dah mula berjinak-jinak dengan benda ni so gua rasa sesuailah curik sedikit ilmu dari blog beliau dan akan menjadi bahan rujukan gua untuk apa-apa hal yang berkaitan kelak.

Alhamdulillah sejak menyertai beberapa program affiliate baru-baru ni orang kata dah mula menampakkan hasil..walau tak seberapa tapi gua tetap bersyukur kerana Allah masih turunkan rezeki pada gua.. orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
apa yang penting Doa,usaha dan tawakal..

#

-sape boleh bantu gua atasi masalah error kat blog gua? gua mohon bantuan sangat-sangat..



Ahad, 14 September 2014

Cara lulus temuduga kerja kerajaan


Assalam..

ok hujung minggu ni cuaca sedikit mendung dan hujan kat area gua (putrajaya). sambil-sambil pekena kopi gua tulis sedikit entri untuk perkongsian kita bersama..

gua nak tanya,ada tak sape-sape yang selalu atau banyak kali pegi temuduga tapi selalu je gagal? ape yang buat korang gagal? tak dapat jawab soalan? haaaa.... masalah ini yang selalu terjadi.. lebih-lebih lagi temuduga untuk kerja kerajaan.. Rileks..kopi-kopi dulu..

Ok! gua nak bantu korang yang mengalami masalah sering gagal dalam temuduga kerajaan... ni bukan tipu sebab gua pernah cuba kaedah yang sama atau hampir sama..
alhamdulillah sekarang gua dah hampir 14 tahun jadi kakitangan dalam jabatan kerajaan..

rahsia nak lulus senang saja.. nak terang satu-satu kat sini agak payah jugak so korang klik je kat SINI untuk lebih memudahkan korang. in sha Allah dengan niat dan kesungguhan korang..kejayaan pasti menjadi milik korang.

Selamat mencuba

-Nak simkad percuma? harga kalau dijual RM90 tapi gua nak bagi percuma.. tunggu entri untuk tawaran hebat ini.


Sabtu, 13 September 2014

Rahsia dalam biz online terbongkar!


Assalam...

Ada tak sesiapa kat sini yang masih baru dalam bidang biz online? baru join semalam?minggu lepas?bulan lepas? tapi masih takde yang masyukk.. why??

Ok..sebelum tu dalam pemerhatian gua akhir-akhir ni, biz-biz online ni dah banyak dan makin besar pengaruhnya. dilaman-laman sosial hampir setiap jam orang bercakap dan promot pasal biz yang pastinya beri pulangan yang lumayan kepada mereka..(sila pastikan biz yang korang join dapat kelulusan).

Tapi bukannya semua berjaya..! kenapa?
jawapan gua simple saja.. yang berjaya pastinya rajin berusaha dan yang gagal adalah disebabkan oleh faktor keyakinan.
gua tak cakap mereka ini malas tapi kerana faktor keyakinan buat mereka gagal. mereka bukan tidak mencuba tetapi mereka akan 'berhenti' jika tidak mendapat respons daripada 'target' pada peringkat awal percubaan. rasa hilang keyakinan akan mendorong mereka untuk sampai setakat itu saja.. sekali lagi gua nak bagitau..mereka bukan malas! Tetapi mereka memang tak tahu nak cakap apa..

Haaaa... bab ini yang buat mereka 'kondem'! tak tahu bagaimana nak bagi penerangan walau rakan dah guidekan..Kaku! Lida keluh! so macam mana nak berbiZnes? in sha Allah ada jalannya.. rilek!

Jangan peningkan kepala!
setiap masalah ada penyelesaiannya..
rahsianya gua akan bongkarkan!!
gua taknak banyak cerita..gua ada caranya yang boleh bantu masalah korang..gua yakin sesiapa yang memiliki 'rahsia' ini pasti akan berjaya.. dan gua jamin
yang pendiam akan 'pokpek' 24jam..!
semangat dan terus bersemangat..

apa yang korang perlukan ada disini
gua berbesar hati berkongsi dengan korang tentang teknik-teknik pemasaran yang akan merubah hidup korang. alaa...mengayat pompuan boleh jer..(lelaki) takkan pasal cari duit plak tak boleh? betul tak? hehehe..

http://www.ashadee.net/go/50132/mohdbilly?tid=50132

*korang percaya tak kalau gua nak bagi korang simkad berharga RM90 secara percuma? ada isi RM30 plak tu...
nantikan entri seterusnya..


