followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label gempar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gempar. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mei 2012

Gempar! Tasik Cachet II Kontang Kurang 24 Jam



Air Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile telah kontang dalam tempoh kurang 24jam 
dan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.

Kejadian itu disebabkan oleh peningkatan suhu yang menyebabkan dinding glasier yang bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik berkenaan telah pecah. dikatakan sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran

Air tasik itu berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile.

Sumber: Kosmo

Selasa, 24 April 2012

Gempar! Meteor Jatuh Di Bumi Amerika



As'salam..


Ini bukan cerita dari filem seperti yang selalu 'disajikan' kepada kita oleh penerbit2
filem Hollywood. tetapi ini adalah kejadian yang benar-banar berlaku.

Penduduk di beberapa kawasan di sekitar Carlifonia dan Nevada, Amerika Syarikat di gemparkan dengan
satu letupan kuat disebabkan  batu meteor yang jatuh, semalam.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terbabit, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum satu letupan kuat berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi. 

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.



Sumber: SH


Selasa, 17 April 2012

Gempar! Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik


UTTAR PRADESH - Sepasang suami isteri sanggup menanam anak mereka berumur sembilan hari hidup-hidup, gara-gara terlalu percaya dengan ramalan diberikan oleh seorang tukang tilik di Hapur, utara India. 

Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.

Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam. 

Khamis, 23 Februari 2012

Serius! Ini Gambar Panas Daktu..!!


Salam..

korang jangan sentap ek... dalam entri gua kali ni,gua dengan beraninya nak dedahkan satu penemuan gambo pasal sorang minah ni yang bolehlah jugak dikatakan ngetop and meletop-letop bak mercun crazy bang!! hahahahaha..

Ya... ! ini gambo panas daktu.. gua tak sangka disebalik keayuan dan sopan santunnya, rupanya daktu 
ada simpan rahsia tersembunyi...sungguh tak sangka! ha!! sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke lubang jamban jugak.

Korang tentu tak sabo nak tahu dan nak tengok siapakah orang yang gua maksudkan,
meh scroll ke bawah..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


seksi tak?

hahahaha....cepat je kan nak klik kalau ade tajuk entri macam ni?
kan dah kena...hehe 
pape pon gua mintak maaf ek..saje nak gurau-gurau dengan korang sebab gua tahu korang memang sporting

korang share-sharelah entri ni ye..
jangan marah haaa...