followers

busuk.org

Ahad, 20 Julai 2014

Sembang petang



Assalam..

petang-petang ni gua saje nak sembang kosong dengan semua.. alhamdulillah semoga semua sihat hendaknya.. dan masih "kuat" menjalani ibadah puasa di ramadan al mubarak ini.. oh ye..sebut pasal puasa, hanya tinggal lebih kurang seminggu saja lagi kita berada di bulan ramadan ini..mungkin keterujaan untuk beraya dah makin terasa..ada yang tak sabar agaknya hehe.. lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada jauh diperantauan..(macam gua). semangat nak balik kampung dah kian terasa..yela nak jumpe orang tua tersayang serta saudara mara..sape yang tak hepi kan? macam gua, gua awal-awal lagi dah packing apa yang perlu dibawa sampaikan wife gua geleng-geleng pale tengok gelagat gua.. "eleh jeles la tu tak balik kampung dia".. hahaha.. takpe-takpe..tahun ni giliran gua senyum sakan..tahun depan giliran dia plak..kan adil hehehe.. tapi bagi gua nak balik manapun gua tak kisah..yela kan keluarga jugak namanya.. yang penting tahun ni tahun pertama gua beraya sebagai suami..tahun depan in sha allah bergelar ayah plak..hehe.. (semoga kandungan isteriku dilindungiNya dan sentiasa sihat selalu).

Tahun ni memang raya yang agak unik dan berbeza dari tahun yang sudah-sudah.  bagi gua..segala pengalaman yang hanya gua nampak dan kongsi dari kawan-kawan sebelum ni kini gua sendiri telah mengalaminya.. tinggal jauh dari famili,dah ada isteri dan bakal jadi ayah.. dan yang sedihnya tahun ni adalah tahun kedua beraya tanpa ayah.. al-fatihah untuk allayarham ayahandaku.. terasa sangat ketiadaanya lebih-lebih lagi di bulan ramadan dan bila menjelang solat sunat tarawih..teringat masa arwah masih ada..dia selalu menjadi imam untuk tarawih disamping solat-solat fardu.. ya Allah terbayang wajah imam haji kasiran.. seorang yang amat disenangi oleh sahabat-sahabatnya dan jiran-jiran serta suka kepada kanak-kanak. aku redha..

adeh la... tetibe gua sedih.. takpe la kita sambung lagi eh.. apepun dikesempatan ini gua memohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata dari gua selama ini..doakan perjalanan kami selamat ke sabah. selamat raya.. :)


7 ulasan:

arzmoha berkata...

Salam si Jebat. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Cepat atau lambat, muda atau tua semuanya pasti. Semoga roh ayahanda dirahmati oleh Allah. Memang suasana raya tanpa ibu dan ayah pasti rasa janggal. Arwah ayah dah pun kembali ke rahmatullah lebih kurang 16 tahun. Masa tu saya masih tingkatan 2. Disaat seluruh keluarga memerlukan kekuatan seorang ayah.
Allah menguji kami. Alhamdulillah dari ujian tersebut berjaya mematangkan saya dalam tempoh yang agak muda. Raya kali ini tetap mengingati jasanya.

arzmoha berkata...

Tetapi tahun ini adalah tahun ketiga pastinya raya tanpa ibu. tetapi tahun kedua raya sebgai seorang bapa. Alhamdulillah walaupun pahit terima ujian Allah itu manis sebenarnya. ada hikmah yang tersembunyi. Bagi yang masih ada ibu. Hargai setiap saat yang berlalu. Jangan lupa berbakti dan merakam potret bersama ibu buat kenangan di masa hadapan :)

nora razalli berkata...

MG tahun ni biasa je raya
tetap sama
tp biasalah ..dah besar..xmeriah sgt kan?
mercun pun xbyk sgt bunyi even lg smngu nak raya
salam kenal jebat :)
semga kita dapat melalui ramdhan hgga syawal ...

Unknown berkata...

arz moha..betul tu bro..sementara org tua ade kita kena hargai kerana tanpa mereka siapalah kita..semoga kita sama-sama tabah menghadapi semua ini.. in sha allah

Unknown berkata...

MG schmidt..kemeriahan raya ni sbnrnya hanya dapat dirasakan ketika zaman kanak2 je hehehe...seronok giler wooo hehehe..
salam kenal jg..terima kasih sudi follow eh ?
selamat berpuasa :)

Jari Manis berkata...

Selamat hari raya jebat, mcm mana beraya di sabah mesti meriah kan

Al fatihah buat arwah abah tu ye

Unknown berkata...

t.kasih jari manis.. alhamdulillah meriah.. selamat hari raya jgk :)