followers

busuk.org

Jumaat, 21 Februari 2014

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI



Assalam....



salam malam jumaat semua.. tentu malam ni ramai yang tersenyum simpul dan bersemangat dari malam-malam biasa kan kan?? hehehe.... tapi kenape ek? ade ape dengan malam jumaat? cer citer sket gua pon nak tahu gak ni..heheh.. dah..dah!! malam ni gua bukan nak citer pasal malam jumaat,tapi gua nak kongsi-kongsi sket tentang beberapa tips khas untuk mereka yang bergelar suami isteri.. dan bagi mereka yang masih single,korang pun boleh berkongsi same... tak salah pon..hehehe... oklah kali ni gua nak kongsikan tentang tips bagaimana nak mengeratkan lagi hubungan cinta suami isteri.. cekitout!!!


19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1.  Amalkan pada setiap pagi atau sebelum pergi ke tempat kerja masing-masing, cium tangan suami bagi si isteri dan cium dahi isteri bagi si suami.. dan tak salah ucapkan 'i love u'. ini akan membuat pasangan masing-masing berasa dihargai.

2.  Jika salah seorang dari korang kene 'outstation' lebih dari sehari, apa kata tambah rutin harian tadi dengan memeluk pasangan korang. opppsss cium bibir sekali tau..

3.  Kesibukan kerja kadang kala membuat kita mengabaikan hal-hal lain,lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlalu obses dengan kerja. Namun walau sesibuk manapun, luangkanlah sedikit masa menghubungi pasangan kita walau sekadar bertanya "dah makan ke belum" sekurang-kurangnya sekali sehari.

4.  Ungkapkan kata-kata romantik sebelum keluar ke mana-mana,atau ketika menamatkan perbualan melalui telefon seperti I LOVE U.

5.  Luangkan masa atau sentiasa mencari peluang untuk membawa keluar pasangan korang untuk makan tengah hari.

6.  Amalkan bertanya pada pasangan apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda korang mengambil berat dan memberinya peluang untuk meluahkan atau bercerita mengenai sesuatu perkara.

7.  Sebelum tidur,ajaklah pasangan berbual tentang apa sahaja topik atau isu.

8.  Berbaik segera jika berlaku perselisihan,jangan biar ia berlarutan. dalam hal ini,suami kena sentiasa cool dan sentiasa menjadi air untuk meredahkan api kemarahan pasangan.

9.  Temani pasangan menonton rancangan tv kegemarannya..walau tak minat,kenelah buat-buat minat hehe..

10.  Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berdozen atau atas faktor usia. salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11.  Ketika solat di rumah, amalkanlah solat berjemaah bersama pasangan.

12.  Bergilir gelas atau pinggan ketika makan di rumah dan tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan.

13.  Sesekali buatlah suprise pada pasangan seperti memberinya hadiah.

14.  Bergurau senda,buat lawak dengan cerita-cerita kelakar. janji korang boleh ketawa bersama.
jangan buat lawak bodoh dah ler. kihkih..

15.  Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing dan menghargainya.

16.  Cuba sesekali tukar penampilan bagi mengelakkan pasangan jemu. tapi jadi diri sendiri adalah lebih baik.

17.  Jangan rahsiakan jika ada sesuatu masalah,berterus terang pada pasangan adalah lebih baik. dah nama pon berkongsi hidup.

18.  Bertekad untuk terus menjadi yang terbaik daripada yang sebelumnya. sentiasa berfikiran positif.

19.  Jika sebelum ini korang tidak pernah melakukan atau jarang melakukan seperti perkara-perkara diatas,maka korang mulakanlah hari ini tanpa ragu dan malu..



TAMMAT



P/S nak praktikkan semua ni lebih-lebih bagi gua yang baru mendirikan rumahtangga...


Tiada ulasan: