followers

busuk.org

Khamis, 5 Januari 2012

Koleksi Kata-Kata Hikmah Dari Tokoh-tokoh Terkenal Dunia

Koleksi Kata-Kata Hikmah Dari Tokoh-tokoh Terkenal Dunia 




Salam..
Koleksi kata-kata hikmah ini gua himpunkan khas
untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan motivasi yang berguna untuk semua...
selamat membaca..

“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya.” 
-Albert Einstein

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. 
-Joseph Conrad

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya 
-John Petitsenn

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu..
-Whittier

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya 
-Saidina Ali

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri 
-Said Mustafa

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. 
-Charles Cahier

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah 
-Rahmohan Ghandi

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. 
-Richard Brinsley Sheridan

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan 
-Mognon Me Lauhlin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran 
-Horatius

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama?
 -Benjamin Franklin

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. 
-William J. Siegel

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran
.-Flower A. Newhouse

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu 
-Whittier

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
  -Abdullah Mansur M.H

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
-Samuel Johnson

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela 
-Napoleon Bonaparte

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa 
-Goethe

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
-Anonim

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya 
-Voltaire

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

"TAKE 5..,KITA MINUM KOPI DULU"...

Ahhhhh...!!!!!!!! Segar balik..
JOM SAMBUNG...


Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai -Frank Crane

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.-T.S Matthews

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda 
-Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.-Lao Tze

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. 
-Confucius

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
  -Richard Brinsley Sheridan

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. -Harieta Wahab

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -Emerson

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. -La Roche

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap –Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara 
-Abraham Lincoln

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti  -Hukama

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka –Soekarno

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu -Aflatun

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. –Cecil B. DeMille

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. -Albert Camus


2 ulasan:

Awie Omar berkata...

Dah follow sini.Jemputlah tengok blog ini.Kalau okay, sudi sudi lah follow hehehe
http://awieomar.blogspot.com/2011/02/sedang-diperkemaskini.html

Mohd Billy berkata...

t.kasih bnyk2 ye.. sy pun dah fllw :)