Assalam..
Salam jumaat semua.. semoga semua ceria dipagi yang indah ini dan pastinya semuanya dah mandi dan segar untuk memulakan rutin-rutin harian..dah macam dj pasaraya la pulak..haiii....
namun dalam keceriaan di awal pagi ini, kita jugak sedikit digemparkan dengan satu berita yang agak membimbangkan.. dalam laporan akhbar-akhbar tempatan hari ini satu berita yang merunsingkan semua berkenaan isu air diseluruh negara. berikutan musim kemarau yang ketika ini melanda seluruh negara terutamanya di semenanjung malaysia, dilaporkan bahawa bekalan air dijangka hanya cukup untuk tempoh tiga bulan sahaja.
Simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan. Menurut Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri selain saiz dan struktur empangan.
Sekiranya situasi ini berterusan (kemarau), kemungkinan negara akan mengalami krisis air jika paras air empangan terus menyusut.dan penduduk disekitar kawasan bandar lazimnya akan mengalami gangguan bekalan lebih awal berbanding lokasi lain atas faktor kepadatan penduduk.
Berikut adalah bacaan paras air terkini di semua empangan disetiap negeri.
sumber & kredit Utusan online
p/s makin hebat ujian akhir zaman..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan