Gempar! Makan Benang Kelambu Kaabah..
Assalam..
Pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan baru-baru ini bahawa amalan beberapa jemaah umrah yang menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah untuk membawa keberkatan hidup mula menjadi ikutan.
Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan pihak berkuasa Arab Saudi, mereka mendapati beberapa jemaah dari negara tertentu bertindak menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah) ketika menunaikan ibadah di sekeliling Kaabah.
Menurut pihaknya, jemaah umrah terbabit melakukan perbuatan tersebut kerana kecetekan ilmu agama dan fahaman salah yang disebarkan oleh pihak tertentu kepada golongan jemaah tersebut.
“Ianya satu perbuatan yang sia-sia, mereka cabut benang dengan menggunakan cincin atau gunting masing-masing dengan harapan ianya akan mendatangkan berkat atau nasib baik dalam hidup mereka, perbuatan mereka telah mencacatkan keadaan kelambu berkenaan.
“Mereka cetek ilmu pengetahuan, mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat,”
- Muhammad Bajoudah
(Pengarah kilang memproses dan membuat kiswah)
p/s manusia makin galak dengan kepercayaan khurafat..nauzubillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan