followers

busuk.org

Khamis, 19 April 2012

Kurt Cobain pernah hasilkan album solo sebelum membunuh diri


Siapa yang tidak kenal dengan Kurt Cobain, Seorang pelopor muzik grunge di zamannya.
Curt Cobain ialah vokalis kumpulan terkenal Nirvana  yang popular sekitar tahun 80-90an
dan kini masih digilai oleh pengikut-pengikutnya termasuk gua sendiri.

Lagu-lagu seperti About a girl, Come as you are,Smell like teen spirit 
dan The man who sold the world
masih menjadi siulan anak-anak muda ketika ini. Namun selepas tragedi yang menimpa keatas cobain,
kumpulan itu hanya tinggal nama, cobain telah membunuh diri pada tahun 1994
pada usia 27 tahun ketika namanya sedang memuncak. 

Selepas 18 tahun pemergian cobain, rakan baiknya Eric Erlandson, bekas anggota kumpulan Hole yang ditubuhkan oleh balu mendiang cobain telah membuat pendedahan bahawa cobain pernah membuat album solo sebelum membunuh diri namun tidak sempat diterbitkan.

Menurut Erlandson, Cobain menulis dan menghasilkan beberapa lagu yang mengatasi karyanya sebelum ini
dan mendakwa pernah melihat cobain menyanyikan lagu itu didepannya. sesuatu yang menyedihkan beliau bila mengenangkannya. Erlandson berkata demikian ditemu bual oleh saluran televisyen muzik, Fuse, minggu lalu selepas dia menerbitkan sebuah buku mengenai hubungannya dengan Cobain 
berjudul Letters to Kurt.

Erlandson juga berkata beberapa lagu demo dari cobain masih boleh diterbitkan.


                                             


Tiada ulasan: