followers

busuk.org

Sabtu, 7 Jun 2014

MH370: Ganjaran RM9.6 Juta kepada pemberi maklumat





Assalam.. 
RM9.6 juta? woww kaya... !! mungkin ini saja jalan terakhir untuk 'membuka' mulut kepada individu-individu yang dikatakan mengunci mulut mereka yang sebenarnya mengetahui sesuatu mengenai MH370 ini.

Keluarga dan waris penumpang MH370 dari beberapa negara menawarkan ganjaran sebanyak US$3 juta (RM9.6 juta) kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting yang membawa kepada penemuan MH370.

Sejak Isnin lalu, beberapa negara yang terlibat melancarkan kempen "Reward MH370: The Search for the Truth" bagi mengutip dana untuk dijadikan ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat MH370.


Menurut Sarah Bajc, salah seorang waris penumpang ,  dia yakin bahawa ada pihak atau indidvidu sedang menyembunyikan maklumat penting mengenai kehilangan pesawat terbabit.

"Kami mengambil inisiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang  berbeza. Tetapi  tiada apa-apa ditemui.


Gua yakin selepas tawaran ini dihebahkan maka akan keluarlah 'mereka-mereka' dari sarang persembunyian membongkar akan kebenaran namun apa yang pasti bukan berlandaskan pada rasa tanggungjawab akan tetapi semuanya kerana WANG!. sedih!

Dunia pastinya akan kembali gempar dengan beberapa lagi pembongkaran selepas ini.
semuanya akan berlumba-lumba mendedahkan kebenaran dan tidak kurang pula yang mengintai peluang untuk mencari 'rezeki' dari hasil cerita ini melalui dokumentari dan filem2 hebat mereka mereka tanpa menghiraukan sensitiviti waris penumpang



2 ulasan:

arzmoha berkata...

banyak tu. kalau ada info dah saya maklum kan. Mungkin Brado Kapak ada maklumat huhu.

cuma nak maklumkan blog ini sudah ada dalam bloglist saya

Unknown berkata...

hahaha...btl tu bro.. brado kapak je blh dedah ni kihkih