followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label Piala FA 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala FA 2012. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

Kelantan juara Piala FA!!



KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0.
KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi penalti, dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.

Tahniah untuk pasukan kelantan!!
ini adalah hadiah kepada Tan Sri Anuar Musa.. 
Gomo Kelate Gomo!!

Dua Final Jadi Tumpuan


Dua final akan menjadi tumpuan jutaan peminat sukan bola sepak tempatan malam ini dan juga awal pagi esok apabila dihidangkan dengan dua perlawanan akhir yang menarik iaitu Piala FA di tanah air dan Liga Juara-juara di benua Eropah.

Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertarungan antara Kelantan dan Sime Darby manakala Liga Juara-juara menjadi rebutan Chelsea dan Bayern Munich.
Final Piala FA akan berlansung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur manakala final Liga Juara-juara pula jam 2.45 pagi di Stadium Allianz Arena, utara Munich, Jerman. 


Sumber: Sinar Harian


Rabu, 2 Mei 2012

Piala FA: Kelantan, Sime Darby ke final


SHAH ALAM - Kelantan dan Sime Darby melayakkan diri ke final persaingan Piala FA selepas kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan pusingan kedua malam ini dengan keputusan seri.

Di Alor Setar, Kelantan dan Kedah masing-masing menjaringkan dua gol tetapi Kelantan melangkah ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan - gol yang diperoleh pada perlawanan pusingan pertama.

Pada pusingan pertama, Kedah dan Kelantan juga seri dengan satu gol.
Di Stadium Selayang, Terengganu dan Sime Darby juga terikat, tetapi tidak menjaringkan sebarang gol malam ini
Sime Darby layak ke pusingan akhir dengan agregat 2-1 kerana berjaya mengatasi Terengganu dalam pusingan pertama.

Kredit: SH

p/s Tahniah Kelantan!!

Khamis, 15 Disember 2011

Jadual Perlawanan Piala FA 2012


Berikut adalah jadual perlawanan piala FA 2012




    Pusingan Pertama Kump A

  • Terengganu lwn PDRM
  • Perak lwn ATM
  • UiTM lwn Lions XII
  • Betaria FC lwn Melaka
  • POS Malaysia lwn USM FC
  • Sime Darby lwn Sabah
  • N.Sembilan lwn Johor FC
  • Shahzan Muda FC lwn Selangor
    Pusingan Pertama Kump B
  • Kelantan lwn Sarawak
  • Kuala Lumpur lwn MP Muar FC
  • Harimau Muda B lwn Pulau Pinang
  • KL SPA FC lwn MB Johor Bahru FC
  • Kedah lwn Selangor PKNS 
  • Perlis lwn PPSDM FC
  • Johor lwnT-Team FC
  • Felda United FC lwn Pahang
    Fakta menarik
  • Empat pasukan dari Negeri Johor
  • Dua pasukan dari IPTA
  • Lions XII dari Singapura
  • Kembalinya pemain import ke MSL
Selamat berjuang kepada semua pasukan yang bertanding..