followers

busuk.org

Ahad, 8 Julai 2012

Ratu Rock Ella, Azhar kini suami isteri

As'salam..

Dengan hanya sekali lafaz, Pasangan Azhar Husaini Ghazali, 30 dan ratu rock Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang mereka dan sah bergelar sebagai suami isteri.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong kira-kira jam 10.35 malam tadi.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah dan dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.


3 ulasan:

Aimacomel berkata...

alhamdulillah, kawin juga ye ratu rock kita tu.. ;)

~✿Yuhana Shiraen✿~ berkata...

Alhamdulillah.... thniah utk dorang... :)

M@W@R Q@SeH berkata...

bila jodoh sudah ditentukan-Nya...