followers

busuk.org

Jumaat, 6 Jun 2014

Adwords: Google Malaysia sasar 40k untuk sertai





Assalam..

Google Malaysia menyasarkan 40,824 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pulau Pinang bagi menyertai Adwords, iaitu platform pengiklanan dalam talian yang kini boleh didapati dalam bahasa Malaysia. oh ya.. mungkin ramai yang tidak tahu apa sebenarnya Adword ini, untuk lebih lanjut,sila klik sini

Ketua Pemasarannya, Matthew Zaheen berkata, PKS Pulau Pinang mewakili enam peratus daripada keseluruhan PKS di Malaysia dan mereka boleh menggunakan platform itu bagi menembusi pasaran baharu di luar negara di samping mengembangkan perniagaan tempatan mereka.

"AdWords dalam bahasa Malaysia dapat membantu perniagaan memperluas pasaran di kalangan penutur bahasa Malaysia secara dalam talian.   
"Dengan menggunakan aplikasi itu, lebih banyak perniagaan tempatan boleh merebut peluang dalam pemasaran digital, meningkatkan keupayaan mereka serta menggunakan platform itu untuk mencari pelanggan tempatan atau asing baharu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Google AdWords dalam bahasa Malaysia untuk wilayah utara, di sini hari ini.

Sumber: Sinar






2 ulasan:

Abam Kie berkata...

as salam. bagus tu utk IKS sbb boleh mempromosikan produk ke pasaran dunia. saya follow sini no 1267. TQ

Unknown berkata...

ya btl tu..
alhamdulillah...
in sha allah sy follow tuan blk eh :)