followers

busuk.org

Isnin, 14 November 2011

Brendan Gan

                                                      Brendan Gan


                                         temu bual bersama astro awani


Kenalkah anda dengan anak muda ini?mungkin ada yang mengenali dan ada juga yang tidak tahu siapa dan dari mana dia datang..Brendan Gan satu nama yang agak asing bagi peminat sukan Bolasepak di tanahair.tetapi tahukah anda bahawa anak muda kelahiran Autralia ini hampir-hampir saja mewakili Harimau Muda(pasukan bolasepak malaysia) dalam piala AFF Suzuki tahun lalu dan juga pasukan bawah 23tahun kebangsaan dalam sukan sea ke26 di palembang,indonesia. namun atas sebab-sebab tertentu beliau tidak dapat menunaikan hajat itu.anak muda ini kini bermain untuk pasukan Bonnyrigg White Eagles dan sebelum ini Sydney FC dalam current A League Champion,Australia. apa pun kita mengharapkan sumbangan beliau dalam kancah bolasepak negara satu hari nanti.ini kerana beliau mempunyai darah keturunan malaysia iaitu ayahnya seorang yang berbangsa cina dari negeri sembilan dan ini membolehkan beliau untuk mewakili Malaysia.dan tempoh hari beliau secara rasminya menyatakan hasrat untuk bermain dengan pasukan Malaysia.dan ini di jelaskan oleh beliau ketika ditemubual oleh Astro Awani.


majlis menandatangani kontrak bersama SAFA






               brendan gan ketika merayakan jaringan untuk sydney fc.


Tentunya ada juga yang berasa hampa kerana tidak dapat melihat kelibat anak muda ini beraksi di depan mata.tetapi anda tidak perlu risau kerana dalam musim baru liga super tahun depan kita akan dapat melihat aksinya.dan berita baik itu datangnya daripada pasukan dari kepulauan borneo iaitu PASUKAN SABAH. sabahawk melalui ejennya scott ollerenshaw(bekas penyerang sabah) telah berusaha mendapatkan khidmat pemain ini dan di khabarkan brendan gan sudah pun berada di sabah untuk mengikuti ujian kecergasan yang dijalankan oleh SAFA bersama seorang lagi bintang import juga dari australia michael baird. brendan juga disahkan berstatus import luar negara kerana beliau memiliki paspot australia.apa yang kita harapkan semoga anak muda ini menunjukkan sepenuh komitmen dan memperagakan aksi taraf antarabangsa demi pembangunan bolasepak khususnya di malaysia.-akusijebat

 jom kita kenali serba sedikit mengenai brendan gan....


   BIODATA BRENDAN GAN
NAMABrendan Gan
TARIKH LAHIR3 June 1988 (umur 23)
TEMPAT LAHIRSutherland ShireAustralia
TINGGI1.78 m (5 ft 10 in)
POSISIAttacking Midfielder
info kelab
KELAB TERAKHIR

KELAB TERKIN      
Bonnyrigg White Eagles

Sabah
NO JERSI10
karier remaja
1999–2007Sutherland Sharks
2008–2009Sydney FC
karier pro
tahunpasukanbermainjaringan
2008Sutherland Sharks23(7)
2008–2011Sydney FC41(5)
2011–Bonnyrigg White Eagles9(2)

3 ulasan:

muhdimran berkata...

harap budak tak menghampakan nanti..

Unknown berkata...

mudah2an

makcik timah berkata...

mesti hebat ni..support sabah