followers

busuk.org

Ahad, 8 Julai 2012

Cicak Spiderman ditemui


As'salam



Ini betul-betul ohsem! spesis cicak memiliki warna persis watak spiderman ditemui di Kenya.
menurut sumber , sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman ini ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu.

Cicak spiderman ini atau nama saintifiknya Mwanza Flat Headed Agama, muncul mendekati pasangan Cassio Lopes dan isterinya Alessandra. mereka kemudian berjaya merakam imej cicak berkenaan.

Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman. eh ! betul ke ada dalam komik spiderman? gua tak pasti la plak sebab gua bukannya peminat spiderman. apa pun gua memang tertarik pada cicak ini. :D

p/s cicak spiderman ke cicakman? 


Reman Uncle Seekers dilanjut tiga hari


As'salam



Reman keatas pengkaji aktiviti paranormal, Uncle Seekers dan teman wanitanya dilanjut lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.

Reman itu yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan setelah mendapat kebenaran mahkamah hari ini.
Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas serta teman wanitanya ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Penahan itu dibuat selepas 30 individu membuat laporan polis terhadapnya pada 1 julai lalu berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan serta mengaibkan Sultan Johor.

Sumber: SH

p/s kes dadah mcm mn plak? 

Ratu Rock Ella, Azhar kini suami isteri

As'salam..

Dengan hanya sekali lafaz, Pasangan Azhar Husaini Ghazali, 30 dan ratu rock Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang mereka dan sah bergelar sebagai suami isteri.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong kira-kira jam 10.35 malam tadi.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah dan dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.


Buaya di Sarawak mengganas lagi!

Sedih berita ini..buaya di Sarawak mengganas lagi!

KUCHING — Mayat pemotong pokok rumbia dipercayai diserang buaya di Batang Saribas pagi Khamis lepas, dijumpai dekat tebing sungai di seberang Kampung Medang, Spaoh jam 7 pagi ini, iaitu kira-kira 20 kilometer dari tempat mangsa diserang reptilia ganas itu.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Sarifuddin Mustaffa ketika dihubungi berkata, beberapa anggota badan Drahman Chali, 55, dari Kampung Hilir Beladin seperti tangan dan kaki sudah putus manakala kepalanya hampir terputus.

"Selepas membawa mayat itu ke Hospital Betong, anggota keluarganya mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan diserang buaya sebelum ini,” katanya.— BERNAMA

-Kosmo