followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label seo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seo. Papar semua catatan

Ahad, 21 September 2014

Kisah sepanjang malam

               
                             
Assalam...

malam ni gua saja menconteng kat sini sambil-sambil menunggu bila mata nak lelap..
suasana dingin kat luar memaksa gua panaskan kopi kerana kesejukan dek hujan sejak pagi tadi..idea plak tiba-tiba 'kong' tak tahu nak buat apa..nak tengok tv mood kelaut nak tulis entri..haa ni je la yang ada..

So nak citerlah ni..
kisah sepanjang malam hehe..
tadi sempatlah jugak gua habiskan masa bertenggek kat blog bro Hasrul Hassan.
ala nak belajar tips blogging selain nak mendalami beberapa teknik SEO yang gua memang buta sampai saat ni hehehe..

tapi seperkara yang menarik perhatian gua ke blog bro HH ni sebenarnya adalah tentang ilmu affiliate program yang beliau banyak menulis dan kongsikan. gua dapati banyak perkara berkaitan ilmu affiliate atau teknik bagaimana untuk menjana pendapatan yang kita boleh belajar daripada situ. yela memandangkan gua pun sekarang memang dah mula berjinak-jinak dengan benda ni so gua rasa sesuailah curik sedikit ilmu dari blog beliau dan akan menjadi bahan rujukan gua untuk apa-apa hal yang berkaitan kelak.

Alhamdulillah sejak menyertai beberapa program affiliate baru-baru ni orang kata dah mula menampakkan hasil..walau tak seberapa tapi gua tetap bersyukur kerana Allah masih turunkan rezeki pada gua.. orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
apa yang penting Doa,usaha dan tawakal..

#

-sape boleh bantu gua atasi masalah error kat blog gua? gua mohon bantuan sangat-sangat..



Isnin, 21 November 2011

SEO Dan Fungsinya

Assalamualaikum.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang pentingnya SEO dalam dunia blogging.


Bagi blogger baru(saya pun baru jugak), mungkin masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya SEO ini. Apakah fungsi dan kesannya kepada seorang blogger dan kenapa sesetengah blogger amat mementingkan SEO.Disini saya akan terangkan secara ringkas mengenai SEO dan fungsinya.




Apa itu SEO?

- SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Atau Pengoptimuman Enjin Carian, tujuannya supaya blog anda lebih mesra enjin carian seperti di google, yahoo, bing dan lain².


Apa tujuan SEO?

-Tujuan utama penggunaan SEO kepada blogger adalah untuk mendapatkan trafik dari enjin carian dengan lebih mudah.dengan penggunaan SEO ini blog anda akan tersenarai di kedudukan tertinggi enjin carian.


Sekian Terima Kasih.