Rabu, 3 September 2014

Biz goyang kaki dapat RM1K?



Assalam..
alkisahnya satu biz yang gua join, permulaan dijanjikan pelbagai kata-kata indah lagi manis hingga rasa tdetik hati nak join (dah join pon).. sape tak nak der.. modal cuma RM10 untung 1K dalam sebulan dengan hanya goyang kaki jer.. maksudnya tanpa buat apa-apa atau pendapatan pasif. sape pun akan tertarik dengan 'tawaran' yang diberikan.. so masa mula-mula nak join gua pun tanyalah semua 'otai-otai' ni..ye la nak pastikan benda tu betui ke idak..semua iyee.. 1k kacang jer!!



zaasssss gua 'hulur' RM10...dengan rasminye gua join!! hahaha.....sambil gua terbayang RM masyukkk tiap hari dengan tak payah ganggu kerja-kerja rasmi gua sebagai penjawat awam!
selepas seminggu, jangankan duit, bayang duit pun tak nampak dalam akaun gua lalu gua bertanya pada 'otai' ni.. tanpa segan silu dia bagi penerangan yang sedikit berbeza daripada penerangan masa mula-mula nak 'pancing' gua.. katanya join RM10 memang lambat (sebulan? setahun?). bonus tetap ada tapi nak dahulukan yang join pakej besar-besar.. owh RM10 tak pandanglah? gua dah mula terasa.. kononnya sistem yang aturkan pembahagian bonus-bonus kepada semua yang join biz ni.. dengan erti kata lain pakej RM10 dikemudiankan..sekali lagi gua bertanya (sebulan?setahun?)

Selepas sebulan? pun takde apa-apa yang boleh dianggap sebagai keuntungan! kenapa jadi macam ni?
gua tak faham..ada sesiapa yang boleh terangkan? silakan... gua memang betul-betul dah kompius dengan situasi ni.. untuk pengetahuan gua dah upgrade pakej yang ada hasil nasihat dari 'otai-otai' ni sebab kononnya pakej lebih besar baru sistem nak 'pandang'. tapi................................SAMA!

Ok! biar gua terangkan kat sini...gua sebenarnya bukan nak menyalahkan bulat-bulat syarikat yang buat biz ni akan tetapi orang yang bagi penerangan ada sedikit tak betul.. gua tak pasti la kan samada dorang sendiri yang tak faham atau terlalu ghairah mencari UNTUNG!! atau gua ni kut yang tak faham ke telinga ni ada masalah..walahualam.. maaf jika gua sedikit menegur atau membidas 'upline-upline' yang ada.. gua cuma nak nasihatkan tolonglah bertanggungjawab pada 'anak-anak buah' korang ye.. nak bagi penerangan biar jujur dan jelas.. ni kebanyakkan gua tengok memang boleh dikategorikan sebagai 'manis dimulut' saja.

Harap korang faham-fahamlah eh.. gua bukan nak blame sape-sape gua cuma nak bagi ingatan.
dan kepada syarikat yang berkenaan, walaupun ramai dikalangan yang join biz yang bernekad untuk duduk diam (pasif) berilah sedikit 'habuan' pada dorang ni..dorang ni pun kan menyumbang kepada keuntungan syarikat. jangan kerana RM10 dorang ni tak dipandang! dan tak dihiraukan! dan jangan pulak menyalahkan dorang kerana malas bekerja sebab kita kena tahu dorang join benda ni pun sebab 'dijanjikan' keuntungan dengan hanya goyang kaki saja tanpa buat apa-apa. so kita tiada point nak menyalahkan dorang. dorang berpegang pada 'janji' yang diberikan!

Maafkan gua andai tulisan gua ni menyentap perasaan sesetengah pihak dan tak berpuas hati dengan gua..tapi tujuan gua bukan nak cari keburukan seseorang atau mana-mana individu yang terkait secara atau tak langsung..cuma ini soal tanggungjawab dan amanah. mungkin jugak gua yang tak faham tentang perjalanan biz ni..maafkan kebebalan gua. akhir kata selamat untuk semua..kalau ada untung bagilah sama rata atau sedikit pada kami..hehehe
assalamualaikum.