followers

busuk.org

Ahad, 8 Julai 2012

Buaya di Sarawak mengganas lagi!

Sedih berita ini..buaya di Sarawak mengganas lagi!

KUCHING — Mayat pemotong pokok rumbia dipercayai diserang buaya di Batang Saribas pagi Khamis lepas, dijumpai dekat tebing sungai di seberang Kampung Medang, Spaoh jam 7 pagi ini, iaitu kira-kira 20 kilometer dari tempat mangsa diserang reptilia ganas itu.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Sarifuddin Mustaffa ketika dihubungi berkata, beberapa anggota badan Drahman Chali, 55, dari Kampung Hilir Beladin seperti tangan dan kaki sudah putus manakala kepalanya hampir terputus.

"Selepas membawa mayat itu ke Hospital Betong, anggota keluarganya mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan diserang buaya sebelum ini,” katanya.— BERNAMA

-Kosmo