followers

busuk.org

Ahad, 5 Februari 2012

Bertani Atas Bangunan: Realiti Atau Fantasi?



Projek ladang langit bagi mengatasi masalah kekurangan
 tapak tanah pertanian mengikut gambaran artis.
Salam...

Pernah tak korang terfikir satu hari nanti para petani akan menuai hasil tanaman mereka di atas bangunan?
pendek kata Bertani Atas Bangunan..!
agak pelik bukan? haaa..! sebenarnya dalam dunia ni tiada yang mustahil..semua boleh berlaku..

Seperti gambaran artis di atas ini,
Atas alasan untuk mengekalkan alam sekitar serta mewujudkan persekitaran mapan, maka timbul idea untuk mewujudkan kawasan pertanian moden dengan menggunakan pelbagai inovasi yang dicetuskan akal manusia
termasuklah membina bangunan khas untuk projek pertanian.

Di Malaysia sendiri, idea ini sebenarnya bukanlah baru, cuma ia belum dilaksanakan secara menyeluruh.
contohnya, Pada akhir 1990-an, Menteri Pertanian ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid pernah mencadangkan supaya padi ditanam di atas bangunan dan atas nama projek perintis, maka ia berjaya dilaksanakan. Namun, sehingga hari ini, nampaknya tidak ada seorangpun petani yang berani menjalankan penanaman cara moden itu. tetapi apakah satu hari nanti gambaran seperti diatas mampu menjadi kenyataan?
apakah ia realiti atau hanya fantasi?
Mungkin Ya dan mungkin juga Tidak!
wallahualam.

2 ulasan:

Admin berkata...

Assalamualaikum.....

Dengan petunjuk dan hidayah serta rahmat dari Allah SWT, pasti keadaan sedemikian dapat dilaksanakan dnegan lebih baik dan tersusun. Setiap masa para saintis sedang mengkaji cara-cara terbaru yang boleh memberi nilai tambah yang positif dalam pelbagai sektor kehidupan manusia khususnya pertanian.....

Bertani atas bumbung ke atau bawah tanah sekalipun, ianya tidak mustahil seperti mana yang dibuktikan oleh masyarakat Mesir suatu ketika dahulu semasa mereka membina piramid dan mereka juga telah ada teknologi penciptaan bateri yang tidak terjangkau dan disangka oleh akal manusia pada hari ini.....

Unknown berkata...

walaikumsalam...betul tu ahmad zaki, sy setuju dgn pandangan awk. manusia diberikan akal atas anugerah Tuhan. sesungguhnya tiada yang mustahil seandainya ada kesungguhan dan keazaman dari manusia sendiri. semuanya boleh direalisasikan. t.kasih ye.. salam maulidur rasul :)