followers

busuk.org

Jumaat, 30 Mei 2014

MH370: Gempar! Mungkin inilah jawapannya!!



Assalam..

Awal pagi tadi, gua terbaca satu artikel berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 daripada seorang blogger kita. gua amat tertarik dengan hasil kajian dan analisa saudara penulis itu, sehinggakan gua ambil masa yang agak lama untuk menelaah apa yang dia gelarkan sebagai jawapan kepada semua teori terhadap misteri MH370. bagi gua mungkin ada jugak kebenarannya tentang apa yang disampaikan oleh saudara penulis akan tetapi apa yang lebih menarik perhatian gua adalah komitmen yang ditunjukkan oleh beliau terhadap tragedi ini, daripada awal mula hinggalah saat ini beliau terus mengikuti cerita daripada misteri itu dan akhirnya cuba untuk merungkai akan kebenaran yang berlaku..

Gua yakin, selepas rakan-rakan membaca artikel ini mungkin akan mengubah "keputusan" yang pernah diambil sebelum ini yang mana kita semua seakan "bersetuju" bahawa MH370 berakhir di lautan Hindi.
namun segalanya mungkin akan terjawab selepas ini..

..dibawah ini adalah sebahagian dari artikel yang gua copypaste..

untuk lebih lanjut,korang boleh terus ke SINI

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki ruang udara perairan Vietnam.

3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. telah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.

6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing yang berada di luar negara. Rujuk artikel ini dan ini untuk mengesahkan bahawa kesemua pesawat Boeing telahpun dipasang dengan satu sistem kawalan jarak jauh bertujuan kononnya untuk mengelakkan sebarang tindakan terorisme atau rampasan kapal.

8. Saya sifatkan sebenarnya pemasangan sistem ini bertujuan bukanlah untuk mengalihkan atau mengelakkan terorisme dan rampasan kapal semata-mata, namun ia boleh berdwi-fungsi iaitu melaksanakan arahan dari orang tertentu demi kepentingan tertentu. Contoh paling mudah adalah MH370.

9. Berdasarkan artikel ini, mereka telah mendengar satu dentuman yang kuat di udara pada sekitar jam 1.30 pagi ke atas waktu Malaysia namun tidak melihat apa-apa di udara. Mereka hanya melihat cahaya putih dan juga lampu kuning sekitar jam 2.30 pagi ke atas waktu Malaysia.

10. Saya telah meneliti dan menganalisa hampir kesemua berita, rumours, diversi informasi, info risikan, sumber-sumber tertutup, data-data bertulis dan juga pelbagai gambar sebelum menulis artikel ini.

11. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun diletupkan diudara yang mana ia telah mengakibatkan kokpit dalam pesawat malfunction ataupun failure dan pesawat telah dikawal dari jarak jauh dengan menghalakannya ke arah Laut China Selatan dalam perairan Spratly.


.....ikuti secara terperinci mengenai apa yang cuba penulis ini sampaikan Di sini, benar atau tidak anda sendiri boleh nilai..
wallahualam..

sila klik gambar ini


Kredit to: dramaraja


Tiada ulasan: