followers

busuk.org

Selasa, 24 Jun 2014

Gempar! MH370 Buat semua 'gila'!!





Assalam..

Kejap kesitu kejap kesini! hari ni kata komfem esok kata tempat lain..!!
apa sebenarnya yang terjadi pada MH370? kemana dan dimana? bagi gua inilah misteri yang paling misteri sekali kat dunia ni..dah takde benda lain yang misteri dah selain ni.. sampaikan kepala hotak pakar pun dah "tak boleh pakai" apa lagi robot (peralatan canggih) memang dah nak 'gila' dalam misi pencariannya.

mustahil! memang mustahil! kalau betul terhempas,mana serpihannya? ini persoalan lapuk tapi orang tetap bertanya dan mengaju soalan serupa. dan jika benar ada 'tangan ajaib', siapa dan siapa dalangnya?
wah! kemain emosi lagi gua.. tapi siapapun gua pasti merasa benda yang sama.. marah,geram,sedih,bingung! semua itu dialami oleh semua orang..bahkan yang duduk ditengah-tengah lautan manusia di stadium kat brazil yang melayan piala dunia termenung kejap terfikir kemana menghilangnya pesawat ini..

gua sebenarnya bukan nak merungkai atau nak buat pendedahan kat sini..gua saja suka-suka nak bercerita isi hati gua.. cuba bayangkan kita yang takde kena mengena dengan keluarga mangsa pun boleh terkesan dengan benda ni..bagaimana pulak keadaan emosi ahli-ahli keluarga mangsa? ada sesetengahnya menangis sehingga kini.. tak ke tu kesian namanya?

kerajaan bersungguh-sungguh ke nak membantu ni..? kalau ya atas dasar apa? simpati atau usaha nak menutup sesuatu? ok! gua taknak sentuh ni..gua takut. nanti tak pasal-pasal kena 'rotan'! gua sebenarnya dah mula muak dengan kenyataan-kenyataan yang seringkali menghiasi dada-dada akhbar mahupun dalam tv sendiri. seolah ada 'sesuatu' yang tidak betul kita boleh jangkakan..ya mungkin awalan cerita kita main angguk-angguk saja kerana percaya apa kata yang 'rasmi' selain dongeng ingin cuba mencela namun tidak mendapat tempatnya kerana ada 'kekuatan' cuba pulak menghalangnya namun kini kedudukan dah terbalik, yang 'dongeng' mula mencanak naik kerana kesan cerita yang nampak 'realnya' manakala yang 'rasmi' diketepikan malah ditertawakan kerana seolah nampak seperti wayang hindi. itulah pemikiran manusia..semua berputar-putar dalam konflik ini.

sehingga kini tiada siapa yang mampu menjawabnya sehingga ada yang sanggup buat tawaran,dan gua sendiri cuma ambil pendekatan ringkas dan tidak berani bermain teori...khudrat siapa dalam tragedi ini? semua atas kehendakNya korang kena percaya ini! Allah saja yang tahu dan Allah jugaklah yang akan memberi petunjuk kemana dan dimana? gua ambil jalan 'selamat' dan bersetuju bahawa MH370 HILANG seperti kata
Dr Norudin.
ya pesawat itu HILANG!!

AL-FATIHAH


#pray4mh370




2 ulasan:

arzmoha berkata...

saya tak tahu nak komen apa lagi tentang MH370. Cuma terus berdoa. Moga Allah beri pertunjuk

Unknown berkata...

same la bro.. kite tggu aje la hehehe...teruskan berdoa