followers

busuk.org

Ahad, 8 Julai 2012

Reman Uncle Seekers dilanjut tiga hari


As'salam



Reman keatas pengkaji aktiviti paranormal, Uncle Seekers dan teman wanitanya dilanjut lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.

Reman itu yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan setelah mendapat kebenaran mahkamah hari ini.
Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas serta teman wanitanya ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Penahan itu dibuat selepas 30 individu membuat laporan polis terhadapnya pada 1 julai lalu berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan serta mengaibkan Sultan Johor.

Sumber: SH

p/s kes dadah mcm mn plak? 

Tiada ulasan: