followers

busuk.org

Ahad, 12 Februari 2012

10 sebab perempuan tak hormat lelaki


Salam...
Berikut gua listkan 10 sebab kenapa perempuan tak hormat lelaki
jom terjah!!

1. Dah ada awek kau nak pegang², elok² awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia.. konon special untuk kau seorang.. bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye².. wah, KAU LELAKI GATAL!

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe.. konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam² alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP!

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. konon kaulah lelaki paling gentleman masa tu.. tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura² tidur sebab x mau bersesak² berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA!

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. nampak je ade awek cun, makin semangat kau.. kau rasa hisap rokok tu sangat cool.. alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA!

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau.. bukan harta kau tapi harta bapak kau. aduh, KAU LELAKI PERASAN!

6. Bila kau dengan kawan² kau, kau suka gelak kuat². mencarut pun kuat².. semua f**k, s**t, macam² lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB!

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. bab agama kau aci mengelat. herm.. KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI!

8. Kau suka kutuk² n gelak² kat gambar perempuan² kat fb.. kau kata konon bajet cun.. abih yg kau amik gambar jelir² lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh.. KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI!

9. Time awek kau merajuk, berbakul² kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO!

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata².. kadang² bila kau rasa nak meludah, dekat mana² pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR!

sumber:

p/s  bukan semua lelaki macam ni..
 

6 ulasan:

ezzu berkata...

hahahaha..nice sharing...

Unknown berkata...

hehe tq :)

Lieza Nordin berkata...

HEHHEEE.. bukn smua lelaki mcm tu.. tpi kalau jumpa mmg kena reject terus.. :P

Unknown berkata...

abe ok je hahaha

Gary Asip berkata...

hhmmm... macam aku je~.. :p

Tanpa Nama berkata...

emm be yourself je, perempuan akan nmpak keikhlasan kau :)