followers

busuk.org

Sabtu, 5 Julai 2014

ini kisah gua..



Assalam...

Tentu malam ni ramai yang sedang mengadap tv..yela demam piala dunia ler katakan hihi... Gua xdelah nak kongsi ape-ape kecuali nak citer rupenye gua dah genap 3 bulan merantau kat negeri orang..pejam celik pejam celik,gua dah 3 bulan jadi warga putrajaya hihihi..sungguh cepat masa berlalu kan? dan genap 7 bulan jugak gua bergelar suami orang..yang ni ayat poyo haha...

Alhamdulillah kehidupan di tempat orang ni walaupun agak berbeza dengan tempat sendiri alhamdulillah setakat ni memang gua selesa dan happy hidup disini bersama orang tersayang,sape lagi kalau bukan wife gua hihi... Lebih-lebih lagi bila wife disahkan hamil anak pertama kami rezeki yang amat besar sekali dalam hidup gua..

7 bulan berkongsi hidup akhirnya Allah makbulkan doa kami dan in sha Allah keluarga kami bakal menerima orang baru hihi..

Selama berada disini gua rasa bersyukur sangat-sangat kerana penerimaan orang sekeliling,jiran-jiran mahupun rakan sepejabat buat gua berasa terharu kerana menerima kehadiran gua dengan senang hati dan terbuka.

Pada mulanya agak gementar jugak nak menghadapi situasi di tempat baru tapi segalanya berjalan lancar atas izin tuhan..alhamdulillah..

rasanya gua dah mula sayangkan tempat ni tapi kadang-kadang tu timbul jugak perasaan sedih sebab berjauhan dengan ibu tersayang.. I miss u mom!

Raya? Owh setelah berbincang dari hati ke hati akhirnya wife gua mengalah hihi..tahun ni beraya kat sabah horrayy!!
terima kasih buat isteriku yang memahami..tahun depan turn sini plak..hihi.. tak sabar rasanya nak balik kampung jumpa mak dan yang paling penting sekali dapat menziarahi pusara arwah ayahanda tercinta.. dah masuk tahun kedua beraya tanpa ayah... Ok taknak feel sedih..apa yang penting kehidupan mesti diteruskan..
kerana kita jugak akan sampai masanya untuk bertemu tuhan..

Oklah esok awal pagi kitorang akan balik ke kampung wife..nak bercuti katanya..lagipun gua kesian jugak dekat dia sebab tahun ni beraya jauh dari keluarga..so rakan-rakan semua doakan perjalanan kami selamat ye..
Oklah gua nak akhiri segmen merapu gua dengan sedikit ucapan selamat berpuasa dan selamat beramal.. Assalamualaikum.





4 ulasan:

Bunda_nora berkata...

Alhamdulillah...tak lama lagi bertiga lah yer...nanti kongsikan bila kelahiran orang baru nanti..

Salam ramadhan..

Jari Manis berkata...

Salam ramadhan Jebat. Alhamdulillah bakal menjadi bapa x lama lagi dan semoga isteri sihat sentiasa hendaknya amin. Hidup berkeluarga haruslah begitu perlu ada sikap tolak ansur :-)

Unknown berkata...

In sha allah bunda.. Salam ramadan jg

Unknown berkata...

Alhamdulillah...terima kasih ye :)