followers

busuk.org

Sabtu, 21 Januari 2012

Sanggup Bakar Diri Kerana Menganggur


Di Maghribi, Lima graduan menganggur bertindak nekad membakar diri sebagai tanda protes terhadap kerajaan sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung masalah kekurangan pekerjaan.
kejadian itu dikatakan berpunca daripada tindakan anggota polis negara itu yang mengganggu perniagaan seorang graduan menganggur yang menjalankan perniagaan yang sekaligus mencetuskan kebangkitan menumbangkan kerajaan.

Kelima-lima lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada pergerakan Graduan Menganggur membabitkan jutaan graduan universiti yang mahukan pekerjaan.

Demonstrasi selalunya disuraikan secara ganas oleh polis dan di beberapa pekan dan bandar raya menyebabkan pertempuran berlaku. Ketika kadar pengangguran rasmi cuma 9.1 peratus, angkanya sekitar 16 peratus bagi graduan.

Seramai 160 anggota pergerakan itu menduduki bangunan pentadbiran Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dua minggu lalu di Rabat, sebagai sebahagian bantahan mereka. 

Sumber;

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baek keje kt pasar raya dari bunuh diri... hehe

Lieza Nordin berkata...

huhuhu.. xsnggp2.. ^_^