As'salam
Tepat jam 2.45am awal pagi isnin (waktu malaysia), Stadium Olimpik Ukraine sudah pastinya akan menjadi tumpuan kepada jutaan peminat sukan bola sepak, dimana akan berlangsungnya perlawanan akhir EURO 2012 diantara dua gergasi bola sepak dunia iaitu pasukan Sepanyol dan Itali.
Sepanyol (team peberet gua) selaku juara bertahan, bagai sudah dijangka untuk sekali lagi tampil ke pentas final, seperti mana ramalan majoriti peminat sukan bola sepak seluruh dunia dan 21 blogger lelaki kacak . namun tidak kepada pasukan Itali, tidak ramai yang memilih pasukan ini untuk mara ke final sebaliknya Jerman yang menjadi peberet namun segalanya meleset. ye la bola tu kan bulat..apa pun boleh jadi hehe..
Namun disebalik kemeriahan final Euro 2012 awal pagi nanti, korang jangan lupa.. final tu jugak melibatkan 23 blogger yang turut sama berentap! haha.. ini melibatkan 'pertarungan' diantara 21 blogger lelaki kacak vs 2 blogger ensem. haha.. nampak sangat berat sebelah ! yang masih tak faham maksud gua, korang klik sini . gua malas nak explain hehe.. apa pun gua nak ucap terima kasih kepada abg Denaihati yang sudi menganjurkan kontest sempena Euro 2012. walaupun the Oranje ditunjuk jalan keluar lebih awal..hehehe..
Okla epi bw kepada semua rakan2, gua nak tido jap simpan energy untuk final pagi ni.. bubye !
p/s spain.....zzzzZZZz
followers
busuk.org
Memaparkan catatan dengan label euro 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label euro 2012. Papar semua catatan
Ahad, 1 Julai 2012
Selasa, 26 Jun 2012
EURO 2012: Imej Kepala Balotelli Di Sebuah Ladang Gandum
As'salam
Sebagai tanda sokongan dan penghormatan kepada pasukan negaranya,
Seorang artis seni, Dario Gambarini, menghasilkan imej kepala bintang bola sepak Itali, Mario Balotelli di sebuah ladang gandum di castagnaro, Itali.
Gambarini menggunakan sebuah traktor untuk menghasilkan karyanya dan berjaya menyiapkannya sebelum pertemuan suku akhir diantara Itali dan England pada Euro 2012.
Sabtu, 16 Jun 2012
Ikan Miliki Belang Seperti Bendera Jerman
As'salam
Sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di Jerman menjadi tumpuan ramai apabila pemilik kedai tersebut mempamerkan beberapa ekor ikan kecil yang mempunyai warna yang sama seperti bendera negara itu.
Ikan itu mempunyai belang hitam,merah dan kuning menjadi tumpuan kerana kebetulan negara itu kini turut bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2012 di Poland&Ukraine.
Mungkinkah ikan ini membawa tuah kepada pasukan Jerman? sama-samalah kita tunggu ye...
Fakta EURO 2012: Tahukah korang bahawa sepanjang EURO 2012 berlangsung, banyak spesis haiwan dan binatang dijadikan sebagai 'tukang tilik' namun yang lucunya kebanyakkan ramalan atau tilikan tak menjadi ! hahaha..
Sumber: Kosmo
p/s banyak yang nak ganti Paul si sotong tapi hampeh
Jumaat, 8 Jun 2012
Euro 2012: Singa Laut Jadi Ahli Nujum
![]() |
| Tik memilih Greece sebagai pemenang pada perlawanan pembukaan |
Tik, seekor singa laut di sebuah zoo di Thailand, menjadi 'ahli nujum' untuk meramal pemenang perlawanan pada Euro 2012.
Singa laut itu meneka pemenang perlawanan tersebut dengan mengambil sebiji bola yang mempunyai lukisan bendera sesebuah negara yang mengambil bahagian untuk diberikan kepada seorang pelatih haiwan di zoo berkenaan. ini mengingatkan gua pada Paul, seekor sotong kurita yang menjadi 'peramal' ketika piala dunia 2010 . namun yang uniknya semua ramalan Paul ketika itu memang tepat.
Sumber: Kosmo
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)

