followers

busuk.org

Rabu, 25 April 2012

Harimau Malaya Lawan Manchester City pada 30 Julai




KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City) akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City Ian Cafferky berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat pasukan Sky Blues.

Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.

"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.

"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," kata Rajagobal. 



SAJE NAK KONGSI VIDEO NI..


Sumber&Kredit: myMetro




Tips Buat Segmen #2




Assalamualaikum..

Alhamdulillah semakin hari semakin ramai nampaknya blogger-blogger baru yang muncul
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan hehehe...bagus2..satu perkembangan yang baik

Oklah..kali ni gua sekali lagi ingin berkongsi tentang tips berblogging, esp kepada rakan2 
blogger baru (macam gua) dan tips kali ini sebenarnya gua dah bagi tempoh hari dalam 
entri gua yang bertajuk tips buat segmen untuk blogger baru 

Sebenarnya gua tak tahu samada kali ini ia berbentuk tips atau sekadar nasihat kepada rakan semua
aah..same la kan heheh..yang penting benda ni sampai kepada semua :)

Dalam dunia blogging sekarang ni nampaknya ramai yang makin galak untuk buat segmen,kontes atau GA
betul tak? haa...betul kan? So, sedikit nasihat dari gua terutama kepada yang pertama kali buat segmen
(macam gua jugak)

Rasanya kalau nak buat segmen,biarlah mudah dan senang untuk blogger lain mengikutinya
tak payah buat syarat yang susah2 ye dak.. :)
hasil pengamatan gua, ramai dikalangan blogger yang malas nak join sebab dua perkara utama ini

1 - Follow
rasanya tak perlulah suruh orang follow or like apa2.. sebabnya seolah-olah ada unsur PAKSAAN disitu.
tapi takpa yang ni masih boleh diterima..sebab gua pun memang kaki follow hehehe

2 - Tag
benda ni yang selalu dapat komplen dari blogger lain.. dan benda ni jugak yang selalunya membatalkan niat seseorang itu untuk join sesuatu segmen. sebenarnya benda ni menyusahkan. bagi gua sendiri memang gua agak pantang kalau ada perkataan tag ni hehehe..jangan marah.. ni pendapat gua jer.

Tak salah kita bagi kelonggaran pada syarat. biarlah ia mudah dan senang..kalau korang tak setuju dengan pendapat ni takpelah..gua minta maaf sangat2 ye.. tapi cuba korang try test bila nak buat segmen tak payah letak dua syarat ni..lepas tu bandingkan dengan segmen yang terdahulu (jika ada) dan korang nilail sendiri betul ke tidak cakap gua ni hehehe...

Oklah setakat ni je la edisi merapu gua ahak..gua harap jangan ada yang terasa ye..ini cuma nasihat yang ikhlas. kalau tak boleh pakai korang abaikan jer hehehe...gua mohon maaf sekali lagi.

~Selamat Berblogging Semua :)


Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing


As'salam





HONG KONG - Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.
Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters


Sumber&Kredit: Kosmo

Panas! Adira ambil suntikan?

As'salam





Heboh..!heboh..!! ape yang heboh?!!..
hahaha....jangan sentap haa... ni gua dapat cerita panas terbaru kononnya penyanyi comel si Adira ni 
dikatakan menggunakan suntikan untuk kelihatan lebih cantik. gua tak tahu la botox ke ape kan..
haiii...baru reda cerita sal pegang tuuuuut... skang ni timbul plak cerita baru..kuikui
tapi isu ni sekarang sedang 'hangat dipasaran'.. aktuli gua sendiri tak berani nak gosip2 ni
tapi cerita ni dah keluar paper..if nak tahu sangat cerita sebenar, korang tanyalah sendiri kat tuan empunya badan hahahah :) 

Aktuli macam ni, Adira dah pun menjawab persoalan ni (bukan kat gua), dia pun dah keluarkan kenyataan pasal benda ni semua kat paper.

kata dia lebih kurang macam ni la

“Kulit saya memang cerah begini sejak dari kecil lagi dan sehingga kini saya tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk kelihatan lebih gebu. Lagi pun, masyarakat di Kundasang ramai yang ada kulit seperti saya.

“Dulu, saya banyak masa untuk ke pulau, mungkin sebab itu kulit saya tidak secerah sekarang. Oleh kerana jadual harian saya kini terlalu padat dengan aktiviti nyanyian, saya tidak ada masa untuk lakukannya malah, masa luang akan saya manfaatkan untuk berada di rumah bersama keluarga,”
 katanya.
 
“Saya juga ada mengamalkan pengambilan ‘supplement’ sebagai penjagaan kesihatan. Bagi saya, peredaran usia membuatkan saya kini lebih memandang berat terhadap penjagaan diri supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan yang ada kalanya tidak menentu.

“Khabar angin yang mengatakan saya ada ambil suntikan itu adalah tidak benar sama sekali. Walaupun mahu sentiasa kelihatan cantik, tetapi saya tidak akan melakukan suntikan itu,”


kata adira lagi, dia tidak memiliki sebarang rahsia kecantikan tertentu tetapi hanya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan masa rehat yang secukupnya.

p/s kundasang tu terletak dikaki kinabalu.... oopppppsss ! risau badan dah makin montel huhu


Bom lama ditemui dalam saluran longkang



As'salam..



SEGAMAT- Seorang pekerja awam Majlis Daerah Segamat (MDS), Ramli Abd Kadir 
telah menemui sebutir bom lama di dalam sebuah saluran longkang ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan perindustrian berdekatan Hospital Segamat pagi kelmarin.

“Ketika sedang bersihkan longkang, saya ternampak besi bulat panjang, namun tidak sangka itu bom lama.
“Tanpa berlengah, saya ambil besi tersebut dengan niat untuk menjualnya.

“Namun sebaik tiba di bengkel MDS, seorang kawan menyatakan itu adalah bom lama,” katanya.
Katanya, sebaik mengetahui itu adalah bom lama, rakannya membuat laporan polis bagi memaklumkan mengenai penemuannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud telah mengesahkan besi buruk yang ditemui itu adalah bom lama dan ia telah diletupkan kelmarin. 

Sumber: SH


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a


As'salam




Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wordless Wednesday #5 | aku dan sesuatu

MARI MENABUNG


p/s tabung kecemasan gua heheh