Assalam..
Pagi ni bersamaan 5 ramadan, gua ingin berkongsi sket tentang bagaimana untuk mendapatkan keampunan di bulan yang mulia ini, dan berikut adalah antara kaedah yang boleh anda praktikkan menurut
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang gua kongsikan untuk kebaikan kita bersama.
Pertama:
Kita kena berpuasa dengan ikhlas.
Kedua:
Amalkan solat lima waktu secara berjemaah sepanjang Ramadan ini.
Ketiga:
Solat Tarawih dengan ikhlas
Keempat:
Perbanyakkan membaca Al-Quran di bulan ini.
Kelima:
Perbanyakkan dan gandakan ibadah pada 10 malam terakhir.
Keenam:
Beriktikaf di masjid yakni bertafakur mendapat keredaan daripada Allah SWT.
Ketujuh:
Perbanyakkan solat taubat,istighfar dan berzikir.
Kelapan:
Segerakan berbuka dan lewatkan bersahur.
Kesembilan:
Banyakkan berdoa.
Kesepuluh:
Berazam untuk jadi "orang baru" (umat fitrah) selepas Ramadan.
Kesebelas:
Menjamu orang untuk berbuka/bersahur dan bayak bersedekah.
Semoga Allah SWT menerima ibadah kita dan memberikan rahmat dan keampunan supaya kita terhindar daripada azab api neraka..
selamat berkongsi dan salam ramadan al mubarak.
Lagi perihal agama dan tip menarik untuk perkongsian bersama..
Tips
Agama
5 ulasan:
perkongsian bagus
terima kasih Si jebat atas perkongsian. Semoga memberi manfaat kepada yang membacanya
Insya Allah...aamiin
semoga memberi manfaat yg utk kita semua in sha allah
semoga memberi manfaat yg utk kita semua in sha allah
Catat Ulasan