followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Ahad, 5 Februari 2012

PANAS!! Ika Nabila Nafi Lesbian


Salam..

Sentap jugak bila dengar gosip pasal Bintang AF6 Ika Nabila ni
dia dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pengkid! eh betul ke? sape?
ditambah lagi dengan dakwaan ika mempunyai alat seks atau dildo..
fuuhhhhhhh panasssssss!!!!

betul ke ika lesbian??

korang janganlah percaya gosip2 ni semua
baru jap tadi ika jawap kat 'Melodi'
haaaa...kalau korang tak percaya, tunggu siaran ulangan
(tak tahu bila) hehehehe......

"satu masa ika ada jodoh,ika akan kahwin jugak dan masa tu dorang akan tahu bahawa ika ni seorang yang lurus"

lebih kurang macam ni la ungkapan dari ika..

salam maulidur rasul dan selamat berhujung minggu :)


Selasa, 17 Januari 2012

Tawau Memang Rock!

Salam..

Yeaah yeaaaah!!!! haha sora kena rock sket..! korang nak tahu kenapa gua tiba-tiba jadi rockers?
sebab, kali ni gua nak bercerita pasal fenomena muzik rock di negeri gua dengan korang haha..
Gua bukan apa sebenarnya, dari dulu gua perhatikan, bila ada saja konsert-konsert yang melibatkan artis-artis rock tanahair di bumi sabah ni, mesti tempat yang dorang nak p dulu adalah daerah tawau..! sebuah daerah di pantai timur selatan sabah. kenapa ek? kenapa mesti tawau? lain daerah tak boleh ke bro..??
disini gua konpius sket..jadi gua pun buatlah sedikit reseach, Gua tanya sorang mat rock yang memang beasal dari tawau, jawapanya "Orang-orang tawau memang rock kapak po' tengok saja penampilan muda mudi disini,semua seluar ketat dan memang rocklah"!. Gua tanya sorang lagi, ini jawapannya.. "kami memang rockers sejati,dulu kini dan selamanya". hahaha..! walaupun gua agak kurang berpuas hati dgn jawapan tu,tapi gua memang percaya orang tawau memang rock!! hehe... kalau tak silap, gua dah enam kali ke tawau dan masa gua bersiar-siar di sekitar bandar, gua pernah beberapa kali "terjumpa" perkataan-perkataan ni,
"Gua Rock Tawau", "Tawau Rockers Comunity", "Biar Selekeh Janji Rock"  semuanya berbentuk sticker kat kereta..hehehe
Rasanya tidak hairanlah kenapa artis rock tanahair suka buat konsert kat sini,rupanya tawau adalah "lubuk emas mereka". Peminat mereka memang ramai disini, kalau tidak masa kan rockers2 ternama seperti kump Search,Wings,Xpdc,May,Amuk,Def Gab C,Ella dan ramai lagi kerap mengadakan konsert mereka di daerah ini.
Dan satu lagi bukti adalah, Artis-artis yang berasal dari daerah ini kesemuanya bergenre dan berkonsepkan rock.. contohnya Nadia Ali (rakan FB gua),Yazer AF,Mas AF dan beberapa lagi..
Gua memang salute la lu orang bro..Tawau memang Rock bebeh!!! Yeaah Yeaaaah!!! hehehe....





p/s gua bukan rockers 

Khamis, 15 Disember 2011

Zizan RJ ada kembar??

Salam...
korang jgn terkejut dengan pendedahan ni..
korang nak tahu tak rupanya Zizan Raja Lawak ni ada kembar seiras,tapi dorang terpisah sejak dari kecik lagi..
cerita ni pun gua baru dapat tahu semalam(dalam mimpi)..
jadi pagi tadi gua pun terus la cari kebenaran cerita tu...carik punya carik,
Fuhhh!!! terkejut beruk gua, rupanya.......ah!! korang tengoklah sendiri!







Korang percaya tak? hehe....
Sebenarnya orang dalam gambar ni ialah Barry Manilow,seorang penyanyi dan pencipta lagu tahun 70an..
dia tiada kena mengena pun dengan Zizan hehehe...
Kepada Zizan,gua minta maaf eh?, ni cuma gurauan dan lawak yang tak berapa nak lawak dari gua...
huahua..

Peace!!

Selasa, 13 Disember 2011

KL Gangster 2: Siapa Ammar Alfian??



Peminat filem aksi tempatan mungkin sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan
 filem KL Gangster2
Filem arahan Syamsul Yusof ini dijangkakan akan menemui penonton pada 2012 nanti.
Gua dengar khabar kl gangster 2 lebih ganas dari yang sebelumnya,
ini diperkuatkan lagi dengan kemunculan Rosyam Nor dan beberapa pelakon lain
termasuklah Ammar Alfian Aziz.

So kali ni gua nak ajak korang kenal lebih dekat lagi siapa si Ammar ni..
Jom terjah!!!


Ammar Alfian Aziz berasal dari Johor Bahru merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Anak muda bertubuh sasa ini adalah anak kepada Profesor Mohd Zakri seorang profesor di UTM skudai mula melibatkan diri dalam dunia glamour sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis HERO Remaja.
Ammar atau lebih dikenali sebagai Boy ini pernah berlakon dalam beberapa buah drama 
seperti Dia Atilia,Tari Tirana,Sirah cinta,Sahara dan banyak lagi.
Boy juga adalah seorang modelling dan seorang yang meminati bidang tarian
Dia juga adalah pakwe kepada pelakon Puteri Sarah Liyana
dan pernah menimbulkan beberapa kotroversi sebelum ni yang agak 'Panas' jugak!
Selepas dikatakan menyepikan diri dari dunia glamour beberapa bulan lepas,
akhirnya boy muncul semula, kali ini bersama filem KL Gangster 2 yang sedang menjalani penggambaran ketika ini.
dikhabarkan wataknya adalah sebagai orang kanan Tailong(Rosyam Nor) seorang gangster besar di kl dalam filem ini.



Babak dalam kl gangster 2

 BIODATA

Nama: Ammar Alfian Aziz bin Mohd Zakri
Asal: Johor Bahru
Tarikh Lahir: 5 April 1987
Zodiak: Aries
Tinggi: 183 cm
Lakonan: Ponti Anak Remaja (Telemovie)Dimensions (Series)Tari Tirana (Series)Cheritera (Telemovie)Atilia (Series)Sirah Cinta (Series)Nur Fansuri (Series)Sahara (Series)KasanovaMetropolitan(Telemovie)
CintaLuhur Ezumin (Telemovie)Terlepas Pandang (Telemovie)Gamitan Bayu Kasih (Telemovie)
Kem Pink (Series)