followers

busuk.org

Rabu, 11 Januari 2012

Gempar! Mayat Dua Lelaki Afrika Ditemui


RAWANG- Mayat dua lelaki afrika ditemui tertiarap di kawasan kolam mandi Taman Templer.
kedua-dua mangsa berumur 24 tahun itu dipercayai mati akibat tergelincir kira-kira jam 6.40 petang kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Mokgetthi dan Olatetse merupakan pelajar Universiti Asia Pasifik dan Lim Kok Wing.

Ketua Umno Cawangan Persiaran Templer, Shamudin Mohd Khalid berkata, beliau dimaklumkan oleh adik iparnya yang kebetulan ke tempat kejadian untuk menyelam sebelum menemui mangsa yang tersangkut di batu tanpa pakaian.

Beliau berkata, ketika di tempat kejadian, didapati mayat antara satu sama lain hanya dipisahkan sejauh 10 meter bersama beg yang mengandungi kad pengenalan diri, topi, pakaian, dompet dan kasut mereka. 
Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat dikeluarkan oleh Hospital Selayang.

Sumber:

Tiada ulasan: