followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label suara dari langit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suara dari langit. Papar semua catatan

Rabu, 1 Februari 2012

Kejadian 'Suara Dari Langit' Akhirnya Terjawab

Assalamualaikum...

Alkisahnya cerita yang menggemparkan penduduk sekitar kota samarahan di sarawak baru-baru ini.
kisah tentang 'suara dari langit' telah mendapat liputan meluas di seluruh negara.

Alhamdulillah segala kekalutan yang menghantui setiap fikiran semua orang akhirnya terjawab sudah.
Hari ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) telah menjawab segala-galanya. dan menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Samarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.

Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.

“Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.

“Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatera dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.

Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul ‘Nyauman Langit’.

Kepada yang mengikuti perkembangan kisah ini, semoga berpuashati denga jawapan dan pendedahan dari pihak MOSTI.

p/s lega...

Ahad, 29 Januari 2012

Kejadian 'Suara dari Langit' Bakal Terjawab


Assalamualaikum..

Kejadian aneh ‘suara dari langit’ yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan pada 11 dan 12 Januari lalu, bakal terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik. 

Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan dikejutkan dengan bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam lamanYoutube.

Pelbagai andaian timbul dari penduduk setempat, ada yang mengatakan kononnya bunyi itu seperti dengkuran naga dan tidak kurang pula yang mengatakan itulah petanda kemunculan kaum 'yakjuj dan makjuj' dan tanda bahawa kiamat akan berlaku tidak lama lagi. wallahualam.

p/l tiada yang mustahil