As'salam
Seumur hidup gua, gua tak pernah dengar ada denda macam ni..kompius dowh!! denda ke dera?
ikuti laporan ini..
IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.
Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.
Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.
Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.
“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.
“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.
“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.
“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.
Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.
“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.
“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.
“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.
-Sinar Harian
Korang nilailah sendiri..gua tak berani nak komen panjang2..takut disalah ertikan..tapi gua memang panas der!! isk isk isk...ada ke patut.
p/s :(
9 ulasan:
yelah, saya pun rasa sangat panas membahang lepas baca cerita nih.
bebetul giler la..!
kalau sungguh islamic takkan sampai memudaratkan macam nih..
isy...
tak boleh nak tahan diri saya dari
memaki hamun orang yang buat budak kecik macam tu.
ini bukan denda.
tapi dera.
bukan sekadar fizikal
secara tak langsung mental pun terdera.
ergghh..!
nak hukum pon biar kene caranya..ermm..pasti budak nie pikir -ve tentang sekolah tu...
setuju sgt komen awk.. kesian budak ni :(
takut plak budak ni nnt trauma n taknak p sekolah lg.. kesian
macam tak kene cara je nak ajar or denda budak2..sgt tak patot sekolah wat mcm tu. Kesiannye dgn budak tu.semoga dia cpt sembuh
sama2 kita doakan semoga budak tu sembuh.. amin
uish..cikgu y denda ni x abeh blajaq ilmu ka?? bnyk lg cara kaedah nak bg bdk ni dgr ckp..ada ke di hukum gini..x patut sgt.tada nilai kemanusiaan btl la.try ltk diri dia kat tmpt bdk 2 atau ibu bapa bdk tu..apa dia rasa.uish..mcm2 dunia la ni..pelbagai ragam.
ape punye cikgu la... geram btul la !
semoga kes ini djadikan pengajaran kpd semua.. doakan kesihatan budak tu ye :)
Catat Ulasan