followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label menara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menara. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mei 2012

Indonesia Bakal Miliki Bangunan Tertinggi

Lakaran artis
Indonesia bakal memiliki bangunan tertinggi apabila sebuah menara berketinggian 638 meter dengan 111 tingkat dibina di Jakarta. ia dibangunkan oleh seorang usahawan terkemuka indonesia, Tony Winata.

Menara yang dinamakan Signature Tower itu akan turut menempatkan hotel mewah, ruang pejabat selain pusat membeli-belah. dan apabila siap nanti, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia.

Signature Tower diinspirasikan daripada keindahan alam, kekayaan, budaya Indonesia dan akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia.

Fakta: Burj Khalifa di Dubai yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat merupakan bangunan tertinggi di dunia masakini

Sumber:

Rabu, 25 Januari 2012

Menara Jam Big Ben Mula Condong


Salam..

Percaya atau tidak, Menara Jam Big Ben  di Palace of Westminster, London, sudah mulai condong.
Menara jam setinggi 96 meter yang menempatkan genta dikenali sebagai Big Ben itu mencondong sebanyak 46 sentimeter ke kiri.
sementara media semalam melaporkan kompleks Parlimen itu mungkin runtuh ke dalam Sungai Thames.
Namun,
Seorang pakar pembinaan yang pernah membaiki menara condong Pisa, Itali dan tempat meletak kereta Parlimen di London berkata, tiada perkara yang perlu dibimbangkan.