followers
busuk.org
Khamis, 20 Februari 2014
10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI
10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI
Assalam...,
Sahabat,rakan-rakan blogger,facebook,twitter dan semua yang ada di alam maya ini yang seagama dengan gua, kali ini gua ingin berkongsi dengan semua tentang satu tajuk yang agak menarik dan wajib untuk kita semua ketahui. apa yang anda tahu tentang perkataan ZALIM?? amboi terus ambik kamus dewan nampak..?? kihkihkih... bila sebut perkataan zalim sudah pasti ramai yang tahu maksudnya ye dak? cer buat ayat sket..! kompem ar ambik citer zaman hang tuah punye..hehe.. Zalim secara istilah membawa pengertian "berbuat aniaya atau celaka" dengan melakukan penindasan keatas seseorang (yang lemah) dalam sesebuah kehidupan. (kalau kurang tepat sila betulkan).
Namun itu perlakuan zalim pada orang lain. bagaimana pula dengan zalim pada diri sendiri? adakah ia terjadi dan boleh terjadi? "Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah menzalimi hambaNya melainkan hamba itu sendiri menzalimi dirinya sendiri". mungkin ada diantara kita yang tidak sedar atau memang tidak tahu bahawa ada beberapa perkara yang boleh menjadikan kita tergolong dalam golongan manusia yang zalim pada diri sendiri. oleh itu disini gua ingin kongsikan tentang 10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.
semoga selepas ini kita akan sedar dan lebih peka dan semoga kita semua sama-sama diberikan taufik dan hidayahNya.
10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.
1. Apabila berdoa,tidak mendoakan orang lain.
2. Tidak membaca Al-Quran
3. Apabila masuk ke dalam masjid,tidak menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.
-solat sunat mu'akkad 'selamat datang' bagi menghormati masjid.
4. Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.
5. Tidak menunaikan solat jumaat apabila tiba di sesuatu tempat.
6. Tidak mahu menuntut ilmu apabila orang alim datang ke tempatnya.
7. Tidak bertanya nama seseorang apabila bertemu.
8. Tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri kenduri.
9. Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar.
10. Makan sehingga kenyang,tetapi lupa akan jiran yang kelaparan.
p/s muhasabah diri..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan