followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mei 2012

Bond jalani penggambaran di Turki



As'salam



Filem terbaru James Bond, Skyfail  menjalani penggambarannya di turki.
demikian menurut sumber. Namun pengarahnya Sam Mendes menyatakan beliau tidak akan mengarahkan filem itu jika pelakon Daniel Craig enggan membintangi watak utama sebagai ejen 007.

Filem tersebut menjalani penggambaran di beberapa bandar di Turki.
Aktres Perancis, Berenice Marlohe and Naomie Harris dari Britain juga turut berlakon dalam filem itu.


Jumaat, 13 Januari 2012

Datuk Siti Nurhaliza Ditawar Berlakon


Salam...

PT Kentfilms Production, Sebuah syarikat penerbitan indonesia menawarkan kepada Datuk Siti Nurhaliza
untuk berlakon dalam sebuah filem berjudul 'Kekuatan Cinta' yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri. yang turut bakal dibintangi pelakon top indonesia, Nicholas Saputra dan beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo. 

Filem itu dikhabarkan akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi di Indonesia 
dan beberapa lokasi menarik di Malaysia.
Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Datuk Siti sudi menerima tawaran itu nanti   memandangkan popularitinya di Indonesia masih bertahan sehingga kini. 

Sinopsis

Mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu.  
-Percintaan antara lelaki indonesia dengan wanita malaysia.

p/s  bila agaknya gua dapat tawaran macam ni? wakaka...

Rabu, 7 Disember 2011

Ombak Rindu: Kutipan cecah Rm5.2 juta!!

Filem Ombak Rindu betul2 pecah panggung!!


Gua sendiri macam tak percaya bila dengar berita ni..
Tapi inilah kenyataannya,filem ini membuktikan bahawa filem bergenre cinta masih lagi mendapat tempat di hati penonton malahan filem ini juga mampu membuat ramai yang mengalirkan airmata tak kira lelaki atau perempuan hehehe..


Gua tabik spring!! kat pengarah filem ni saudara Osman Ali (Gambar).beliau telah berjaya membawa penonton beralih ke filem bertemakan cinta yang mana sebelum ini lebih kerap disajikan dengan filem-filem aksi dan seram.
Tak lupa juga kepada teraju utama filem ni Aaron aziz dan Maya arin,lakonan korang memang mantap..!!
gua dengar kata baru 4 hari tayangan dah cecah Rm 4 juta kutipan dan yang terbaru dah mencapai kepada
Rm 5.2 juta sejak ditayangkan 1 Dis lalu. nampaknya sasaran Rm 6 juta kutipan tidak mustahil untuk dicapai. kepada yang masih belum menonton filem ni,cepat-cepatlah ke pawagam berhampiran korang sekarang.rugi kalau tak tengok wa cakap lu...hehe
Apa pun tahniah kepada filem Ombak Rindu!!


p/s nak nangis isk isk isk..